
Satu lagi keadaaan yang sering berlaku ialah memotong semasa kesesakan. Ambil lorong kecemasan pastu bagi isyarat nak masuk baris. Ni akan menambahkan lagi kesesakan yang dah memang menyesakkan tu. Potong que orang panggil ni. Mana boleh potong que, ikut giliran la. Ada satu iklan tu anak-anak tegur bapak dia potong que, tak ke malu. Macamana anak nak jadi elok kalau mak bapak pun tunjuk contoh tak elok. Jadi jangan salahkan orang la bila anak perangai tak elok.
Bapak borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jadilah contoh yang baik macam Rasulullah, walau pun dah dijamin syurga tapi masih merendah diri, takutkan Allah dan bertimbang rasa.
Itulah peribadi yang elok dijadikan panduan. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan