Khamis, 9 Julai 2020

Diy penyaman udara yang ringkas

peltier

kapit heatsink

thermal grease
Kenapa ringkas, sudah pasti lah kerana alat atau komponen yg kecil dan murah lg mudah, sedikit....guna bhn kitar semula, tp hasilnya juga tidak la setara penyamam udara sebenar.

Komponen utamanya adalah peltier, heatsink dan thermal grease/paste.

Peltier perlu dikapit dgn heatsink. Satu bahagian sejuk dan bahagian 1 lg panas. Bahagian panas elok ditambah kipas supaya haba dapat dilepaskan dgn lbh baik. Barulah bahagian sejuk akan menjadi lebih sejuk.

Bahagian sejuk heatsink perlu dimasukkan ke dalam kotak sementara bahagian panas di luar kotak. Ini akan menyejukkan udara di dalam kotak. Dengan menggunakan kipas 1 lg untuk meniupkan udara sejuk di dalam kotak keluar. 

Peltier yg digunakan adalah yang bernombor 12706 bermaksud arus yg digunakan adalah sehingga 6amp jika dibekalkan dengan voltan 12v. Jika guna 5v pun boleh sejuk tp lambat kerana arus yang ada cuma 1amp.

Ada juga peltier 12710 yakni 10amp mungkin penyejukan lebih cepat kerana arus yg tinggi.

Pastikan heatsink bahagian panas berfungsi dgn baik kalu x ia akan menggangu penurunan suhu peltier bahagian sejuk,. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...