Alhamdulillah....along telah selamat melalui pembedahan hernia dan sunat terus...
Segala kerisauan berakhir sudah apabila dpt lihat dia berjln sendiri p buang air ptg ni, kata ibunya.
Terima ksh kpd yg turut mendoakan keselamatannya. Walaupun pembedahan kecil tp risiko ttp ada. Tambahan pula dia ada sejarah penat...
Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan doa ibu ayah tok wan sedara mara dan sahabat sekelian....Hanya Allah dpt membls keikhlasan hati tuan2 dan puan2...
Alhamdulillah, hari ni anak diadmit ke wad utk persediaan menjalani pembaedahan hernia esok di hospital kepala batas. Semoga berjalan lancar dan sembuh hendaknya, dengan izin Allah.
Setelah sekian lama mencari jalan alternatif lain bg menyembuhkan hernianya, tapi masih x dizinkan Allah. Jadi jalan pembedahan lah juga jalan teakhir nampaknya. Semoga berjalan lancar.
Memang ramai kanak2 malah org dewasa juga mendapat penyakit ni. Banyak juga yg sembuh melalui pembedahan. Ada jugak yg bernasib baik apabila disembuhkan Allah melalui rawatan tradisional, alhamdulillah.
Dikhuatiri kejantanan anak akan berkurang disebabkan pembedahan. Tapi ada membe kampong dulu pun pernah menjalani pembedahan begitu tp anak pun ramai je. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, bala jgn dicari.
Dulu kn hidrosil. Alhamdulillah lega p, xdan operate. Ms tu umur 2 thn. La ni 4 taun, doktor kt usus masuk je kantung biji zakar. Naseb bek dia x sakit. Tp kalu sakit doktor kt kn buat emergency ops. La ni dah ambk apointment nk operate hjg bln feb.
Sambil2 buat jg rwtn kg. Yg terbaru, tuam dgn buah betik dr pokok jantan. Buah ni duk hjg tangkai bunga. Kalu buah pokok betina kt btg pokok.
Dah 3 hari tuam, selagi x operate kn p cari tuam lg. Kn buat kerap2. Buah betik ni je pyh skit nk jumpa. Tp sebiji pun kt 10 x tuam. Jgn p bakar, layor jer bg suam. Kalu pns sgt melecur lak teloq dia. Tuam lak kt pangkal, ari2 jgn p tuam kt telor.
Setakat ni x nmpk apa perubahan lg. Kita tawakal je lah. Operation nnt buat pastu sunat terus. 2 in 1. Insya Allah.
update 29 jan : cuti 3 hari sempena Thaipussam, balik kg bawak anak pi jumpa bomoh pasang. Kena urut 3 kali, guna minyak, campur lada hitam ngan bawang. Sapa yg duk cari khidmat bomoh pasang boleh la ke batu kurau cari Hj Sahak duk di kg titi kasai. Kita ikhtiar hanya Allah yg menyembuhkan....
Anak saya kena angin pasang. Dah pi buat perubatan tradisional. Kena tuam dengan daun sireh, sapu minyak dan air tawar. Ada jiran suruh pi cari buah pokok kecubung. Banyak kat tepi highway, tapi tak kenal. Bila search dalam internet ni baru kenal. Macam ni rupanya. Terima kasih kepada blogger yang menyediakan maklumat berguna ni. Nak buat apa dengan buah ni diserahkan kepada isteri @ ibunya yang lebih arif.
Kata kawan saya, angin banyak dalam badan budak. Kena bubuh minyak kat perut dengan perut betis, urut lawan jam kat perut. Balik petang kena buat ni. Sementara masih baru ni.
Buah dia ni berguna untuk orang lelaki. Opsss, baby lelaki. Kalo sesapa ade baby lelaki yang selalu mengalami angin pasang surut,korang tau ke ape sakit tuh? Itu nama tradisional yang orang tua bagi, nama sainsnye aku tak tau lah plak. Ambik sebiji buah kecubung tu dan buangkan durinya. Buah ni macam buah durian,ada duri tapi taklah tajam cam durian tu, pakai pisau biasa je untuk buang durinya. Setelah di buang durinya, kena hangatkan atau panaskan buah tu macam bakar tungku orang bersalin atau macam bakar belacan,hehe. Bakar kat dapur gas je dalam 2-3 minit, biar rasa suam-suam kuku,kire sesuai untuk baby. Jangan plak bakar sampai hangus sebab buah tu akan di gunakan banyak kali.
Alas buah kecubung ni dengan kain lampin atau sebarang kain, jangan kain kapan udah ler, kemudian tuamkan kat "telur" baby tu,bergilir-gilir kiri dan kanan sambil membaca selawat. Mintak maap ye, ini bukan lucah, tapi info yang betul, kang aku berkias korang tak paham pulak. Kena buat selalu-selalu, bukan sekali dua je. Mak aku dah cuba cara ni untuk anak buah aku, dan hasilnya amat menakjubkan. Kalo bawak gi hospital doktor nak operate je, kesian la baby tu.
Tapi susah nak cari pokok kecubung ni, puas mak aku pusing serata Malaya, akhirnya jumpa kat Kuala Selangor.
apa nama buah ni?
Kepada sesapa yang ade baby lelaki yang mengalami penyakit macam ni buleh cuba, kekadang kita kena cuba gak petua orang tua dulu kan, mana tau kot serasi. Tapi aku nak ingatkan sekali lagi, ini hanya untuk baby lelaki saje, yang dah dewasa tu pandai-pandailah cari ubatnye sendiri,hik,hik.
Buah ni juga boleh di buat tuam. Layur di api pastu tuam ke 'anu' anak. InsyaAllah.....
pokok ni ada di tepi exit ke bukit mertajam arah selatan highway plus utara selatan
update 7 march 2013:
ni gambar pokok buah ni. Pengasuh aku kata tikus cukup x mau buah ni. Nak halau tikus, potong potong buah ni letak kat tempat tikus duk nyorok. Sah cabut....
Aku dapat ambik buah ni 2 biji utk tuam anak aku kelmarin. Kita ikhtiar haanya Allah mampu menyembuhkan...
update 12 jun 2013
Setelah segala usaha tidak berhasil. Aku akur dgn nasihat doktor utk dibuat operation. Mungkin lepas raya ni kot. Ops tonsil dulu, kalu buleh ops telur sekali. Berserah kepada Allah saja la....