
Anak saya kena angin pasang. Dah pi buat perubatan tradisional. Kena tuam dengan daun sireh, sapu minyak dan air tawar. Ada jiran suruh pi cari buah pokok kecubung. Banyak kat tepi highway, tapi tak kenal. Bila search dalam internet ni baru kenal. Macam ni rupanya. Terima kasih kepada blogger yang menyediakan maklumat berguna ni. Nak buat apa dengan buah ni diserahkan kepada isteri @ ibunya yang lebih arif.
Kata kawan saya, angin banyak dalam badan budak. Kena bubuh minyak kat perut dengan perut betis, urut lawan jam kat perut. Balik petang kena buat ni. Sementara masih baru ni.
Dipetik dari julietchun.blogspot.com. Terima Kasih.
Buah dia ni berguna untuk orang lelaki. Opsss, baby lelaki. Kalo sesapa ade baby lelaki yang selalu mengalami angin pasang surut,korang tau ke ape sakit tuh? Itu nama tradisional yang orang tua bagi, nama sainsnye aku tak tau lah plak. Ambik sebiji buah kecubung tu dan buangkan durinya. Buah ni macam buah durian,ada duri tapi taklah tajam cam durian tu, pakai pisau biasa je untuk buang durinya. Setelah di buang durinya, kena hangatkan atau panaskan buah tu macam bakar tungku orang bersalin atau macam bakar belacan,hehe. Bakar kat dapur gas je dalam 2-3 minit, biar rasa suam-suam kuku,kire sesuai untuk baby. Jangan plak bakar sampai hangus sebab buah tu akan di gunakan banyak kali.
Alas buah kecubung ni dengan kain lampin atau sebarang kain, jangan kain kapan udah ler, kemudian tuamkan kat "telur" baby tu,bergilir-gilir kiri dan kanan sambil membaca selawat. Mintak maap ye, ini bukan lucah, tapi info yang betul, kang aku berkias korang tak paham pulak. Kena buat selalu-selalu, bukan sekali dua je. Mak aku dah cuba cara ni untuk anak buah aku, dan hasilnya amat menakjubkan. Kalo bawak gi hospital doktor nak operate je, kesian la baby tu.
Tapi susah nak cari pokok kecubung ni, puas mak aku pusing serata Malaya, akhirnya jumpa kat Kuala Selangor.
![]() |
| apa nama buah ni? |
Buah ni juga boleh di buat tuam. Layur di api pastu tuam ke 'anu' anak. InsyaAllah.....
![]() |
| pokok ni ada di tepi exit ke bukit mertajam arah selatan highway plus utara selatan |
ni gambar pokok buah ni. Pengasuh aku kata tikus cukup x mau buah ni. Nak halau tikus, potong potong buah ni letak kat tempat tikus duk nyorok. Sah cabut....
Aku dapat ambik buah ni 2 biji utk tuam anak aku kelmarin. Kita ikhtiar haanya Allah mampu menyembuhkan...
update 12 jun 2013
Setelah segala usaha tidak berhasil. Aku akur dgn nasihat doktor utk dibuat operation. Mungkin lepas raya ni kot. Ops tonsil dulu, kalu buleh ops telur sekali. Berserah kepada Allah saja la....
lakaran


