Khamis, 26 Januari 2017

ZXR250 camera onboard

Beli kamera utk kereta tp pasang kat tank moto. Malangnya kena sambung ke powerbnk sentiasa jadi kamera kena letak dkt badan pasai powerbnk duk lam poket. Nak pasang kat fering segan plak. Gedabak j nampak padahal nak p keja ja.

Beli dgn harga rm40 x termasuk memory card. Kualiti gambar boleh la......bila bergerak2 gambar jadi blur la. Memory card kalu guna class 10 punya mungkin lg baik la gambar dia

ANda tgk la sendiri....

Sabtu, 21 Januari 2017

Batu Kurau banjir

bsn batu kurau

























Semalam terima wasap dr kg...gambar pekan batu kuro banjir. X sampi lutut pun. Pekan batu kuro yg banjir, kg kami atas bukit, air turun laju macam sungai kata dema.

Biasa kalu batu kuro banjir sat ja air surut.....byk kali gak lagu tu. Tp lama dah la....puluh taun dah pa x banjir. Duk banjir pun tang bangunan UMNO tu la sbb jln dia rendah....stezen shell pun kn gak la. Abih minyak masuk air.....gihihi




Sent from Samsung Mobile

Selasa, 17 Januari 2017

Boleh jadi rezki kita kerana dia



Ada dua orang adik-beradik pada zaman Nabi. Salah seorang selalu pergi mengaji dengan Nabi, manakala saudaranya seorang lagi keluar bekerja untuk menyara keluarga mereka. 

Suatu hari saudara yang bekerja datang mengadu kepada Nabi tentang saudaranya yang tidak bekerja membantu keluarga. Di hujung bicara, Nabi membalas: "Boleh jadi rezeki awak kerana dia." (Riwayat al-Tirmizi)

.....................
Tumpang Rezeki

Perkara ini ialah satu hakikat penting tentang rezeki yang mungkin ramai antara kita tidak sedari. Contohnya selama ini kita merasakan rezeki anak-anak daripada perantaraan kita. Maklumlah kita yang memberi makan minum dan pakaian mereka. Dalam tidak sedar sebenarnya kita yang menumpang rezeki mereka. 

Bagaimana begitu? Bayangkan jika anak-anak kita tidak direzekikan kesihatan yang baik; sakit itu ini. Rasa-rasanya kita sendiri tidak merasa duit gaji bulanan kerana dihabiskan untuk berubat.

Demikianlah yang cuba disampaikan oleh Nabi kepada sahabat ini. Boleh jadi orang ramai berurus niaga dengannya kerana mengenangkan saudaranya yang rajin belajar dengan Nabi. Siapa tahu. Kisah di atas diceritakan oleh Anas bin Malik, pelayan muda Nabi. 

Dalam situasi lain pula, seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas merasakan dirinya berkelebihan daripada sahabat Nabi yang lain yang lebih rendah daripadanya. Lalu Nabi menegurnya: "Tidaklah kamu dibantu dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dalam kalangan kamu jua." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat lain disebut: "Hanya sahaja Allah membantu umat ini disebabkan golongan lemah mereka; dengan sebab doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka." (Riwayat al-Nasa'i)

Saya doakan semoga hari ini yang bermula dengan mengingati pesanan Nabi ini lebih diberkati Allah. 

Amin.

Ayuh sama-sama kita ulang kaji soal rezeki melalui Solusi 99-Agar Rezeki Tidak Lagi Misteri. 

#majalahsolusi
#isu99
#agarrezekitidaklagimisteri

Sent from Samsung Mobile

Selasa, 10 Januari 2017

Faiz Subri Terbaik

Tahniah faiz Subri. Rezki Allah ada di mana2. X main premier league pun boleh terima anugerah. Penang x sehebat JDT pun tp gol dia mampu bawak p sana. Nikmat mana lagi yang nak kamu dustakan?

Rezki, Allah yang bagi. Walau sehebat mana pun, sepandai mana pun, sekaya mana pun, penipu tara mana pun, tapi kalau bkn rezki kau, mmg x dpt la. Kalu dah mmg ditulis rezeki kau, ula dalam batu pun buleh hidup.

Tp kenapa kita masih mengutamakan yg lain dari Allah, yang maha kaya, yang menentukan rezki kita. Kita sanggup mlewatkan solat kerana mencari rezki, kita lupa berzikir, bersalawat, membaca ALQuran, padahal hari2 kita dicurahkan rezki oleh Allah..

Astaghfirullah....

Wallahua'lam,.............



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...