Rabu, 9 Mac 2016

Gerhana matahari

Alhamdulillah sempat menunaikan solat sunat gerhana hari ni. Walaupun berlari2 keluar tandas ambik wuduk dan sempat masuk saf.

Masa imam beri tunjuk ajar solat, aku duk dlm tandas. Seblom ni pun x sempat nk gugel lagu mana solat gerhana. Bila solat kita ikut ja org.

 Alhamdulillah, selesai. Solat sunat gerhana ni 2 kali qiam atau 2 kali rukuk. Baca Alfatihah dan surah kemudian rukuk, baca bacaan semasa rukuk tu 15 kali, bangun iktidal baca alfatihah dan surah lagi. Rukuk kali kedua ni baca bacaan semasa rukuk tu 10 kali ja pastu iktidal dan sujud mcm biasa. Rakaat kedua pun sama.
foto by azizul

Nasib baik semalam p dgr ceramah ustaz kata 9 tahun lagi bru nk jumpa gerhana lagu ni. Jadi ambik la kesempatan yg ada utk solat. Kita x tahu sempat ke kita 9 tahun lg.

Khatib juga mengingatkan bila berlaku gerhana, dituntut utk kita berdoa, bertakbir, solat sunat dan bykn bersedekah.

Kalu org bukan Islam bila berlaku gerhana mereka anggap kuasa kegelapan menguasai dunia. Kalu di jepun mereka takut gerhana membawa racun jadi diarahkan tutup semua bekas air atau makanan.

Tapi kita org Islam membesarkan Allah Taala kerana sedangkan dua makhluknya yg besar itu juga tunduk mengikut ketentuannya. Inikan pula kita manusia yg hina lagi kerdil dan sombong ini.


Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...