Ahad, 28 Oktober 2018

Juara Piala Malaysia 2018

Setelah 18 tahun penantian, Perak akhirnya berjaya membawa pulang piala Malaysia. Dsamping kerajaan baharu dan PM yang lama....hahahaha...

Perlawanan akhir yang penuh dramatik. Bermula dgn jaring plg awal dr trengganu, gol perak x dikira, keeper sepak x kena, layangan kad merah. Perak ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama telah meruntunkan semangat penyokong perak.

the champion



Kedengaran komen2 pedas penyokong perak sendiri pasal permainan pasukan, kesilapan dan ada gak yg mengutuk kawan2 yg sanggup berhabis duit dan masa p tgk si stadium padahal main mcm bdk tadika. Nampak dah moral penyokong down dgn teruk bl kena 2 bijik tu.

Tp yg bermain di padang terus berjuang dan nampak semangat mereka x luntur sehingga ke minit2 terakhir berjaya menjaringkan gol dan seri......perghhh.....hebat...



Bawa ke masa tambahan, kena lagi....dan rezeki x pernah salah alamat. Kesilapan pemain terengganu sehingga terjaring ke gol sendiri memberikan perak gol percuma seterusnya menyamakan kedudukan dan mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti.

Sepakan penalti 2 pemain terengganu berjaya digagalkan oleh keeper Perak. Ingatka keeper ni dah down sbb dia sepak bola x kena...rupany beliau belum berputus asa dan mempamerkan aksi cemerlang semasa sepakan penalti....

Tahniah Perak....




the boss

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...