Sabtu, 13 Ogos 2011

Asid kerap digunakan sebagai senjata utk mencederakan...........

Semenjak 2 menjak ni kerap kita dengar berita org kena simbah asid. Org jahat simbah org baik, xdak la org baik yg nak simbah2. Kecederaan yg dialami adalah parah dan kekal. Ada yg buta, pakai topeng kerana xleh kn chy matahari, merubah bentuk muka, kena hina pulak lagi, pendek kata ia senjata yg amat kejam. Pistol pun x beri kecederaan sampai macam ni, abis teruk mati.

Mangsa simbah asid yg telah mengampunkan pelakunya
Apa jenis asid yg digunakan? Cuka getah ka? Suami kawan aku pernah kena. Mamat motor rxz mai ketuk tingkap keta dia. (kebetulan je mamat tu pakai rxz, bukan semua) Dia pon buka, terus si mamat ni simbah asid. Nasib dia baik  asid kena pipi ja, mata ok, bahu kena sikit.

Hukuman kepada si penyimbah asid ni eloknya disimbah asid jugak kan. Baru setimpal. Dalam gambar ni, wanita ni buta mata kena asid, jadi pelakunya juga akan dihukum butakan mata. Tapi dia ampunkan pelaku di saat akhir. Mulianya hati dia kan....huhuhuhuh
Kes baru ni bekas suami rogol, pastu simbah cecair. Nasib baik bukan asid. Bapa simbah anak ngan isteri pon ada dah. Semua pakat nak berlagak ganas ni pasal apa hah. Patut la nabi kata "lelaki yg gagah bukan yg berjuang di medan perang tapi lelaki yg berjaya menahan marahnya". Ni kes x leh tahan marah la ni.

Bila marah apa2 pon boleh jadi, tak takut dah hukum gantung ka pancung ka. Sedap lagi ikut amarah tu. Kes kat KL tu pulak saja2 pi simbah asid kat orang.Apahal dia ni. Mental kot.

Hidup sekarang mungkin terlalu byk stress dan manusia x pandai menanganinya. Tu yg jadi macam2 tu. Yg dah sakit mental pun satu hal dah. Sembelih, tikam ahli keluarga. Ni buat aku cuak bila jumpa org x betul kat tepi jln ni. Jaga2.

Kerajaan ka pihak berkuasa xdak apa2 penyelesaian ka. Xkan nak biar ja.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...