Jumaat, 9 Disember 2011

Pendidikan amat penting

Aku ni bukan la peminat Dr ni. Tapi aku sgt berkenan kepada usaha2 murni dia. Produk dia pun dah bantu ramai org obesiti jd kurus. Bukan obes sikit2, obes gila2 punya.


Memang kerja doktor bantu org, tp org sakit. Tapi doktor ni bukan saja bantu org sakit, tapi juga pendidikan. Dia pun sedar betapa pentingnya pendidikan.


Macam satu cerita "kalau kita bg ikan pada seseorang, dia makan dan abis kena bagi lagi. Tapi kalau kita ajar dia cara tangkap ikan, memancing ker, dia boleh dapat ikan hari2".

Sama juga bantuan kerajan bagi pada org miskin, org sakit. Mana lagi bagus kita bagi tiap2 bulan RM100 atau kita bagi modal, tempat utk berniaga ka, buat produk ka macam sos, kicap org kampong, jual karipap, goreng pisang, buat tikar, jahit baju, bela ikan dan macam2 lagi. X perlu la mereka menunggu tiap2 bulan utk ambik duit bantuan. Pihak kebajikan memantau perusahaan, perniagaan mereka agar terus memberi pulangan. Kalau setakat nak dapat RM100 sebulan x jadi masala rasanya. Mungkin boleh dapat lbih lagi.

Begitu juga zakat. Ada juga penerima zakat dapat bantuan utk memulakan perniagaan seperti van, lori, gerai, modal pusingn. Tahniah la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...