Memaparkan catatan dengan label kuih raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih raya. Papar semua catatan

Selasa, 14 Ogos 2012

Mood Raya

Dah x leh wat keja opis dah aku. Sat org ajak pi beli baju raya, sat ni ada lak ajak pi beli lampu lip lap, keropok, kuih raya, juadah berbuka lagi. DUk opis lak asyik mengantuk ja.

Seelok2nya lah, dah ddekat nak raya ni elok diberi pelepasan awal la, atau cuti awal sikit. Kalau duk kat opis pun, produktiviti xdak langsung, kecuali pakai mesin. Budak2 belajar pun x masuk kepala dah. Duk ingat lemang, baju raya, tiket bas balik kg, kuih raya la macam2 lagi.

Orang lain, malam2 sibuk pi surau masjid buat amal, kita sibuk di supermarket cari kuih raya, baju raya dll.
Sepatutnya makin ujung ramadan ni lagi kuat ibadat, rupanya makin longgar, nu nak bersiap utk raya plak.

Duit syiling raya.
Duit raya dah tukar blom? Sampul raya beli x, ke dapat free jer bila beli barang di supermarket?

Tahun ni duit design baru lak. Makin kecik jer. Sama macam nilai dia, makin kecik.

syiling baru

bagi duit syiling jer dah la......

duit baru 2012

Khamis, 18 Ogos 2011

Raya x sampai 2 minggu lagi......

Mesti org ingat aku duk kira brp hari lg nak raya kan?  Heheehe salah. Sebenarnya aku tgk kat tv la ni byk dah program raya sedang dirakamkan utk tayangan hari raya. Sibuk betul depa ni kan. Demi utk menghiburkan kita di bulan syawal. Xkan depa nak pi studio, buat rancangan itu ini, pada hari raya kan. Depa pon nak raya gak.
Masjid New Delhi

Tapi tu la kan......tugas masing2. Org lain sibuk berterawih, kita sibuk bershopping, org duk mengaji, kita buat kuih raya.......org duk berzikir kita tgk tv, rakaman program raya....Pendek kata semua org sibuk di bulan Ramadhan ni. Ada yg sedang bertungkus lumus siapkan tempahan kuih raya, baju raya, cat rumah, langsir, sofa...........bla bla bla....

Bagi aku biar la apa org lain sibuk, janji raya boleh balik kg raya ngan family aku. Hehehe. Fitrah x bayar lagi nih. Karang terlupa lak. Tolong ingatkan aku.

Dekat2 nak raya, memandulah dgn lebih berhati2. Jiran aku baru eksiden, jatuh motor, bengkak mata. Katanya ada org himpit. X kira la org himpit ka kita himpit, janji jangan eksiden. Jgn lupa baca doa naik kenderaan. X tahu? Search kat google sat jer dapat.

Pada ibu bapa, perhatikan anak2. Kot2 depa main mercun. Kot2 depa pi tusyen yg sesat. Org Islam zaman la ni cabaran nya lagi byk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...