Jumaat, 10 Julai 2020

Padam kesan calar kereta guna Span magic kedai 2inggit

Alhamdulillah....semalam tgk video kat fb depa duk cuci kesan calar guna span magic. Modal 2inggit sekupang. Yala beli kt kedai 2inggit tu la rega dia.

Pagi ni terus try kt keta, dah la kala putih mmg ang ang la kesan calar dia. Parking plak dlm rmh, anak tolak sikal klua ja senereh la hendel pa lagi. Bergaris2 dah, belah nu driver x kena la sbb rapat dinding.

Keberkesanan dan kecepatan hlg kesan tu boleh tgk dlm video ni.  Tapi kalu calar tu dalam sampai terkupas cat mmg x leh buat pa la. P boh cat lain la jawap dia.

Dah tgk video tu subscribe la sekali yer. Terima kasih......


Khamis, 9 Julai 2020

Diy penyaman udara yang ringkas

peltier

kapit heatsink

thermal grease
Kenapa ringkas, sudah pasti lah kerana alat atau komponen yg kecil dan murah lg mudah, sedikit....guna bhn kitar semula, tp hasilnya juga tidak la setara penyamam udara sebenar.

Komponen utamanya adalah peltier, heatsink dan thermal grease/paste.

Peltier perlu dikapit dgn heatsink. Satu bahagian sejuk dan bahagian 1 lg panas. Bahagian panas elok ditambah kipas supaya haba dapat dilepaskan dgn lbh baik. Barulah bahagian sejuk akan menjadi lebih sejuk.

Bahagian sejuk heatsink perlu dimasukkan ke dalam kotak sementara bahagian panas di luar kotak. Ini akan menyejukkan udara di dalam kotak. Dengan menggunakan kipas 1 lg untuk meniupkan udara sejuk di dalam kotak keluar. 

Peltier yg digunakan adalah yang bernombor 12706 bermaksud arus yg digunakan adalah sehingga 6amp jika dibekalkan dengan voltan 12v. Jika guna 5v pun boleh sejuk tp lambat kerana arus yang ada cuma 1amp.

Ada juga peltier 12710 yakni 10amp mungkin penyejukan lebih cepat kerana arus yg tinggi.

Pastikan heatsink bahagian panas berfungsi dgn baik kalu x ia akan menggangu penurunan suhu peltier bahagian sejuk,. 


Diet cara sunnah

Alhamdulillah....semua org nak sihat, x kira kurus ka gemuk ka tinggi rendah....

Ramai tahu punca penyakit kebanyakan adalah dari makanan. Sebab tu sakit jumpa doktor, doktor akan minta kita jg makan. Pastu mkn ubat.

Makanan adalah keperluan untuk hidup. Makan lah dalam kuantiti sepatutnya. Makan apabila lapar dan berenti sebelum kenyang. Bukan makan selagi x kenyang atau sampai kenyang atau sampai penuh. Ini yg menjadi masalah. Makanlah sikit2 sekadar hlg lapar, kalu lapar lagi nanti makan lagi.

Biar byk kali makan tp sikit2 drp sekali makan byk.

Bila kuantiti terlebih, ini yg membawa mudarah. X kira la makan ka minum. Minum air masak pun sehari ikut keperluan badan mungkin 7 atau 8 gelas sehari.

Jgn lupa exercise atau buat keja yg mengeluarkan peluh. Asyik duk dlm ekon ja, kn la keluar sat jln2. Ekon pun jgn sejuk sgt, agak2 x panas sudahla. Elektrik pun jimat.



Kebanyakan produk kurus pun membantu mengurangkan selera makan. Ia x menguruskan pun tp mengurangkan kuantiti makanan. Makan nasi pun sejemput pun dah kenyang. Jd kalu kita x ambik produk pun kalu kita krgkan kuantiti makanan pun boleh menguruskan. Jimat lg. 


Jumaat, 3 Julai 2020

Water dispenser murah


Water dispenser hot n cold

4 filter alkaline INDAH

Paip dan adapter 


Alhamdulillah barang yg dioder dr shopee dah sampai.  Biasanya kalu pos dlm mesia ni 2 3 hari ja boleh sampai.

Yg sy oder adalah water dispenser panas dan sejud brand yamada. Harga rm350 x termasuk pos. Pos cas biasa dalam rm5 ja

Paip dirumah guna paip dispenser yang lama ja. Jadi cucuk ja paip dia ke yg baru. Patu test la dulu filter dia, paip ke dispenser tu keluarkan dulu nk cuci filter dia dulu. Biar air mengalir melalui setiap filter lbh krg 5-10 minit.

Sebelom nak on power kena pastikan air keluar dr tap sejuk dan panas. Yg sejuk dah keluar tp hat panas x keluar setitik pun. Tekan banyak kali dah tp masi x kluar.

Apa lagi telefon terus kedai, no tel  dan date beli ada tempek kat dispenser. Alhamdulillah cepat jawab, dan penjelasan memuaskn. Jd kita biar dulu jgn on lg. Mgkin tanki air panas ni besor skit kot, tu lambat nk penoh.

Alhamdulillah lepas sejam melepak kat luar, masuk rumah Alhamdulillah tekan tap air panas ada air kluar. Apaalaga terus on la. Nak tgk panas dan sejuk dak air. Lampu merah dan biru dah nyala.

Selepas beberapa minit test air panas, ok. Test air sejuk ada la sejuk sikit. Lambat nak sejuk sebab penyejukan dia guna peltier atau fan cooling. Nak dibandingkan yang guna compressor memang sejuk giler la.

Tangki air panas 5liter, air sejuk x sampai pun 1 liter. Dah lambat nak sejuk, tangki pun kecik. Paham2 la yer. Patut la murah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...