Memaparkan catatan dengan label zxr 250. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zxr 250. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2017

ZXR250 camera onboard

Beli kamera utk kereta tp pasang kat tank moto. Malangnya kena sambung ke powerbnk sentiasa jadi kamera kena letak dkt badan pasai powerbnk duk lam poket. Nak pasang kat fering segan plak. Gedabak j nampak padahal nak p keja ja.

Beli dgn harga rm40 x termasuk memory card. Kualiti gambar boleh la......bila bergerak2 gambar jadi blur la. Memory card kalu guna class 10 punya mungkin lg baik la gambar dia

ANda tgk la sendiri....

Isnin, 25 April 2011

Kenapa aku hanya mampu pakai zxr250 je?


ZXR 250 GUA PUNYA
 Soalan cepu emas, tanya kat diri sendiri. Ini jawapannya.


1. Minyak itam, sebotol RM30 1 liter, moto ni pakai 2.6liter. Jadi kena pkai 3 botol = RM90 + filter RM50 = RM140. Tiap2 5000km kena tukar. Setahun 2-3 kali.

2. Tayar depan cokia punya RM200, blkg RM250. 2 tahun 1 kali tukar.
Ada hati ke nak pakai bridgestone?
 ???
  3. Sproket 1 set RM390. 2 tahun 1 kali tukar.

4. Sekali tu suis rosak, tgh speeding moto mampus.....panggil lori angkut pi kedai. suis rosak, RM350.

5. Plate brake disc 1 set RM65. Depan disc ada 2, jadi la 2 x RM65= RM130

6. Hos macam mesin basuh kat atas tank, 1 je RM85 x 2 =RM170

7. 2008, timing chain putus sebab tarik panjang sgt masa gear 1 dan 2, timing chain mmg dah longgar, gatai. Engine jam. Tukar camshaft, crankshaft, head block dll =RM8500

8. Roadtax + insurans = RM200++ single rider 3rd party
9. injap minyak untuk normal dan reserve  = RM250


Kenapa aku nak pakai gak??????


1. Minat

2. Bawak mmg syok

3. Laju (200km/j), pick-up power

4. Bunyi syok

5. Harga x jatuh, naik lg ada.

6. Enjin 4 silinder, 16 valve

7. X mkn minyak kuat

8. Ada byk kelab

Ahad, 20 Februari 2011

HONDA CBR 250 2011 MALAYSIA


Baru2 ini disiarkan dalam suratkhabar, Boon Siew akan mengeluarkan CBR250. Harga standard RM18k+, ada ABS RM21k+.

HONDA CBR 250


ZXR 250

Nampak macam ok jer. Boleh ke tukarkan dengan ZXR 250 aku. Amacam ada beran! Design memang cool, sporty. Tapi cuma 4 injap 1 je silinder. ZX aku 16 injap 4 silinder. Top speed tak tau brp. Zx aku boleh pi sampai 200+. Bunyi lagi best.
Repsol Edition

Korang pikir la sendiri. Tapi yang nyatanya, ZX tu model lama, ni model baru, injection, jimat minyak la. Harga pun ok la. ZXR  250 tahun 1997 pun lani duk ada dalam RM14k lagi. Lawa lagi dia banding ZXR250. Terpulang kepada pengguna, nak lawa dan teknologi baru atau design lama  tapi dah terbukti di jalan raya.




Jumaat, 18 Februari 2011

Odometer

         Pagi tadi aku balik kampung naik zxr 250. Saja2 riding, lama tak jalan jauh ngan zx ni. duk ulang pi keja je. Aku pasang garmin kat handset letak dalam beg tangki (magnet) nak bandingkan meter motor dengan meter laju dalam software garmin tu. Nak tengok masa jalan tak nampak jadi aku tunggu la sampai rumah baru cek.
        Kelajuan maksima aku ialah 180km/jam. Bila aku cek garmin ni, highest speed cuma 155km/jam. Ini menunjukkan meter zx ni ringan la. Agak2 meter motor kapcai lagi ringan apa? Aku pernah bandingkan meter kereta ngan garmin ni, memang sama. So kalau aku bawa 180, maknanya kereta bawa 160 pun dah boleh ligan aku la.


       Kalau meter cbr 1000, atau yang cc lagi besar mungkin meter dia sama macam kereta kot. Kena tanya rider yang pakai cc besar lagi la. Setakat zx ni B2 pun boleh bawa dah.
Bila la nak boleh pakai cc yang besar2 ni. Umur dah nak masuk 40 ni. Patut la orang kata, motor besar untuk yang lanjut usia.
zxr lg jauh beza nya, lg ringan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...