Isnin, 3 Januari 2011

Bersopan di jalanraya

Kenapa rakyat Malaysia bila berada di atas jalanraya jadi tak ingat. Macam la jalan tu dia sorang jer nak pakai. Orang lain pun bayar cukai gak. Yang naik motor pun bayar gak RM2. Kena la timbangrasa. Semua orang nak cepat. Ni kira dia ja nak pi dulu. Orang semua kena tepi.

Ada lak yang buat undang2 sendiri. Undang2 jalanraya tak mau pakai. Sia2 ja pi kelas memandu, dapat lesen, tapi undang2 tak mau ikut gak. Lesen tu menunjukkan kita dah belajar memandu bukan makna kita dah tak payah ikut undang2 dah.

Yang bawak kenderaan besar tu tengok2 la juga yang kecil2 ni. Mengalah la sikit, depa pun nak hidup gak. Pendek kata penyelesaian bagi semua ni adalah sabar. Sabar juga adalah penyembuh bagi macam2 penyakit. Kalau tak sabar maknanya setan dah sampai, last2 kita yang tak sampai2.

Ada yang nak tunjuk terer lak memotong kat corner, langgar lampu trafik merah bila xdak keta. Bahaya semua tu, belum kena boleh berlagak la. Dah kena, sendiri tanggung la.

Kadang2 yang kena bukan yang langgar undang2 tu, yang bawa cermat tu kena lak. Tak ke naya tu. Bukan yang laju saja salah, yang bawa slow sangat pun masalah gak. Bawa la sederhana. Jalanraya adalah kemudahan kita nak menuju ke destinasi, bukan untuk makan angin. Nak makan angin berenti la kat taman ka, tepi laut ka.

Kemalangan di Malaysia ni makin menjadi-jadi. Lesen yang kita dapat tu belum menjamin kita ni cekap. Sebab tu la bila nak naik kenderaan kena baca doa. Kita tidak mampu mengendalikanya.

Rossi yang duk race berapa lama pun tertonggeng. Ni kita yang sekali sekala ja bawak laju, nak try kona laju, tu yang terbabas tu. Kalau pas ke padang, selamat la, kalau ke longkang ka tiang letrik ka, tak ke haru.
Biar orang kata kita penakut sebab kalau berani sangat nanti over confident, salah jangka, abis. Kena lak time tu la brek tak makan la, tayar meletup la, jalan licin, berminyak berpasir, nak macamana dah, mengucap jer.

Nasihat ni untuk semua termasuk aku la. Aku pun biasa buat silap gak. Jadi baca la doa setiap kali nak bawa motor ka kereta ka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...