Selasa, 1 November 2011

MANUSIA CERDIK IALAH MEREKA YANG MENGINGATI MATI

Aku ingat mati sebab takut. Masa naik moto, masa kat tempat tinggi, masa tiba2 rasa sakit dada. Masa lalu kat kubur, masa ziarah org mati, masa dengar berita, baca berita org mati, maut eksiden, kena bunuh dan macam2 lagi................

Tapi bila org mengingati mati -----

Natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan dia.
 
Rumah Terakhir
dipetik dari ustaznaim.blogspot.com. Baca lagi.

Setiap yg hidup pasti merasai mati.................nak lari mana???????????????????
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan narsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.

Terima kasih ustaz.........
 
Nabi muhammad s.a.w pernah bersabda: ”Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati”. Mengapa pula orang yang banyak mengingati mati dikatakan cerdik? Ini berdasarkan keadaan dimana orang yang banyak mengingati mati sudah tentu takut untuk menghadapinya tanpa bekalan yang mengcukupi.Justeru itu orang yang banyak mengingati mati akan sentiasa terdorong untuk beramal dan membuat kebaikan malah takut untuk membuat dosa dan maksiat.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...