Memaparkan catatan dengan label rezki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rezki. Papar semua catatan

Selasa, 23 Ogos 2011

Bekerja kerana Allah

Kalau bekerja kerana Allah ni mesti ikhlas woooo.....x berkira, mai awal kira nak balik awal....mai lambat pon balik awal gak....dah kantoi dah...

Ikhlas - tidak mengharapkan balasan, sentiasa memberi yg lebih dari yg diterima.......kerja 8 jam.....tapi bawa balik rumah, sambung di rumah lak.....cikgu macam ni la. Bawak balik buku anak murid, tanda (rite) di rumah kan? Menyampaikan ilmu dan memastikan ia sampai......bukan senang tu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cari ilmu, latih diri supaya lebih banyak ilmu dapat disampaikan kepada org lain, contoh dalam blog. Walaupun x ramai yg masuk blog, xpa tapi terus sediakan maklumat2 yg berguna yg boleh dikongsi oleh org lain.


Jgn berkira pasal gaji la. Bersyukur la kita masih ada kerja. Ada org kerja sikit tp gaji sama macam kita gak......Bila ada yg gaji kecik kerja lebih drp kita, kita x bising pon. Pikir apa kita boleh sumbangkan kepada majikan kita berbanding apa majikan boleh bagi pada kita. Tidak membazir, menyalahguna. Rezki datang dari Allah, bukan dari manusia.

Isnin, 15 Ogos 2011

Chong Wei Vs Lin Dan

Dah xder rezki Chong Wei, camtu la. Xyah la kata kempunan macam dah nak mati la pulak. Rezki dari Tuhan, bukan dari manusia.

Kena akur la bahawa Lin Dan sangat kental. Dari segi skil, aku pilih Chong Wei. Tapi kenapa Lin Dan yg menang. Cuba tgk muka Lin Dan masa bertarung, memang macam singa kelaparan, serangannya menggila. Chong Wei macam humble, merendah diri dan menganggap Lin Dan hebat. Terlalu berhati-hati. Tapi kalah juga. Ya lah memikul harapan negara ni ingat ringan ka???

Chong Wei ni pemain no. 1 dunia, tapi kejuaraan besar semua Lin Dan sapu. Permainan mereka memang taraf dunia. Chong wei pernah menang ngan Lin Dan ni, berapa kali jer. X kisah la maknanya buleh menang cuma xdak rezki lagi kan. Mungkin sebab memikul harapan negara, Chong Wei berharap akan menang dan melakukan yg terbaik untuk itu sehingga berlaku kesilapan yg mudah memberi mata kepada Lin Dan.
Pejuang Islam zaman nabi dulu bila berperang mereka mengharapkan mati syahid, x kira la menang ke kalah perang tu.....sebab mati syahid ganjarannya lagi besar. Apa kaitan ini dgn perjuangan Chong Wei???????


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...