Khamis, 8 Disember 2011

Syukur la.............

Anak kena tahan di wad. Ibu susah hati, resah, tension, x tau nak wat per, letih, ngantuk jaga di wad. Dah x leh nak senyum, asyik nak marah2 jer. Semua serba x kena.

Tapi cuma tgk kat katil sebelah, katil depan. Mereka pon senasib......mereka pun rasa sama gak. Cuba bandingkan sakit anak kita ngan anak mereka. Rasanya anak depa teruk lagi. Batuk jer pun sampai biru muka, wayar 2-3 macam, kat kaki, tangan, hidung...........ubat semangkuk sekali makan. Anak kita?????

Alhamdulillah, rupanya kita lebih bernasib baik. Cuba kalau anak kita sakit macam tu.....macam ni pun dah tension, itu la, ini la,.....kalau macam tu mau pengsan terus duk katil sebelah.........

CUba tgk ketabahan, kesabaran mereka jaga anak............walau letih, mengantuk, tension, susah hati, serabut tapi tetap terus menjaga mereka sehabis baik mungkin.

Ini lah kisah kehidupan di hospital. Kalau kita sakit duk di rumah sorang2, mungkin kita rasa kita x bernasib baik, apala dosa kita tuhan bagi sakit. Bila dihospital, kita pula tanya apa la dosa anak2 kecil ni sakit sampai macam tu. Padahal depa mana ada dosa. Dosa pahala pun x kenal lagi.

Kalau mat rempit eksiden, boleh la kita kata "tu la bw motor laju sgt, x dengr ckp mak bapak". Abis budak2 ni apa cer?

Ada yang pendarahan otak, tapi pengasuh kata x jatuh pun. Kalau jatuh, boleh salahkan pengasuh. Kira nak cari kesalahn org jer. Kita x salah2 jugak.


mata masuk habuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...