Rabu, 10 Ogos 2011

Bonus - Separuh gaji tuh. Alhamdulillah

Orang duk kalut crita pasal bonus, aku buleh buat dekkk jer. Alhamdulillah, rezeki anak2 aku le tu. Boleh la cover balik lobang2. Ops jgn lopa birthday bini lak. Setahun merajuk tu. Macammana ni dgn nak raya, hadiah birthday lagi. Xpa pakai je dulu, nanti2 kita kira la. Hehehehe.....berlobang2 lagi la jawabnya.

Kira kerajaan tak lupa gak la kita nak raya ye. Baru meriah raya ni. Boleh beli baju raya, kuih raya, duit raya, tirai raya, dan yg sewaktu dengannya. Duit yang dapat semua utk dihabiskan, kalau simpan pon lama2 bila dah banyak nak digunakan jugak kan.

Atau pilihanraya dah dekat???? Orang kata la bukan aku kata. Aku peduli apa pilihanraya dekat ke jauh, janji masyuk kan. Kalau pilihanraya pun boleh balik kamp[ong. Nak mengundi kan.

Berapa byk la duit yg kerajaan kena agihkan kepada semua kakitangan ni. Ada 1.27 juta kakitangan....kalau sorang RM500 cuba darab tengok = RM635juta. Pesara pun dapat gak, ada 590,000 pesara darab tengok = RM295 juta. Ni kalau dapat RM500. Yg separuh gaji tak leh nak kira la, lagi byk pa. Jumlah setakat ni = RM635juta + RM 295juta = RM 930juta. Dekat RM1 billion tu, kira RM2 billion lah. Tu dia aih. Banyak nya duit kita kan. Duit rakyat tu. Yang dapat cuma kakitangan kerajaan, macamana dengan swasta, orang kg, yg kerja sendiri.......sepatutnya semua org rakyat malaysia dapat sebab ni kan duit rakyat.....x kira la RM500 ka RM100 ka kan.

Geng2 yg kerja swasta tak kata pa pon no. Sonyap jer. Tapi depa sekali dapat bonus 3-4 bulan gaji, sonyap jugak kan. Masing2 ada kerja masing2 ada rezki la. Tak byk pon sikit la.

Yang naya geng kampong la, kampong aku la tu, keja menoreh (getah mahal ooo), kebun pisang, durian, kelapa sawit......gaji dah kecik, bonus konpem x dak. Sian sungguh.....Yang miskin bertambah miskin, yg kaya lagi kaya. Satu Malaysia.

Ada orang awam yg marah bila kakitangan kerajaan dapat bonus ni....pasai pa lak ni???????  Depa rajin duk pi pejabat kerajaan, hospital, sekolah, balai, wisma.......dapat layanan tak brp bagus....kerja lambat, menyembang, pastu bila silap siap marah2 lak, tu yg marah sgt tuh....sabar je la.....rezeki depa. Dapat gaji buta pun buta la.

Tu pun CUEPACS minta 2 bulan......dapat RM500/separuh gaji, ok la dak. Kira CUEPACS ni begitu prihatin terhadap kakitangan kerajaan, sebab......ni la union kakitangan kerajaan. Tugas depa ni memang membela kakitangan awam la kan.....Kakitangan swasta pon ada union gak. Yg xdak union ni orang kg laa.....nak harap ketua kg, wakil rakyat ke....hehehehhe toksah harap la....

Beban kakitangan kerajaan dapat la dikurangkan, sebab harga barang naik. Beban org kg macam tu jugak, bertambah berat......tarif letrik naik, harga barang naik, minyak pon naik.....kalau rumah dah senget nak roboh, bocor, buleh la panggil bersamamu TV3.....minta bantuan orang ramai, pusat zakat pun mai, UMNO pon mai, baitul mal la, JKM.....

Aku ni dah macam pro org kg lak. Ye la aku ni mmg org kg.....cuma keja gomen di bandar.....mak bapak aku pon org kg....sedor le diri. Buleh le bantu depa kat kg nun. Cuma kesian org kg yg lain yg xdak anak yg keja gomen......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...