Selasa, 17 Januari 2017

Boleh jadi rezki kita kerana dia



Ada dua orang adik-beradik pada zaman Nabi. Salah seorang selalu pergi mengaji dengan Nabi, manakala saudaranya seorang lagi keluar bekerja untuk menyara keluarga mereka. 

Suatu hari saudara yang bekerja datang mengadu kepada Nabi tentang saudaranya yang tidak bekerja membantu keluarga. Di hujung bicara, Nabi membalas: "Boleh jadi rezeki awak kerana dia." (Riwayat al-Tirmizi)

.....................
Tumpang Rezeki

Perkara ini ialah satu hakikat penting tentang rezeki yang mungkin ramai antara kita tidak sedari. Contohnya selama ini kita merasakan rezeki anak-anak daripada perantaraan kita. Maklumlah kita yang memberi makan minum dan pakaian mereka. Dalam tidak sedar sebenarnya kita yang menumpang rezeki mereka. 

Bagaimana begitu? Bayangkan jika anak-anak kita tidak direzekikan kesihatan yang baik; sakit itu ini. Rasa-rasanya kita sendiri tidak merasa duit gaji bulanan kerana dihabiskan untuk berubat.

Demikianlah yang cuba disampaikan oleh Nabi kepada sahabat ini. Boleh jadi orang ramai berurus niaga dengannya kerana mengenangkan saudaranya yang rajin belajar dengan Nabi. Siapa tahu. Kisah di atas diceritakan oleh Anas bin Malik, pelayan muda Nabi. 

Dalam situasi lain pula, seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas merasakan dirinya berkelebihan daripada sahabat Nabi yang lain yang lebih rendah daripadanya. Lalu Nabi menegurnya: "Tidaklah kamu dibantu dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dalam kalangan kamu jua." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat lain disebut: "Hanya sahaja Allah membantu umat ini disebabkan golongan lemah mereka; dengan sebab doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka." (Riwayat al-Nasa'i)

Saya doakan semoga hari ini yang bermula dengan mengingati pesanan Nabi ini lebih diberkati Allah. 

Amin.

Ayuh sama-sama kita ulang kaji soal rezeki melalui Solusi 99-Agar Rezeki Tidak Lagi Misteri. 

#majalahsolusi
#isu99
#agarrezekitidaklagimisteri

Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...