Isnin, 12 Disember 2011

Dah setahun jadi blogger

Bulan Disember 2010 aku buka blog ni. Dah setahun umurnya. Dah setahun aku cuba memantapkan blog ni. Tapi nak banding ngan blogger lain, siapala aku.

Semoga tahun akan datang lebih maju, aku akan terus berblog, dan sokongan semua amat aku hargai. Terima kasih kerana sudi mengunjungi, mengomen dan mengongsi maklumat di blog  ni.

Yang baik adalah dari Allah dan yg buruk itu adalah kelemahan tuan blog. Mohon maaf jika ada kenyataan yg menyinggung, menyimpang, kalau ada yg x betul sila beri komen. Jangan malu2. Ok.

bagai teka teki


Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Alhamdulillah, boleh buat beli baju sekolah anak2. Boleh bayar hutang kain raya lepas. Bulan repair keta.  Bulan repair rumah dan macam2 lagi kelegaan yg dihamburkan oleh rakyat Malaysia yg baru memohon BR1M. Tu belum dapat lagi tu......dah dapat kang lain lak jadinya. Hutang tinggal hutang jugak.

RM500 tu banyak. Memang la xleh nak beli keta. Tapi boleh la menampung perbelanjaan sikit. Xkan ada yg dengki kot. Yg dah banyak duit tu x yah la sibuk2 nak mohon jugak, menipu tu berdosa. Agak2 dah terlebih tu xyah la mohon.

Tu pun dgr cerita ada kaki jual borang sampai RM150. Apa ke jadahnya depa ni. Borang tu free je pakcik makcik, kalau ada yg nak menjual cakap "x payah". X pun pinjam borang kengkawann pi potostat, abih citer.


foto sinarharian
 Kalau ada orang yg x tau tolong la bagi tau yer. Kerajaan bagi semua, yg layak la. Peruntukkan dah ada, jgn x mintak lak. Bukan kira berapa ramai, kalau layak, pi mohon, dapat la. Kalau x dapat kabor ke ketua kampong. Ketua kampong pun dapat, xkan kita x dapat.

Jumaat, 9 Disember 2011

Menang jugak..............

Walau tewas di gelanggang, chong wei berjaya juga atasi Lin Dan di luar gelanggang melalui undian peminat.


Mesti pengundi Malaysia yg ramai ni, sebab 2 boleh ke Chong Wei. Tapi rakyat China lagi ramai, kalau semua undi mesti Lin Dan menang.


Mungkin org x suka Lin Dan sebab dia ada gaya sombong kan. Kalau kita kenal dia betul2 dia x sombong la. Tapi kalau dia nak sombong pon kira layak la sebab dia sorang ja boleh kalahkan Chong Wei.


Apa2 pun tahniah Chong Wei.

Pendidikan amat penting

Aku ni bukan la peminat Dr ni. Tapi aku sgt berkenan kepada usaha2 murni dia. Produk dia pun dah bantu ramai org obesiti jd kurus. Bukan obes sikit2, obes gila2 punya.


Memang kerja doktor bantu org, tp org sakit. Tapi doktor ni bukan saja bantu org sakit, tapi juga pendidikan. Dia pun sedar betapa pentingnya pendidikan.


Macam satu cerita "kalau kita bg ikan pada seseorang, dia makan dan abis kena bagi lagi. Tapi kalau kita ajar dia cara tangkap ikan, memancing ker, dia boleh dapat ikan hari2".

Sama juga bantuan kerajan bagi pada org miskin, org sakit. Mana lagi bagus kita bagi tiap2 bulan RM100 atau kita bagi modal, tempat utk berniaga ka, buat produk ka macam sos, kicap org kampong, jual karipap, goreng pisang, buat tikar, jahit baju, bela ikan dan macam2 lagi. X perlu la mereka menunggu tiap2 bulan utk ambik duit bantuan. Pihak kebajikan memantau perusahaan, perniagaan mereka agar terus memberi pulangan. Kalau setakat nak dapat RM100 sebulan x jadi masala rasanya. Mungkin boleh dapat lbih lagi.

Begitu juga zakat. Ada juga penerima zakat dapat bantuan utk memulakan perniagaan seperti van, lori, gerai, modal pusingn. Tahniah la.

Khamis, 8 Disember 2011

Syukur la.............

Anak kena tahan di wad. Ibu susah hati, resah, tension, x tau nak wat per, letih, ngantuk jaga di wad. Dah x leh nak senyum, asyik nak marah2 jer. Semua serba x kena.

Tapi cuma tgk kat katil sebelah, katil depan. Mereka pon senasib......mereka pun rasa sama gak. Cuba bandingkan sakit anak kita ngan anak mereka. Rasanya anak depa teruk lagi. Batuk jer pun sampai biru muka, wayar 2-3 macam, kat kaki, tangan, hidung...........ubat semangkuk sekali makan. Anak kita?????

Alhamdulillah, rupanya kita lebih bernasib baik. Cuba kalau anak kita sakit macam tu.....macam ni pun dah tension, itu la, ini la,.....kalau macam tu mau pengsan terus duk katil sebelah.........

CUba tgk ketabahan, kesabaran mereka jaga anak............walau letih, mengantuk, tension, susah hati, serabut tapi tetap terus menjaga mereka sehabis baik mungkin.

Ini lah kisah kehidupan di hospital. Kalau kita sakit duk di rumah sorang2, mungkin kita rasa kita x bernasib baik, apala dosa kita tuhan bagi sakit. Bila dihospital, kita pula tanya apa la dosa anak2 kecil ni sakit sampai macam tu. Padahal depa mana ada dosa. Dosa pahala pun x kenal lagi.

Kalau mat rempit eksiden, boleh la kita kata "tu la bw motor laju sgt, x dengr ckp mak bapak". Abis budak2 ni apa cer?

Ada yang pendarahan otak, tapi pengasuh kata x jatuh pun. Kalau jatuh, boleh salahkan pengasuh. Kira nak cari kesalahn org jer. Kita x salah2 jugak.


mata masuk habuk

Rabu, 7 Disember 2011

Salah eja

Bila aku baca balik entri2 aku ni, baru aku perasan banyaknya kesalahan ejaan. Dah la pakai ayat sms, eja salah pulak. Tapi pembaca2 zaman sekarang ni tahu nak lengkapkan ayat. Depa boleh dah agak2 perkataan apa yg tersalah eja tu kan.

Macam gak tgk drama Melayu, filem hindustan, kita dah boleh agak jalan ceritanya. Kira terer la tu. X yah tgk sampai habis.

Sabtu, 3 Disember 2011

Dah disember..............

Bulan 12 dah 3 hari aku 1 entri pun xdak lagi. Sambil tgk xxx ni...............tv2 la...........van diesel berlakon. Dah byk kali tgk dah.

Nak citer bola, ari tu lawan Bahrain kalah plok. ah syok leading 2-0. BOla tu bulat, 2-3 minit je macam2 boleh jadik kan.

Pasal buang bayi, leti la. Menjadi2 lak kes ni. Geram memang geram tapi saja tak mo ulas. Nanti kena kencing manis lak. Tension.

Xkan nak citer persidangan UMNO kot. X lalu aku.

Harga rumah naik 25% tahun depan! Aku x beli rumah lagi pun. Kena cari ni. BIla lagi nak duk rumah sendiri. Lama dah menyewa. Sebulan RM300 x 9 tahun = 300 x 12 x 9 = 2700 x 12 = 27000+5400 = RM 32400.....uih byk nyer duit aku yg dah abis buat byr sewa. Rugi kalau terus camni..

Bulan disember, cuti sekolah, musim kenduri, musim mengawan, musim tengkujuh la katakan. Byk tul jemputan kenduri. Di sini ada, di kampung ada..............1 hari 2-3 rumah kenduri, berjeruk.

Musim demam batuk selsema..........jaga2. Bykan makan vit c, jgn main ujan, kalau banjir lagi bahaya.....

Itu saja............jumpa lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...