Memaparkan catatan dengan label redha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label redha. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2015

Mencari Redha ALlah

Kenapa kita solat, bayar zakat, puasa? Ada yang akan jawab, ia perintah Allah, rukun Islam, untuk dapat pahala, syurga, jauhi neraka dan macam2 lagi. Jawapan yang sama tp berbagai cara di sampaikan. Semua itu adalah perintah Allah, kita hambanya jadi patut la kita taat padanya x kira apa pasai pun. Pasai syurga ka neraka ka pahala ka apa pun.


Apabila kita taat perintahnya baru la kita boleh dapat redhanya. Baru la dapat kasih sayangnya. Mungkn akan dapat syurganya. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu lebih besar, tinggi nilainya dari alam dan seluruh isinya.

Ada yang bersedekah kerana dgn bersedekah dgn harapan akan bertambah lah rezki nya. Tp dia lupa bahawa Allah lah yg memberi rezki. Kalu kita bersedekah supaya rezki bertambah, mungkin rezki kita Allah tambah tp adakah kita dapat kasih sayang Allah.

Buatlah semua amal kebajikan kerana Allah setakat yg kita mampu bukan kerana imbuhan dunia. hanya Allah lah yang memberi rezki, kesihatan kekuatan, kebolehan, keselamatan dan segla2nya.
InsyaAllah kita akan dapat semua itu bila kita dapat redha Allah.


Bagaimana mendapat redha Allha?

Taat lah segala perintahnya, lakukan amal kebaikan kerana Allah semata2 bukan utk imbuhan dunia. Ingat Allah saja masa buat amal, samada amal soleh, amal jariah ka.

Wallahu a'lam

Sabtu, 28 Mac 2015

Apabila kita redha


Senang nk sebut tp susah ya amat nk dilaksana. Bersyukur dgn apa yg ada, yg dipinjamkn seketika. Sampai masa nya kelak akan pulang ke pangkuan pencipta. X kira la ia harta wang ringgit atau persahabatan. Semuanya hanya pinjaman.  Apa nk dibanggakan, dimegahkan, dibanding2kan kelebihan yg Allah kurniakan. Ia sebenarnya ujian semata mata. Adakah kita bersyukur dan sanggup berkongsi dgn org lain.

Apabila ditimpa musibah, percayakah kita itu takdirnya. Adakah perlu kita mengeluh, atau menerima dgn hati yg redha? Adakah begitu utk meredhai musibah yg berlaku? Kita hanya merancang Allah jua yg berkuasa menentukan segala. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik.

Kalu main bola, mesti nk menang. Seblom main sudahkah kita merancang utk menang? Apakah usaha dan kajian atau latihan yg dilakukan adalah yg terbaik utk menjamin kemenangan? Kalu ya, adakah kita bersedia utk menerima kekalahan? Bukankah keputusannya Allah yg tentukan? Maukah kita berlapang dada menerima kekalahan? Atau masing2 menghentam sapa sj yg dirasakn punca kpd kekalahan atau adakah lebih baik memberi semangat dan peransang agar dipertinkatkan usaha memperbaiki kelemahan yg ada? Dgn cara yg lebih berakhlak krn kita tahu Allah sdg menguji kita.

Wallahua'lam....


Sent from Samsung Mobile

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...