Jumaat, 28 September 2012

Edisi Kantoi Mansor Othman

Orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Betul ker istilah ni? Belasah jer. Ni kes Mansor Othman, Tim. Ketua Menteri Pulau Pinang kata LGE tokong, sombong angkuh la. Last2 kantoi.

Moral of the story, x kira la politik ka apa ka.....jgn main kutuk belakang, berani kata depan2 la. Baru gentleman. Ni dah kantoi, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata tanggung la sendiri.

Sama gak dalam rumahtangga, persahabatan, kutuk kawan belakang kawan. Sekali kawan pecah rahsia, malu oooo. Sekali bini dapat tahu, kalau merajuk xpa lagi, kena berperang terus kena tidur luar. Hahahaha.....

kalau depan gini, belakang pun kena gini la gak.....
Sebelom nak kata apa2, fikir dulu. Macam aku kata dalam blog ni la. Semua nya cara selamat, nanti disoal balik x la teruk sgt. Utk pengajaran kita la. Bukan nak kata depa ni x baik. Yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

Pendek kata, xyah la kutuk org. X suka, p nasihat tuan punya badan. Atau minta tolong kawan nasihatkan dia. Itu lebih baik. Bukan org lain, kawan kita gak.

Tv3 memang kerja dia cari isu jer. Wartawan pun licik2. Pasang spy oooo. Baru leh dapat berita sensasi.

Sama gak kat FB ka twitter ka, nak post apa2 pun kn hati2 jgn sampai menyinggung perasaan org, menghina org. Buat secara umum, x ler pedas sgt. Sapa makan cili dia la rasa pedasnyerrr....

1 ulasan:

  1. Are you looking for free YouTube Subscribers?
    Did you know that you can get these ON AUTO-PILOT AND ABSOLUTELY FREE by using You Like Hits?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...