Memaparkan catatan dengan label mood raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mood raya. Papar semua catatan

Selasa, 14 Ogos 2012

Mood Raya

Dah x leh wat keja opis dah aku. Sat org ajak pi beli baju raya, sat ni ada lak ajak pi beli lampu lip lap, keropok, kuih raya, juadah berbuka lagi. DUk opis lak asyik mengantuk ja.

Seelok2nya lah, dah ddekat nak raya ni elok diberi pelepasan awal la, atau cuti awal sikit. Kalau duk kat opis pun, produktiviti xdak langsung, kecuali pakai mesin. Budak2 belajar pun x masuk kepala dah. Duk ingat lemang, baju raya, tiket bas balik kg, kuih raya la macam2 lagi.

Orang lain, malam2 sibuk pi surau masjid buat amal, kita sibuk di supermarket cari kuih raya, baju raya dll.
Sepatutnya makin ujung ramadan ni lagi kuat ibadat, rupanya makin longgar, nu nak bersiap utk raya plak.

Duit syiling raya.
Duit raya dah tukar blom? Sampul raya beli x, ke dapat free jer bila beli barang di supermarket?

Tahun ni duit design baru lak. Makin kecik jer. Sama macam nilai dia, makin kecik.

syiling baru

bagi duit syiling jer dah la......

duit baru 2012

Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya Aidulfitri Maaf Zahir Batin

Dah seminggu baru nak ucap selamat hari raya. Sibuk beraya mana sempat nak online. Hari ni start kerja. Ramai lagi masih bercuti. Tak habis lagi kutip duit anak2 kat kg kot. Aku pun tergantung kerja, mood raya lagi ni. Ramai gak kawan2 yg sambung puasa bulan syawal. Alhamdulillah....aku bila la nak buat.

gambar hiasan
Raya tahun lepas anak sorang jer, org bg duit raya RM10 dia sorang je sapu. Tahun ni dah ada adik, org bg duit raya pun sama nilai gak. Separuh abang separuh adik. Kalu kmpul semua sama jumlah je, cuma kena kongsi 2 org la.


Raya tahun ni x byk rumah dikunjungi tapi rumah jauh2. Cuti lama pon x leh nak beraya byk2, letih.....Pastu adik buat char kue teow lak, org ramai la mai nak rasa....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...