Isnin, 3 Oktober 2011

......aku x pernah susah.......

lain macam je bunyi tajuk ni. nak mencabar ke, nak menghina ke, nak memanaskan badan. Susah yg macam mana tu?

pisau toreh ni tajam oooo

Susah sebab mak bapak aku kerja motong getah ker? Kalau sekarang penoreh getah dah masuk kategori org senang, beerpendapatan tinggi. Termasuk mat gian yg dok sapu getah org. Kalau dulu motong 3 hari boleh RM30. Dapat je terus beli beras, ikan kedera masin, ikan sardin. Itu la makanan kami. Sayur kutip je pucuk2 paku tepi bendang berlambak. Sarapan pagi nasi gaul ngan garam dan minyak lauk (minyak bekas goreng ikan) dah cukup sedap tu. Air dah pasti teh o, atau kopi o. Nak tambah susu??? Pi perah susu kerbau tok hang. Mengada-ngada. Susu pekat sebulan sekali 1 tin pun susah bro.

atap nipah lantai n dinding buluh cincang


ni kat Acheh, dulu rumah kami macam ni la.

Susah sebab aku x duk rumah batu? Sekarang ni mana ada orang mampu buat rumah kayu lagi dah. Kayu mahal oooo. Pakai bata murah. Rumah aku dulu lagi senang pakai buluh cincang je buat dinding, atap rumbia (nipah), jemoran buluh.

telaga batu
Susah sebab rumah aku x dak paip air? Nak buat apa paip air, cedok air kat telaga utk mandi basuh baju, masak. Nak pi bilik air? Mana ada bilik air bro. Nak kencing tu pi je blkg, nak berak pi parit. Kalau malam2, lu pikir la sendiri.......

tv antik
Susah sebab rumah kami xdak tv? Memang xdak tv. Nak tgk tv kena pi rumah tok aku. tu pun xdak kaler. Tv warna jauh sekali la. Kalau pandai boleh la tgk sebab tv dia pakai bateri keta sebab karan xdak. Silap sambung tv berasap. Karan xdak bukan sebab blackout, bekalan terputus, tapi letrik memang x masuk lagi. Kabel ka tiang ka, meter lagi la xdak. Nak dgr radio, tgk tv, lampu semua pakai bateri. Tak pun nak jimat lagi pakai minyak tanah, pelita ayam, lampu gasoline. Pernah baca buku pakai pelita ayam? Mesti terbakar rambut ngan bulu kening. HEheheh.

pelita ayam

pendek punya

lampu gasoline














seterika rock
Pernah ker korang pakai seterika antik ni. Nak kena bakar arang dulu, masukkan dalam ni. Susah betul.
dapur kayu
 Susah sebab rumah aku xdak dapur gas? Bukan takut meletup, tapi mana ada duit beli dapur, gas. Pakai kayu je lagi murah. Tak yah risau2.

sabun mandi ku dulu
Last sekali. Susah sebab basuh baju pakai tangan atas batu, tepi sungai? Mana mampu nak pakai mesin basuh, tambah pulak yg auto. Masa tu mana ada lagi mesin basuh, peti ais pun xdak. Dah tua dah aku ni rupanya. Ada satu sabun yg mak aku selalu guna utk basuh baju ngan mandi. Mana ada shower cream, pencuci muka, gosok gigi pakai arang kayu je. Nama sabun tu, Sabun Cap Kapak.

AKu x pernah susah ker????? Setakat pi sekolah berjalan kaki pagi2 buta, darjah 6 baru dapat basilkal bantuan, itu nak heran. Pernah pakai kasut sekolah getah?? Senang basuh, x basah, putih sentiasa.

3 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...