Rabu, 14 Disember 2011

Anak Emas

Tengah orang duk kalut isi borang bantuan BR1M. Bini aku pun kalut duk tanya borang. Borang apa? Kita mana layak BR1M!

Sumber: Penangdaily.com
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sedang menimbangkan untuk menghadiahkan RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pemberian one off itu di bawah program “Anak Emas Pulau Pinang” itu bagaimanapun mensyaratkan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan dan salah seorang ibu bapa adalah pengundi di Pulau Pinang.



poster Anak Emas Pulau Pinang
Borang untuk yg di atas ker? Haish! Mana kita layak. Memang anak kita lahir tahun ni di Pulau Pinang tapi pendapatan????, siapa pula antara kita pengundi di Pulau Pinang. Ini la hadiah kerana pilihanraya. Dah kita x mengundi di sini dia nak bagi buat pekdah apa?? Kita xkan mangundi depa. 

X leh jadi anak emas Pulau Pinang la anak aku. Anak aku jadi anak perak pun xpa macam ayah dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...