Khamis, 24 Februari 2011

Ketaatan isteri antara suami dan ibu bapa

Isi emel yang saya terima daripada kawan sekerja saya (ustaz). Kebanyakan maklumat perihal pemasalahan agama yang ada dalam blog ni dia yang hantar. Semoga dapat dijadikan panduan. Elok dibaca sampai habis baru boleh faham betul2.

Isteri taati suami
 Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, yang manakah lebih utama bagi seorang isteri apabila bertembung dengan dua permintaan. Satu adalah permintaan suami untuk balik ke kampungnya dan permintaan ibu saya sendiri untuk balik ke kampung saya. Saya pernah dengar hadis tentang syurga di bawah tapak kaki ibu begitu juga isteri tidak akan masuk syurga jika suami tidak redha. Mohon pencerahan hukum dari panel MUIS. Syukran

Jawapan:
Waalaikum salam, seorang perempuan apabila ia telah menjadi seorang isteri, ketaatannya berpindah daripada kedua ibu bapa kepada pihak suami. Dalam hal ini, puan hendaklah mengutamakan ketaatan kepada suami. Perkara ini hendaklah diterangkan kepada ibu puan dengan baik dan berhikmah.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang suami tidak boleh menggunakan kuasa yang diberikan syarak tanpa ada konsep syura dan toleransi, sebagaimana hadis oleh Imam al-Termizi:
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم  
Maksudnya: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang melakukan kebaikan kepada keluarganya dan aku adalah orang yang sebaik-baiknya (yang melakukan kebaikan kepada keluarga)
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, maka suami hendaklah berbincang dengan isteri dalam urusan menyambut perayaan, sama ada di rumah ibu bapa suami atau isteri, seperti melakukan giliran dan sebagainya. Dengan perbincangan tersebut, ia dapat mengukuhkan lagi perasaan kasih sayang antara kedua-duanya. Janganlah akibat perkara remeh temeh seperti ini memporak perandakan keluarga.
buleh tara tu


Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan umum:
1) Soal jawab al-Mar`ah al-muslimah, Syeikh `Atiyyah Sakhr

Disediakan oleh:Ustaz Razali Musa
Ahli Panel MUIS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...