Cardio or Muscle exercises

Bila dah dapat keputusan kolestrol, saya pun cari la kaedah-kaedah senaman yang sesuai. Ini yang saya dapat dari laman web http://pesonabatik.com/blog/tip-kurus-senaman-kardiovaskular-atau-senaman-otot/2009/12/15/.

Senaman baik untuk kesihatan, tidak kiralah samaada senaman kardiovaskular atau senaman otot. Seboleh bolehnya luangkan sekelumit masa yang ada setiap hari untuk melakukan aktiviti aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan memberi kesan positif terhadap gaya hidup kita.


Namun, apabila bercakap tentang tip kurus atau tip mengurangkan berat badan, senaman manakah yang lebih berkesan? Senaman kardiovaskular atau senaman otot? Atau adakah kedua duanya sama sahaja?
Sebelum kita menghurai lebih lanjut mengenai keberkesanan kedua dua latihan tersebut, terlebih dahulu ada eloknya kita mengkaji apakah itu senaman kardiovaskular dan apakah pula senaman otot. Senaman kardiovaskular (atau ringkasnya kardio) adalah senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung dan antara aktiviti yang tergolong dalam kategori ini adalah berlari, jogging, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.
Manakala senaman otot adalah senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi, ‘pull up’, ‘plank’ dan sebagainya. Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot (‘muscular’) dan seseorang lelaki mungkin menjadi siulan wanita (Ini hanya sekadar penerangan ringkas. Yang sebetulnya proses membina badan ini tidak semudah yang disangka dan ia mesti datang dengan pemakanan yang betul, bimbingan dari pakar serta rehat yang mencukupi).


Kedua dua senaman kardio dan otot memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. Secara teori, untuk orang yang mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan, selain daripada pembakaran makanan, sumber lain yang boleh membekalkan tenaga adalah lemak yang dibakar menjadi sumber tenaga. Jadi, apabila lemak lemak yang menggeleber di sekitar perut dibakar, dapatlah kita merasa kesan ‘kurus’.

Namun, itu hanya teori sahaja dan dalam keadaan kekurangan tenaga, protein di dalam badan lebih mudah ditukarbentuk kepada tenaga. Di manakah protein ini didapati? Kebanyakannya daripada otot. Jadi apabila protein ini ditukar kepada bentuk tenaga, sel sel otot akan hilang dan otot
akan mengecil. Ini satu perkara yang tidak baik! Ini kerana, protein dan  otot adalah elemen yang penting dalam mengekalkan kadar metabolisme badan.


Sebenarnya, pada peringkat awal usaha anda menurunkan berat badan menerusi senaman kardio, anda akan dapati dalam beberapa hari badan anda akan turun. Masalahnya, anda tidak tahu adakah ia disebabkan oleh kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air yang bermakna, anda ‘tertipu’ kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara dan apabila anda berhenti melakukan aktiviti aktiviti senaman, percayalah, badan anda akan meningkat naik dengan cepat!

Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolisme badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan mengakibatkan kegemukan dan akibatnya, harapan untuk melihat badan kurus akan hanya tinggal harapan sahaja.


Sebaliknya, menerusi senaman otot, anda akan meningkatkan sel sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori anda akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan anda akan terus membakar lemak meskipun anda sedang tidur atau menonton wayang. Senaman otot juga akan mencantikkan badan dan membina tekstur tubuh yang baik untuk kedua dua golongan lelaki dan wanita.
Bagaimana pula dengan seorang wanita? Adakah senaman ini akan membentuk otot yang berketul ketul dalam badan saya?
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai wanita memilih aktiviti berlari dan berjogging berbanding senaman otot. Mereka beranggapan dengan memfokuskan pada senaman otot, badan mereka akan berketul ketul seperti lelaki dan ini akan membuatkan mereka gundah gulana. Sebenarnya, seorang wanita tidak harus bimbang tentang perkara ini. Ini kerana, penghasilan ketulan otot banyak bergantung kepada jumlah hormon estrogen dan wanita hanya mempunyai kadar penghasilan hormon estrogen yang amat rendah, iaitu kurang satu per lapan berbanding lelaki.


Jadi, jika anda mahu kurus, buat keputusan bijak dengan melakukan senaman otot, dan apabila anda sudah menjadikannya sesuatu rutin, bolehlah anda beralih kepada senaman kardio. Insyaallah anda akan dapati kesan pengurangan berat yang ketara dan berpanjangan.
Oleh Zulkifli Musa

 
  
Lepas ni saya nak berenti joging, nak angkat dumbell lak, push up dan sit up. Nanti kita tengok keputusannya. Lepas 3 bulan la. Tungguuuuuuu.......






Sesiapa yang tak tahu apa jenis senaman tu boleh la usha gambar-gambar ni. Heheheh. Mari kita lakukan bersama-sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...