Rabu, 20 Mac 2013

Syahid Dunia

Syahid dunia lagu mana plak ni??? Yg aku tau syahid jer, ada syahid dunia akhirat plak? Org yg mati syahid ni org yg berjihad di jalan Allah. Menegakkan agama Allah, menegakkan syariat Islam. Mungkin mereka ada penjelasannya berkaitan benda ni. Depa belajar lagi tinggi....aku pun tgh belajar ni....

Bagi aku setiap perbuatan yg baik adalah ibadah, setiap perbuatan utk melaksanakn ibadah itu adalah jihad. X kisah la mati syahid dunia ka dunia akhirat ka, biar Allah yg tentukan. Syurga neraka pun hak Allah.Janji apa yg kita buat bukan haram. Bagi aku mempertahankan negara adalah ibadah yg mulia lagi tinggi, sudah tentu ganjaran disisi Allah juga tinggi. Alhamdulillah.....

Tapi sebab pa kena bangkit perkara pasal syahid dunia ka akhirat ni. Perlu ka??? Yg dah terkorban dah la, kita doa la semoga mereka memperoleh ganjaran oleh Allah. Kita ni x tau lagi nasib kita, akan dapat syahid ka?



Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT.  Ia juga selamat dari soal kubur.
Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya’ dan lain-lain.
Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah. - Sumber melayukini.net
Semua syahid diatas mendapat ganjaran khusus dari Allah, cuma syahid pertama di atas x perlu mandi dan solat....


“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.
“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Wartawan Berita Harian, semalam. Ulasan Noh Gadut penasihat Majlis Agama Islam Johor berkaitan kematian jurukamera Bernama Noramfaizul di Somalia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...