Khamis, 29 November 2012

Setelah lebih 4 bulan....

Dah lebih 4 bulan.....nak masuk 5 dah...apa pun x jadi lagi. Masa nak jual insurans bukan main lagi. Itu ini begitu begini. Masa nak claim macam haranjadah...itu la ini la. Kalau aku salah, aku dah repair pakai duit sendiri jer. Ni org lain punya pasai, aku lak susah. Moto xleh naik, rosak x repair2 lagi sampai la ni. Ni la nasib kalau ambik insuran 3rd party. Layanan pun 3rd party la. Puuiiihhh.....



apa pun x repair lg...

Selasa, 27 November 2012

Jom Kentut

dikutip dari Facebook....

alamak terkentut la.....

Kentut : Fakta yang disembunyikan

1. Kentut adalah satu perkara yang murni. kentut menghasilkan gas yang dinamakan lafelsinatoklarisfera yang mampu melegakan tekanan.

2. Mencium bau kentut juga mampu merendahkan tahap kolestrol dalam badan. kajian menunjukkan mencium bau kentut selama 10 saat bersamaan dengan makan 10 mangkuk quaker oats.

3. Di yugoslavia sekitar tahun 1830an, mertua memilih menantu berdasarkan nilai desibel bunyi kentut calon-calon menantunya.

4. Kata-kata Arnold Hitler (sarjana agung jerman) berkenaan kentut " tak guna berwajah cantik sekiranya kentut berbau busuk"

5. Sekiranya gas yang dihasilkan oleh kentut dikumpul selama 10 tahun, ia mampu menjana sebuah reaktor nuklear bersaiz 8 Stadium Bukit Jalil

6. Ambil mancis, kentut dan nyalakan mancis tersebut di sekitar gas kentut, nescaya akan terbakar seluar anda.

Blog Sedih...

Bila bukak je blog ni dan dan rasa sebak. Bukan pasal krg org lawat blog, tp pasal entri palestin, gambar kanak2 terbunuh, cedera. Geram kat Amerika, Israel, tp apa pun x leh buat. Cuma boleh berdoa dan sedekah Alfatihah je lah....semoga perjuangan mereka tidak sia2, baik di dunia mau pun akhirat.

Cadangnya nak buat entri pasal Malaysia kalah 0-3 kat Singapore malam kemarin. Sedih lagi, geram pun ada. Tp bukan aku yg main. Sembang buleh  la. Penonton kata kawan nu buat silap, kawan ni lak kata dia nu buat silap. Nampak sj org buat silap. Kesian depa, main 90 minit, letih ternganga, kalah pulak, kena kutuk, booo dek penyokong sendiri, esok baca paper kena hentam lagi. Tu dia habuan wira kita.....

Hasbunallah Wanikmal wakeel

Gaza 2024

world see but no action


Sabtu, 24 November 2012

x dan 2 hari Israel dah langgar gencatan senjata

Ni la jadinya kalau berdamai ngan Israel. Depa peduli hapa, Amerika backing depa. Memang terserlah kebiadapan yahudi laknatullah ni. Memang dah termaktub, xdak istilah perdamaian dgn bangsa Israel ni. Istilah paling sesuai adalah peluru, bom. Mereka pula mensasarkan penduduk awam, terutama wanita dan kanak2.

boikot selamanya




Kita nak lawan x boleh. Boikot barangan depa pun macam2 alasan orang kita berikan. Cuba la beri sokongan sikit. Ada maklumat mengatakan di Kelantan KFC, McDonald lengang diboikot. Xkan kat Kelantan jer ada org Islam. Orang Islam yg simpati pada rakyat Palestin dan marah pada kebiadapan Isrrael. Negeri2 lain?

Nak makan ayam goreng kat pasar malam pun banyak. Sedap pa tu gak la. Murah lak tu. Pastu org kita yg masak, jual. Burger pun banyak org kita duk jual. Carrefour, Tesco jer ker ada jual barang keperluan? Kedai runcit lain berlambak, pasar pun ada jual ikan. X elok ka ikan depa jual?

Isi la minyak di Petronas. Nama pun petrol nasional, Malaysia punya la tu. Bukan org luar. Byk lagi produk keluaran timur yg boleh dibeli. Cuba la pandang ke timur pulak. Baik kereta, hanpon, moto, alat2 elektrik, pakaian, ada dikeluarkan oleh negara bukan yahudi. Contoh Jepun China, Korea.

Tonton la filem Melayu, filem barat stop. Kosongkan pawagam. Cerita Melayu pun dah banyak la ni. Macam aku tgk tv jer. DVD pun lama dah x layan. Anak2 duk tgk upin dan ipin ja. Wonderpet pun kalau boleh toksah bagi tgk.

Nak jihad pi perang ngan Israel ka? Jihad ni pun x sanggup......


Gaza

Jumaat, 23 November 2012

America, Israel and the gang

For America, Israel and the gang. See this image and imagine if they are one of your kids.....Be a human not animal.....the picture tell the truth. Who are you protecting from? Protecting and attacking are different. Kill those who are responsible not the innocent. Or you are too weak to find out who are responsible, so you kill their kids, ruin their houses, take their land.






















Let them live in peace. Give  them the chances to experience the life peacefully like your kids have now..

Khamis, 22 November 2012

Pen air..

Nak bodek anak aku suruh dia makan kot. Bini aku belikan pen air ni utk conteng atas kain magik ni. Bila kering abis la tulisan tu. X leh padam kena tunggu kering. Bagus gak idea ni. Dakwa pun ambik kat pili jer. X pun cedok kat kolah bilik mandi jer. Jimat3x.........

pen sorang satu, xyah la berebut....

lukis apa tu????

lukis terbalik pun boleh....hehehehe

bila kering lukisan terpadam






















Harganya mahal gak, dekat RM60. Tp xpa tahan lama. Jgn dikoyak dah la. 

Sebulan x makan....

Dah sebulan anak aku yg sulung x makan langsung, cuma minum susu jer. Tp masih aktif macam biasa. Dah x makan, kami masukkan nestum sekali dalam susu. Tp berat badan nya menurun sikit. Seluar yg lama yg dah ketat pun boleh pakai balik dah.

Kesian tgk dia bila dia nampak makanan kegemaran dia, dicium nya saja. Bila disuruh makan, dia x mau. Pelik sungguh. Bawa jumpa ustaz buat air tawar. Bomoh pun jumpa, katanya ada gangguan. Bagi mandi bunga 7 jenis, mandi limau la. Kesian gak ke budak ni. X pasal2 kena lalui semua tu kerana x mau makan. Padahal dia aktif jer.

Ada gak org lain yg menghadapi pengalaman yg sama. Sampai 6 bulan anaknya x jamah apa pun kecuali susu. Doktor cadangkan bagi minum susu Pediasure.

susu Pediasure......harga boleh tahan....
Pi kedai beli la Pediasure ni. Harganya Allahuakbar. Memikirkan anak, beli gak la. Bila berat badan dia dah naik balik, stop la. Minum balik Dutch Lady 123, murah byk. Yg ni kalau tahan sebulan x pa jugak. Sekali bancuh 5 scop, sehari 5 kali. 2 minggu boleh habis ni. Sebulan 2 tin RM140 jer...........

Aku cadangkan kat bini aku susu Sustagen sebab dia ikut piramid makanan. Cukup lengkap zatnya walau minum susu jer. Sebab murah katanya x brp bagus la. UUUUMmmmmmppppphhhhhh...................

Yg murah x semesti x bagus, yg mahal x semestinya bagus..............

Isnin, 19 November 2012

Resepi Puding Karamel

Petua hilangkan sakit gigi

Bila aku dah cabut gigi baru jumpa petua2 ni. Habis duit aku RM150 cabut gigi, tampal dan cuci. Cuci x bersih lak tu. Kalu aku boleh cuci sendiri x per la. Yg dah ditampal pun x leh guna, sakit bila mengunyah.

Nak kena pergi klinik gigi betul la. Yg aku pi tu kat Batu Kurau, Tukang Gigi jer. Dulu pakcik dia buat, dah mati dah. DIa lak ambil alih. Tp biasa la bila dah tukar orang, harga pun lebih sikit la. Dulu cabut ka tampal ka, RM30 ja. La ni dah RM50. Main ngan sakit ni x kira la brp pun...

Puas dah aku cuba macam2 petua. Bila baca balik petua ni baru tau, x ikut prosedur rupanya.

Baru2 ni kawan aku ada pergi Klinik gigi (bukan swasta) kat Kepala batas. Doktor buat reroot, buang urat gigi. So gigi dah tak sakit, mati ler gigi tu tp buleh guna. Macam best jer, bila nak p x tau. Sekupang haram pun x kena. Jeles gak aku. Dah kena RM150 pun gigi duk sakit gak lagi.

Ahad, 18 November 2012

Perlindungan Allah - Doa-doa Nabi

“Jika salah seorang diantara kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta  dari keburukan fitnah Dajjal.”



covid









Sabtu, 17 November 2012

Sekadar Hiasan

Sekadar hiasan

Kamal Affendi dah sembuh...

Alhamdulillah, setelah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala, doktor mengesahkan ia tidak lagi membahayakan. Maknanya dah sembuh sepenuhnya. Kos pembedahan hasil bantuan orang ramai berjumlah RM41,820 sahaja. Kepada sesiapa yg turut menyumbang pasti berasa syukur lega dan berbaloi kerana pelaburan anda telah membuahkan hasil...........



Alhamdulillah

Polis BM dituduh rogol warga Indon

Dah disoalsiasat, digantung kerja. Kita tunggu laporan samada betul ke tidak mereka terlibat. Aku dengar pun rasa pedih, tapi belum tau kebenarannya......

Kat Indonesia mesti dah mengamuk riuh ni. Demo ka rusuhan ka!!!!!!!!

Tapi sedikit sebanyak kes ni telah mencalarkan imej PDRM sebagai pihak yg diamanahkan menjaga keselamatan rakyat. Sapa lagi kita boleh menaruh kepercayaan selain mereka. Bila kita pergi mana2, nampak polis, kita akan berasa lebih selamat. Tambah2 malam2 gelap gulita....nampak lampu keta Polis pun jadi la.....



Bila polis dilanda rasuah, kes jenayah....jadi takut pulak bila nampak polis. Walaupun kita x buat salah.....
only decoration...

Inovasi 2012

Janakuasa Air Kencing

Biar betul! 1 liter air kencing boleh jana elektrik utk 6 jam. Memang hebat. Air kencing pun berguna. Air kencing manusia ka binatang? Mesti leh pasang kat kereta ni. X yah pakai petrol. Agak2 la asap dia bau apa hah?.....

cekitdaut......

janakuasa elektrik guna air kencing....

Ambik kau....

Anjing kalau x makan najis, dihidunya juga...........Inilah dasar Amerika, mai la presiden macamana pun. Depa akan tetap sokong Israel. Rakyat Palestin lagi la x heran....................depa x mau ambek tau lah sapa jadi presiden Amerika. Sebab kot mana pun mesti depa sokong Israel gak. Biar apa pun dah di  buat dek yahudi ni kat Palestin.

Obama tetap sokong Israel
Tapi Malaysia lain, duk kutuk, cari kelemahan, kesalahan bangsa sendiri. Pastu pi jaja merata. Janji Melayu la.....bolasepak Melayu la, pemain Malaysia la, atlit Melayu la....asal ada Melayu ja mesti ada yg tak kena.....Padahal diri sendiri pun Melayu. X malu ka duk kutuk bangsa sendiri. Walhal  Melayu yg betul pun ada ja yg depa jumpa yg x kena. Awat? Depa ja yg betul semua ka?

Mai la kita sama2 betulkan yg mana yg x betul sebelum kita dibetulkan......

Tengok Palestin. Sama2 depa pun x setuju. Arab sama arab pun bertelagah. Di Malaysia Melayu sama Melayu duk bantai membantai. Xkan selesai kalau lagu ni. Islam pakat terjemah masing2, tu yg jadi berpuak2 tu.


Isnin, 12 November 2012

Kartun2 favourite...by gayour

Masa sekolah dulu aku cukup minat ngan kartun kartunis ni. Gayour, nama sebenar.....ada sapa2 tau...


Aku selalu tiru kartun dia lukis kat baju, beg sekolah, tempek kat dinding, lukis kat buku2 rujukan, nota2 kecil. Smua aku conteng. Aku cuba gak hasilkan kartun sendri, tapi mana leh lawan dia ni....

Cerita kartun dia x lawak sgt, tp kartun dia lawa. Aku x suka baca tp tgk jer. Tgk jer lagi lama pada baca. Kagum punya pasal.

Rupa2nya gayour ada blog sendiri. Nin dia blog dia.....http://gayour.blogspot.com.

Watak kartun beliau yg aku minat sekali............bersama selamanya

bersama slash
Lagi satu kartun yg aku minat ialah Blues Untuk Aku kartunis Aie. Yg ni pun byk aku lukis kat baju, buku......

blues utk aku


Aku utk blues

ada gaya slash dak?"



Podium kedua Zulfahmi

Zulfahmi naik podium buat kali kedua di Valencia. Mula petak 17, abis no. 3. Memang marvellous la, tahniah Zulfahmi. Teruskan kemaraan, x mustahil jadi juara dunia ni.

no 3 dah. no 2 pun dah......tinggal no 1 jer.....

Rabu, 7 November 2012

yeah yeah LCW dah kawen....

Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo kahwin daaaa

Tahniah datuk. Semoga berbahagia dan melahirkan zuriat pelapis badminton handalan negara. Majlis ini akan diadakan di KLCC pada 9 dan 10 nov.


best ooooo.......kawen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...