Memaparkan catatan dengan label lampu gasoline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lampu gasoline. Papar semua catatan

Isnin, 3 Oktober 2011

......aku x pernah susah.......

lain macam je bunyi tajuk ni. nak mencabar ke, nak menghina ke, nak memanaskan badan. Susah yg macam mana tu?

pisau toreh ni tajam oooo

Susah sebab mak bapak aku kerja motong getah ker? Kalau sekarang penoreh getah dah masuk kategori org senang, beerpendapatan tinggi. Termasuk mat gian yg dok sapu getah org. Kalau dulu motong 3 hari boleh RM30. Dapat je terus beli beras, ikan kedera masin, ikan sardin. Itu la makanan kami. Sayur kutip je pucuk2 paku tepi bendang berlambak. Sarapan pagi nasi gaul ngan garam dan minyak lauk (minyak bekas goreng ikan) dah cukup sedap tu. Air dah pasti teh o, atau kopi o. Nak tambah susu??? Pi perah susu kerbau tok hang. Mengada-ngada. Susu pekat sebulan sekali 1 tin pun susah bro.

atap nipah lantai n dinding buluh cincang


ni kat Acheh, dulu rumah kami macam ni la.

Susah sebab aku x duk rumah batu? Sekarang ni mana ada orang mampu buat rumah kayu lagi dah. Kayu mahal oooo. Pakai bata murah. Rumah aku dulu lagi senang pakai buluh cincang je buat dinding, atap rumbia (nipah), jemoran buluh.

telaga batu
Susah sebab rumah aku x dak paip air? Nak buat apa paip air, cedok air kat telaga utk mandi basuh baju, masak. Nak pi bilik air? Mana ada bilik air bro. Nak kencing tu pi je blkg, nak berak pi parit. Kalau malam2, lu pikir la sendiri.......

tv antik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...