Terbaca nukilan dari Kak Chaq dari emel rasa ingin dikongsikan dgn anda semua......Persoalannya kenapa??????????
Salah satu nama Allah yang baik dan
indah ialah al-Sami’. Allah maha
mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya
pada setiap masa, tempat dan ketika,
Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya
yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.
Allah setia mendengar rintihan
hamba-hambaNya ibarat “kekasih” yang saling mencintai.Jika ada jutaan manusia
mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah, Allah tetap mendengar
rintihan dan doa tanpa jemu tanpa mengira pangkat, darjat, harta dan rupa.
Keadaan ini berbeza dengan sikap
manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam
soal mendengar. Ya….jika orang yang
bercakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan,
mungkin mendengarnya sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat
dihabiskan percakapannya. Kalau si kaya
menegur, semua pihak tunduk akur. Tetapi
apabila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi
selamba.
Mengapa begitu sikap kita? Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan
sifat Allah yang mendengar? Malah lebih
malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNya.
Mengapa? Adakah mereka rasa Allah tidak
mendengar atau malas hendak berdoa?
Sebenarnya, malas berdoa ialah
tanda kekerasan hati dan kesan daripada keras hati itu akan menyebabkan kita
ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat. Sebaliknya, dengan berdoa hati
akan menjadi lembut, fikiran akan menjadi cerdas, perasaan akan menjadi tenang
dan anggota akan menjadi cergas. Jadi,
doa bukan petanda lemah. Tetapi ia
adalah sifat manusia gagah.
Berdoa bukan untuk memberitahu
Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia
mengetahui. Doa
ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Kita memberi bukan
untuk menerima. Kita menabur budi bukan
untuk dianggap berjasa. Apa yang
sepatutnya diharapkan ialah keredaan Allah semata-mata. Sesungguhnya apa yang dijanjikan-Nya lebih
baik, kekal dan abadi.
Namun bukan mudah untuk mendapat
keikhlasan Dalam samar mainan rasa
kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada
manusia. Padahal manusia sering
mengecewakan kita. Sudah masyhur kata
bijak pandai, “ Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang
dilakukannya akan mengalami sakit jiwa”. Mengapa? Berdoalah selalu moga Allah mempermudahkan
urusan kita di dunia dan akhirat…. Amin
Secubit sayang…..
“Ballighu
‘anni walau ayah”
Kak Chaq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan