Jumaat, 12 Ogos 2011

MERCUN BOLA, HILANG 3 JARI

Mercun bola adalah mercun faveret aku. Bunyi nya adalah yg terkuat dikalangan adik beradiknya. Harga lebih murah berbanding yg sebunyi kuat dengannya. Tapi....haaaa ada tapinya......sumbunya cepat terbakar, maka cepat la meletupnya, silap2 x sempat kalau tak ready betul2. Alamat habis la jari jemari. Dah bertahun2 aku main di kg, tak pernah dgr lak yg putus jari kena mercun bola ni, yg melecur kaki tu ada la. Sebab geng kg ni main baling kat kaki org. Kuang asam, aku pun takut.

Mercun bola
Betul ke depa ni main mercun bola, yg buleh putus jari tu. Atau pun mercun bola ni dah dimodify jadi besar lagi macam bola betul.

Entah la, yg pasti aku x mau dah beli mercun bola. Kita main mercun yg kadar kecederaannya lebih rendah. X pon bunga api sudah la. Tapi bunga api pun bahaya gak kan. Bini aku bagi lak anak aku main bunga api. Terpercik ke mata kang kan ke susah. Klau mercun marah betul, putus jari la mcm2 la.


Keputusannya aku beli mercun ini. Hah sapa tahu apa mercun ini? Ni la dia thunderclap......cucuh sumbu dia, lari......kan selamat tu. tapi kena ingat, kena letak ikut arah yg betul. Klau dihala ke apa2  objek, buleh nyer patah balik lepas langgar  objek tu, jenuh nak lari. Tapi kadar letupannya xla kuat sangat. Macam bunyi kentut org yg perutnya boroi tu je. Sapa nak beli jgn cari aku. Xdak masa aku nak jadi penjual mercun la. Pi la cari kat pasar ramadhan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...