Memaparkan catatan dengan label netbook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label netbook. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

my new tablet

Netbook dah jual. Beli tablet lak. China jugak. Janji murah. Tp setting internet nya x dapat lagi. CUma nak merasa gak pakai tablet. Org lain semua dah pakai.
Android tablet

Beli kat lelong.com.my jer. Nak beli samsung, apple x mampu. Lagi pun bukan nak wat bisnes ke keja apa pun. Nak main game jer. Hehehhe..........

Harga baru RM250. X le membazir kalau beli murah2 ni. Kualiti jgn la nak banding ngan yg harga ribu2 tu.

Janji anak aku suka. Aku pakai henset kecik cukup dah.

Kalau pakai netbook tu susah la. Sebab x touch screen. Kalau netbook yg touch screen, harganya memang gila la mahal. Macam samsung ngan apple gak la.

Nak update blog pakai henset kecik pun boleh. TU pun dah xdan dah la ni. Ilham x masuk. Ni pun sebab nak kongsi la dgn sapa2 yg nak beli tablet yg murah2 tp takut nak beli. Ye la kualiti jauh sekali, layan angry bird jer.

Isnin, 21 Februari 2011

Aktif Blogger

     Untuk mencapai taraf blogger yang lebih aktif, aku telah membelanjakan wang simpanan aku untuk membeli sebuah netbook. Sekarang ni aku dah boleh coretkan post semasa berada di rumah. Sebelum ini aku telah menggunakan waktu kerja aku untuk mencoretkan post2 baru. Menggunakan internet di pejabat.     
Netbook
     Salah kah perbuatan aku ni. Sebab tu la aku selitkan juga ilmu dunia dan akhirat disamping ilmu elektrik yang aku telah pelajari untuk dikongsi. Semua maklumat ini adalah coretan berdasarkan pengalaman yang aku lalui hari2. Ada yang betul dan mungkin tak betul. Internet ini dah menjadi sumber maklumat yang paling senang dicapai, sebelum nak digunapakai kenala siasat dulu, tanya orang lain. 1 sumber sahaja tidak memadai, biar dikukuhkan dengan banyak sumber, dan dah betul yakin. Takut terbelajar ilmu sesat lak. Sebab tu la bila nak belajar mesti ada guru, takleh belajar sendiri2 kan.


     Netbook yang aku beli ni tak sampai RM1000 pun, nak main internet je tak yah beli yang high end kan. aku pun bukan reti main game canggih2. Setakat zuma, dynomite, aku layan la. Dulu layan gak motogp, F1, asyik eksiden je, sebelum cedera parah baik berenti.
     Adakah patut aku beli broadband sekali, sebulan RM38 je. Nanti la bila dah masuk taraf pro baru beli broadband. La ni pakai broadband daily, RM5 untuk 24jam. Heheheh....sebab bil telefon aku pun kalau guna ke tak guna tetap kena RM50 gak. Untuk mencukupkan, aku langgan la broadband daily ni. Lecehnya kena sambung handset ke netbook. Kejap je batery low, kena cas, pastu panas je handset ni. Takut gak, kebabom karang.
     Siapa yang belom pernah langgan broadband daily, celcom la, senang jer. Hantar teks broadband daily ke 28882. Nanti dia balas sms tu, lu pikirla sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...