Ahad, 6 Mac 2016

Jauh dr Allah

Tentunya stiap manusia pasti akn menghadapi masalah dlm hidupnya. Masalah itu mungkin puncanya dr diri sendiri atau org lain.

Allah dah bgtau dah semua musibah adalah hasil kerja tgn manusia, kerosakn samada dr segi moral maupun harta benda.

Ada yg menganggap masalah suatu beban, mendatangkan kebimbangn dan kerisauan dan juga kemarahan, tekanan.  Tp bg seorang yg beriman, masalah lah yg mengembalikan dia kembali kpd Allah. Memberi peluang kpdnya utk muhasabah diri. Beristighfar mmg kita byk dosa. 

Malangnya bl masalah menimpa, kebanyakan manusia hendak menyelesaikannya melalui akal fikiran kebijaksanaan mereka tanpa kembali kpd Allah terlebih dahulu.

Kita ambik satu contoh masalah spt demam. Bl demam org akan cpt2 cari panadol la, air cap badak. Brp ramai yg ingat nk istighfar, solat  memohon ampun dr Allah dahulu kemudian baru cari ubat. Muhasabah diri dulu. Mungkin ada amalan kita selama ini yg x diredhai Allah. Mungkin kita selalu solat lewat, tdk menutup aurat dll.

Bkn ubat yg menyembuhkan tp Allah. Sbb tu kn p kat Allah dulu. Ubat adalah ikhtiar manusia berdasarkan secubit ilmu dr Allah jua. 

Begitu juga bila kita nk menyelesaikan masalah kemalangan jln raya, masalah jenayah, masalah sosial dll , sepatutnya kita kembali kpd Allah semula samada Alquran atau hadis. Dan ada penyelesaiannya pada kitab wahyu itu melainkan kita merasakan kita lebih bijak dan lebih sesuai utk zaman baharu ini. Sapa yg lebih mengetahui ?

Ada gak org yg melanggar perintah Allah tp dikurniakan kesihatan yg baik, kaya dll. Tp ada gak yg beriman dan beramal tp menghadapi pelbagai masalah dlm hidup. Sesungguhnya Allah maha pemurah lg maha mengasihani. Dan dia maha mengetahui yg mn lebih baik utk kita. Mana yg kita hendak, senang di dunia ka di akhirat. Kaya di dunia ka d akhirat. Allah maha adil.....

Wallahua'lam




Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...