Isnin, 31 Oktober 2011

Kasut buruk kasut baru


Kasut burukku

Kasut Baru
Musim2 ujan ni kalau pakai kasut baru naik moto p balik keja alamat berdebu, kotor, kalau kena air lagi la boleh merkah tapak dia. Untuk elakkan ini aku pakai la kasut burukku.
Kalau naik keta x pa la. Duk lam air cond lak tu. Kasut pun jadi ceria dan bersemangat utk tahan lama.

Bila sampai pejabat aku tukar la pakai yg baru. Nanti org kata pa plak. "Gaji ribu2 pakai kasut buruk je. Kedekut taik idung masin." Kena member2 org rumah nampak pakai bergosip sakan la. "X pandai jg laki la bini dia". Tu yg org rumah nampak terus ambik p buang tu. Melopong aku. Naseb baik yg ni aku tinggal kat pejabat, selamat.

Kerna takut aku pakai lagi kasut tu, dia belikan aku kasut baru. Heheheh. Nak jaga imej lagi dia la tu.....

Musim Hujan Musim Demam


Bila mai musim hujan jer, ramai yg demam. Adakah hujan membawa virus demam dan selsema? Anak2 dan Isteri aku dah merasa. Cuma aku masih terselamat. Ada hikmahnya tu. Sebab biasanya kalau aku demam memang teruk. Sekurang2nya boleh la aku jaga anak2 aku.......kan???

Tiap2 petang balik keja mesti lenjun. Inilah nasib penunggang moto. Bukan xdak keta,  tp musim ujan kalau p keja naik keta alamat thumbprint merah la. Mesti jem. Keta dah ada bumbung x kena ujan tp jln mcm siput. Yg mat moto dgn lenjun nye memecut lagi laju......Sepatutnya dah x kena ujan senang le perjalanan kan?


Hujan itu rahmat


Sabtu, 29 Oktober 2011

Apa yg kita xdak?????

Apa yg kita ada kita x hargai. Kita akan rasa sedih bila kita kehilangan sesuatu. Masa ada kita x jaga elok2. Sebab pa? Sebab kita duk sibuk cari apa yg kita xdak lagi. Hingga terlupa apa yg kita masih ada.

Contoh nya, dalam kesibukan kita mencari ilmu yg kita tiada, kita terlpa amalkan ilmu yg kita ada. Kita x asah, tajam kan, atau sebarkan pula pada org lain. Bila kita dah dapat ilmu baru, ilmu lma kita lupa bila diperlukan. Masa tu kita rasa kesal. Sebab saat kita perlukan, benda tu xdak.

Ibu bapa. Masa depa ada di depan kita, kita buat biasa ja. TP bila ibu bapa pergi jauh, atau pergi x kembali.Kita pun mula rasa rindu, sedih, sebak,.....keluarla ayat "kalau la mak masih ada......kalau la ayah masih ada"....semua mengkalau keluar.

Dulu naik bas, kumpul dit beli moto. Bila dah ada moto kmpul duit beli keta. Dapat keta, moto tersadai, bila nak naik xleh idup, tayar pancit, minyak abis, minyak itam kering, plug kotor.

Masa ada laki atau bini, xmo jg elok2. Bila dah xdak, berpisah mula la rds menyesal. Masa buat x ingt halal haram, bila kena tangkap menyesal. Klau x kn tangkap, selagi tu x pernah pikir dosa pahala. Sebab pa? Nun duk kejar harta. Nak cepat kaya. Last2 semua yg duk ada tinggal habis berciciran.

Hidup dgn apa yg ada. Survival
Yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran......

Rasuah ke????

Bukan rasuah, cuma minta sikit bantuan supaya aku boleh tolong depa. Bkn tolong buat jahat, tu bru kira rasuah.

Aku nak pi makan depa tahan.........depa nak mai pon time makan la, time tu la kita nak rehat......Xpa hgpa tak mau bg aku rehat xpa, tp bg la aku makan. Mcmn aku nak berfikir kalau perut duk berkeroncong.

Sampai aku nak balik pun kena tahan gak.....awal lagi la, hujan la.....Semua tu alasan supaya masalah hgpa boleh diselesaikan. Hgpa lagi penting la kiranya. Aku pnya hal tolak tepi. Mana boleh mcmni bro....

Hgpa nak minta bantuan aku ke, aku yg nak minta tolong hgpa? X tolng kesian gak. Bila dah tolong kita dipersalahkan kalau tersilp. Kalau dah pandai sgt xyah minta tolong aku.

Masa susah kita la kawan, bila mai senang, selisih bahu pun wat x kenal je. Kalau baik dpa la yg punya usaha, kalau x elok buh kt kita. Manyak canteeek. Lembu punya susu sapi dapat nama.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tidak sempurna iman seseorang kamu....

Jika kamu tidak mengasihi sedara mu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.

Tudia ayat dari khutbah jumaat tadi. Bukan nak bgtau aku gi jumaat td. Tapi nak sama2 fikirkan, sempurna x iman kita. Pernah x kita diuji dan berjaya membuktikan iman kita sempurna. Tak yah tgk kat somalia, palestin, libya, iran, iraq, afghanistan, tgk sedara kita di Malaysia dah la.
Mereka adalah sedara seagama kita
Kalau sesuatu dah berlaku, atau akan berlaku, atau mungkin berlaku kepada sedara kita, adakah kita akan membantunya atau buat tak tau lantak ke dia? Aku rasa aku pun iman x sempurna lagi. Kenapa?

Yg mudah2 jer. YG hari2 berlaku depan kita? Aku nampak org Islam susah, ada aku bantu? Aku nampak moto jiran aku terbalik tp ada aku p tolong angkat? Hari nak ujan tp jiran jemur kain ada aku beritau dia? Dan yg sewaktu dgnnya..................

Ayat org sekarang ni "ada aku kesah". Kena dia mati esok org kata lagu tu, pakai busuk la xdak org nak kebumi.

Bulan posa baru ni, aku balik keja, minyak moto abis. Jadi aku pun tolak la. TIba2 berenti mamat moto sorg tanya "Abis minyak ka bang?". Aku pun angguk je la. "Jom saya tolak sampai stesen minyak". " Terima Kasih". Nasib baik aku teringat nak ucap terima kasih.

Baru aku teringat, byk kali aku terserempak ngan org duk tolak moto, ada aku berenti tanya???????

Selasa, 25 Oktober 2011

Terbunuh di SIC

motogp riders
 Ingatkan di jalan raya je, tapi di litar pun kemalangan membabitkan penunggang motosikal membawa maut. Ajal tiba juga walau dengan helmet dan jaket keselamatan. Sebelum ni kat litar Nascar, seorang pelumba maut. Se olah2 macam rentetan peristiwa. Muammar Gadaffi juga dibunuh. Dunia makin menakutkan nampaknya.

good bye all
Macamana aku sebagai peminat motogp baru hari ni teringat nak sebut pasal kemalangan maut melibatkan pelumba motogp. Mungkin sebab aku cuma mengikuti Rossi, Pedrosa, Stoner, Lorenzo dan Zulhilmi. Ada gak pelumba Msia di moto2. Bangga2222.

Tu la cerita dia, bila ajal tiba, xkan dilewatkan walau sesaat, atau dicepatkan walau sesaat.......x kira di mana..........

Saat2 kemalangan yg tidak berbau

Isnin, 24 Oktober 2011

3 saat mampu menyelamatkan nyawa...

Jgn lupa pakai tali pinggang keledar walaupon dekat atau nak cepat. Masuk je keta terus pakai tali pinggang. Yg lain nanti dulu. Saksikan video ini........

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tua Sebelum Usia

"Dah tua buat la cara tua". Ramai org kata tua berdasarkan rambut aku yg dah beruban. Jgn ingat semua org tua rambut beruban. Yg pakai inai x kira la.

Bila kulit berkedut je org kata dah tua. Jgn lupa ada org tua yg muka duk licin lagi oooii. Yg cucuk botox x kira la.

Bila tua ja org kata. " Kubur kata mari, rumah kata pergi". Jgn lupa ooi yg muda pi dulu pun ada.

Ingat la bila anda dah tua
Org tua ni ialah sapa2 yg rasa dia sudah matang, boleh pilih mana betul mana tak, mana halal mana haram, mana dosa mana pahala. Kalau umur dah lanjut, dah senja, tapi yg tu pun x tau beza, kira muda lagi la tu. Masih mentah. Belum tua lagi la.

Khamis, 20 Oktober 2011

Akhirnya isteriku pulih.....

Duk sakit belakang punya lama. Pi cek doktor kata slip disc, tulang belakang bengkak, urat teerkapit celah tulang belakang. Sebab tu dia sakit bila tidur melntang. Berapa tahun dah duk pi berubat merata, bomoh, ustaz semua try. Ikhtiar je kan, yg bagi pulih Allah juga.
rupanya urat ni la..................

Bini aku pon asal nya dah give up ngan bomoh ni. AKu pon puas dok habaq kita ikhtiar je, jumpa sapa pun sama gak, yg bagi sembuh Allah. Bomo  tu pun minta ngan Allah gak. Kalau dia minta kat yg lain, aku pun takut. Ada yg menurun, cakap siam. Isk tunggu lagi. Cabut la.Ni pi 2 3 kali, kata tak rasi. Bukan tak rasi, Allah tak izin lagi, maknanya kena la usaaha lagi...........

Bayaran lak ikhlas hati je. Buh lam bekas yg disediakan. Org biasa je. X macam klinik swasta, dah dr.gaji ribu2, kena cas pun tinggi lagi. Bawa2 la bersedekah sama. Nak tolong org ni. Asyik cari reta ja. Sekali pi pun rm40 - rm50 dah. Kat bomoh ni RM10 pun kira banyak dah. X lega boleh pi lagi 3 kali. Ubat doktor pun ada yg x lega gak.

Bini ku dah berniat nak kenduri kalau lega. Alhamdulillah akhirnya boleh gak buat kenduri kesyukuran ini.


Rabu, 19 Oktober 2011

Pandai x leh ditegur, bodoh xleh diajar

Orang zaman la ni mana leh duk pi tegur suka hati. Silap haribulan kena pancung, tu rakan sendiri. Kalau sesama Islam pon silap2 kena tetak. "Boleh tolong  perlahankan radio tak? Azan tu." Piung.....parang melayang kena dahi....berdarah.

Kalau yg pandai pulak apa jawabnya. "Ala kubur masing2", "Dah tua nanti aku tobat la"...........

Kalau nak tegur gak boleh tapi kena standby ngan perisai.....apa2 je lah. Kalau besi lagi bagus, kalis peluru. X yah la sampai keeerrreta perisai ka kereta kebal ke.

Tegur anak yg kecik pon kena tengking. Ini kan bapa budak...

adab menegur


Selasa, 18 Oktober 2011

Masa syok x ingat.....

Walau pun byk benda lain boleh post. Bila dgr kes bayi kena kelar ni aku x leh sorok dah geram aku. Makhluk yg kecil comel dan x tau apa2 tu  sanggup di kelar. Haramjadah punya manusia.

Ni la bahana dia bila terlalu mngikut nafsu. Masa syok x ingat ka, dosa ka, malu ka. Kita yg dah kawen pun duk kira, susu, nestum, pampers, upah mengasuh dll. Beranak sorang, tunggu 2 3 tahun, bila stabil baru leh buat lain lak. Ada yg makan pil perancang, pakai kondom, iud la dan macam2 lagi takut termengandung.
Budak comel macam ni sangup dibunuh. Memang binatang la lu.

Alih2 depa ni baru belasan tahun dah pandai dah. Siap mengandung. Yg jantan lari pah mana dah. Tinggal yg tino duk usung perut. Pakai baju labuh2 nak sorok perut. Bila beranak duk lam jamban. Abis anak yg keluar nak tauk mana? Bunuh, bungkus, buang. Senang je.

Dunia dah sampai kemuncak apabila ibu sanggup bunuh anak yg baru dilahirkannya. Malaysia dah hampir capai taraf negara maju bila warganya semakin hipokrit, hanya mementingkan diri sendiri hingga sanggup membunuh anak yg dikandung. Semua dah jadi berani mencuba, kononya dia hebat. Bila terlanjur tanpa pikir panjang terus mengambil jalan mudah.

Di mana silapnya? Asuhan keluarga, pendidikan, masyarakat, media massa, pengaruh rakan, psikologi? 

Sibuk........

Time ni la baru aman nak posting. Anak2 dan isteri dah tido. Tapi apa idea pon tarak. Bulu tengkok asyik meremang. Member2 kat pesbuk pun nak kena layan gak kan. Kang kecik ati depa. Nsb baik ada mobile facebook. Celcom bg free. Boleh la cek bila2 masa di mana sj. Terima Kasih celcom.

baca lagi KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Sabtu, 15 Oktober 2011

Mesyuarat wajib guna Bahasa Malaysia

Tu dia aih. Kena tang batang hidung. TKasih TPM kerana mengembalikan Bahasa Ibunda ke tempat sepatutnya setelah sekian lama diperkotak-katikkan golongan atasan yg perasan terer B.Inggeris dan x abis2 duk perjuang B. penjajah ni.
Pak Samad
Macam2 alasan depa guna semata2 supaya bahasa penjajah ni dapat digunakan dgn lebih aktif berbanding bahasa kebangsaan.
Buat pa la nak mesyuarat guna bahasa inggeris padahal semua yg ada warganegara Malaysia belaka. Warganegara apa kalau tak reti berbahasa kebangsaan. Aku ada mengajar kolej swasta, biasa la semua pakat speaking. Aku x kira, hgpa paham ke tak aku ajaq dlm bahasa Melayu gak. Berani komplen la. Aku gagalkan kot. Heheheheh. Jahat dak aku.

Buang bayi lagi

X sangka wanita yg mengandungkan selama 9 bulan 10 hari, sanggup membuangnya, malah membunuhnya, membiarkannya dalam kesakitan, kesejukan, ketakutan. Kemana kah hilang kewarasan fikiran? Kalau lelaki yg buat kerja bodoh ni ada logiknya jugak.

Kuasa Wanita
Perempuan yg aku kenal, walau sehebat mana pun ujian, penderitaan, kesukaran, tohmahan, fitnah, penyisihan, malah penyingkiran. Hidupnya adalah demi anak2nya. Biar apa org kata, fikir, yg penting apa yg anak dia rasa dan perlu shj yg difikirkannya. Bak Siti Hajar dan anaknya.

Xkkan aku nak berdiam diri. Mendengar khabar buang bayi seperti mendengar berita turun naik saham yg aku sendiri x paham. Nak ku betulkan dgn tangan x berdaya, yg termampu luahan perasaan melalui blog yg ntah sapa ler nak baca.



Khamis, 13 Oktober 2011

Bahaya gunting rambut di salun.

Nak gunting rambut lebih selesa, style tapi tak sangka ada tetamu yg tak diundang. Senang2 je nak ambik nyawa orang. Manusia sekarang ni memang byk sgt stress. Pistol pulak senang je dapat. Apa la jadi kalau pistol senang dapat di Malaysia. Asyik dengar berita orang kena tembak je lah. Sekarang ni orang duk tetak orang, pukul ngan kayu besbol. Eloknyer parang n golok  pun kena haram gak.

Sumber Berita Harian

8 maut lelaki lepas tembakan dalam salun rambut di California

2011/10/13

LOS ANGELES: Lapan maut manakala seorang parah selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah salun rambut yang sesak di bandar pantai di California, semalam.

Lelaki bersenjata berkulit putih itu kemudian ditahan kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian di Salon Meritage, Seal Beach, di Lebuh Raya Pacific Coast, Los Angeles.
Ketika kejadian enam maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi parah tetapi dua yang parah itu meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berhampiran.
Media tempatan melaporkan, suspek mempunyai senjata pelbagai guna dan memakai pakaian ala tentera ketika memasuki salun rambut berkenaan.

"Suspek memberi kerjasama ketika pegawai polis menahannnya," kata Sarjan
Steve Bowles.

Polis mengesahkan menjumpai senjata pelbagai guna dalam kereta milik suspek dan motif kejadian masih tidak jelas.
Salun rambut berkenaan sesak dengan pelanggan ketika kejadian kerana waktu rehat tengah hari. - AFP

Voltage stabiliser boleh merosakkan enjin?

VS untuk motorsikal
Punya sakan aku duk promot vs ni tetiba ada pomen pi bgtau kata benda ni boleh merosakkan enjin. Abis customer lari. X pa xpa....xder rezeki la tu. Aku pun cari kat internet, tanya kawan dan akhirnya aku dah dapat kepastiannya. Boleh la baca sendiri..........



Rabu, 12 Oktober 2011

Manusia Berhati Binatang



Baca tajuk pon dah tahu. Geram giler ni. Kalau kita tgk kat paper hari2 ada sahaja penganiayaan trhadap anak kecil. Baik yg baru lahir, 2-3 hari, 2-3 bulan, 2-3 tahun, sampai mati dikerjakan. Binatang pon tahu sayang anak. Tu belom campur yg mati lemas, eksiden naik moto, keta ngan keluarga. Di dera mak bapak tiri, mak bapak sendiri pun dera jugak. Setakat tampar tu ok lagi, ni sampai guna besi panas, hantuk dinding, terajang, jijak. Ish ish apa punya manusia ni. Di mana akal????????
binatang pun tahu sayang anak

Manusia2 ni seakan2 hilang kawalan diri. Macam org yg bawa keta terbabas ler. Ada yg mabuk ( di bawah pengaruh alkohol, dadah, ganja, ketum). Pengedaran dadah di Malaysia pun dah menjadi2. Padahal dah hukum gantung.

Adakah kerana manusia2 ni terlalu stress dalam perlumbaan mengejar kekayaan, harta.


Selasa, 11 Oktober 2011

Penternakan kecil-kecilan

Kumbang Mekah
Tgk tu dah membiak dah kumbang aku. Senang je nak bela, bubuh je ragi. Untuk rawat penat, InsyaAllah.

Isnin, 10 Oktober 2011

Doa

Doa yg selalu di baca tapi dah lupa maknanya. Amin

Di dunia boleh ler lepas, akhirat nanti tunggu le habuan...

zahir dan batin

Buat jahat, dosa atas dunia siap boleh sengih2, senyum2. X pa tunggu la ko mati karang, di akhirat nanti ko rasa lah.

Macam bangga lak buleh buat dosa. Siap sound2 orang pastu org la kena kutuk balik. Kena sekolah. Tuhan pun dia buat x heran, inikan mak bapak, tuk imam pun dia buat dek jer.

Atas dunia ni berapa lama jer buleh idup. Belum mati, dah masuk kategori warga emas baru nak insap. Kalau dosa dgn tuhan je buleh le bertobat. Tapi kalau dosa berkait ngan manusia lain, ada ker diorang nak maafkan, kalau dah mati dah orang tu. Nak p minta maap kat kubur ker????

Biar kita buruk ke jahat ker, jgn sakitkan hati org. Jgn kecikkan hati org terutama mak bapak dan org tua2. X kira la ko hisap dadah ker, tgk blue ke, x sembahyang, pose ke, jgn duk p mencuri, rogol anak org, khianat org. Kalau dosa ngsn Tuhan, TUhan maha pengampun, penyayang. Kalau ngn manusia, masak le engkau. P nak minta maap mau kena belasah sampai mati.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Doa sebelum, doa selepas

Nak makan baca doa dulu, masuk tandas pun sama, masuk rumah, naik kenderaan, nak tidur. pakat duk tadah tangan. Boleh nampak la. Org lain pon buleh tumpang tadah, aminkan.

Tapi lepas tu, bila makan setel, nak keluar tandas boleh lupa baca doa selepas. Bukan tak hafal tapi terlupa nak baca. Kalau sembahyang sunat sebelom dan selepas tu lagi la, langsung x dak. Sunat.

yg ni yg selalu lupa. kredit tu Ummu baihaqi

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kepala air




gambar 1


gambar 2

gambar 3

gambar 4

gambar 5


gambar 6


gambar 7


gambar 8



Absent minded

Fikir Tapi Jangan Khuatir
Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan.  Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan.  Yang di tangan itulah yang sebenar.  Yang dalam angan-angan itu masih samar.  Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar – masa lalu yang telah jadi memori; masa depan yang masih ilusi.  Hidup hakiki ialah hari ini.  Itulah yang realiti.  Kata cerdik pandai:  “Beradalah di tempat kamu berada.”  Maksudnya, jangan lari dari reality.  Usah absent minded.  Hidup dan beradalah dalam hari ini.  Jangan khuatiri hari esok.  Jangan bimbangkan hari semalam.

hiasan only
 Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.  Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal.  Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya.  Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat.  Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 
Begitulah juga dalam soal ‘membaca’ kehidupan ini. ………….
Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti.  Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku.  Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah.
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini.  Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak.
“Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.  Masa depan adalah esok yang belum lahir………… tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.”  Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu  salahkah kita merancang untuk masa depan?  Tidak.  Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.  Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir.  Banyak bezanya antara fikir dan khuatir………
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
“Ballighu ‘anni walau ayah”
Kak Chaq

Semua akan pergi....

Apple co-founder and former CEO Steve Jobs died at age 56 from pancreatic cancer, the company announced Thursday, leaving the technology giant without its ....

Baru hari ini ku tau siapa dia ni. Tu pun pasal kat facebook semua pakat duk sebut nama dia.

Apa nak heran. Dunia hanya persinggahan. Sekurang2nya semasa dia singgah dia telah melakukan sesuatu yg besar dan meninggalkan momentum kepada dunia. Kalau dikira pahala memang banyak sebab seluruh dunia mengggunakannya. Kita kira amal jariah. Cuma dia tak percaya yg tu.
Apple i pad

Kesian kat dia walau menyumbangkan kepada kemajuan dunia, tapi tiada siapa di dunia yg mampu tolong dia atau rawat dia dari penyakitnya. Walau ramai mana pun peminatnya, tapi tiada siapa mampu menghalangnya dari pergi. Apa sumbangan dunia kepadanya?

Sebenarnya, bukan dia saja, kita pun terlupa utk menyumbang kepada diri sendiri. Nasib baik Tuhan dah perintahkan sembahyang 5 kali. Yg tu pun kita tinggal. Berdoa tiap kali lepas sembahyang. Ambil wudhu. Semua tu adalah utk kita. Utk kita semasa di dunia dan di akhirat kelak.

Renung2kan lah........

Rabu, 5 Oktober 2011

Wahai perokok2 yg budiman

Sumber dari Berita HArian.

40 juta kematian kalangan perokok akibat batuk kering menjelang 2050


2011/10/05

PARIS: Kerosakan peparu akibat merokok boleh menyebabkan pertambahan 18 juta kes batuk kering (TB) dan 40 juta kematian berikutan penyakit itu menjelang 2050, menurut kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan British (BMJ) hari ini.

Anggaran daripada model matematik menunjukkan trend merokok itu amat memberi kesan ke atas risiko TB.

Kajian mendapati Afrika, Timur Mediterranean dan Asia Tenggara terbabit dalam angka kenaikan terbesar TB yang berkaitan tabiat merokok.
“Pengurangan kekerapan merokok secara agresif boleh mengurangkan kematian 27 juta perokok berpunca daripada TB menjelang 2050,” menurut kajian yang diketuai Sanjay Basu dari Universiti California di San Francisco. - AFP


e cigarette
 Jom hisap rokok elektronik. Jimat dan tidak merbahaya. Aku dah order sebab yg lama rosak kena baling ngan anak aku. Yg tu aku beli Rm50 thn gak 3 bulan. Kira berbaloi lah. Isteri pun x berleter lagi. Anak2 pun tak berisiko menghidu asap rokok. Tinggal asap ubat nyamuk je......
that one or this one
or stop it

Isnin, 3 Oktober 2011

gila berblogging kot.......


bil telpon aku
Seronok sgt update blog sampai terlupa bil dah melambung. Nasib baik ada had kredit, diskaun. Kalau x mampuih nak korek duit nak bayar. Pendapatan blog zero. X boleh nak cover.

10sen/10kb. Kalau 1MB dah RM10, kalau 10MB dah RM100, kalau byk tu agak2 berapa MB tu.

Nasib baik ada diskaun. RM1180 lak tu. Byk kan??? Terima Kasih celcom.

......aku x pernah susah.......

lain macam je bunyi tajuk ni. nak mencabar ke, nak menghina ke, nak memanaskan badan. Susah yg macam mana tu?

pisau toreh ni tajam oooo

Susah sebab mak bapak aku kerja motong getah ker? Kalau sekarang penoreh getah dah masuk kategori org senang, beerpendapatan tinggi. Termasuk mat gian yg dok sapu getah org. Kalau dulu motong 3 hari boleh RM30. Dapat je terus beli beras, ikan kedera masin, ikan sardin. Itu la makanan kami. Sayur kutip je pucuk2 paku tepi bendang berlambak. Sarapan pagi nasi gaul ngan garam dan minyak lauk (minyak bekas goreng ikan) dah cukup sedap tu. Air dah pasti teh o, atau kopi o. Nak tambah susu??? Pi perah susu kerbau tok hang. Mengada-ngada. Susu pekat sebulan sekali 1 tin pun susah bro.

atap nipah lantai n dinding buluh cincang


ni kat Acheh, dulu rumah kami macam ni la.

Susah sebab aku x duk rumah batu? Sekarang ni mana ada orang mampu buat rumah kayu lagi dah. Kayu mahal oooo. Pakai bata murah. Rumah aku dulu lagi senang pakai buluh cincang je buat dinding, atap rumbia (nipah), jemoran buluh.

telaga batu
Susah sebab rumah aku x dak paip air? Nak buat apa paip air, cedok air kat telaga utk mandi basuh baju, masak. Nak pi bilik air? Mana ada bilik air bro. Nak kencing tu pi je blkg, nak berak pi parit. Kalau malam2, lu pikir la sendiri.......

tv antik

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pendidikan dahulu vs pendidikan la

cikgu saari
"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola". Cikgu shaari lena. Kena warning ngan cikgu besau. Sedikit sedutan filem melayu terululung P. Ramlee 'masam-masam manis'.
BIla tgk tang tu ramai kata cikgu malas mengajar, cari jalan mudah supaya buleh mengulat. Sebonar2nya cikgu shaari tu mengantuk, kan malam dia main muzik. Bukan salah dia, memang minat dan kepakaran dia di situ. Yg salahnya guru besau, awat pi bg dia ajaq membaca, cuba bg matapelajaan muzik.......siang malam sanggup x tidor. Macam cikgu yg minat bola, bagi ler dia pendidikan jasmani kan ke kena pd tempatnya.


Macam geng2 lelaki lembut ni, depa ni minat pasal kecantikan , fesyen, dandanan, hiasan, masakan. Bagi je ke depa bahagian tu. Dari pada duk menyorok kt dalam gelap kat lorong2 kan?? 
Kt kg aku pun ada seorang nyah ni. Dah macam pompuan. Semua org kutuk kata macam2 kat dia......setelah sekian lama dia menghilang sekarang balik aku jmpa dia pi sembahyang raya. Aik! Din? Siap bersorban lagi kau. Kalah aku ni. Pakai ketayap je. Katanya sekarang tgh mengaji pondok. Huish! Dahsyat tu. Alhamdulillah.

minat ms kecik2 x kira
Iklan TM kt TV pun ada menunjukkan ayah Ramli suruh Ramli belajo sampai dapat 9A, tapi Ramli minat bola. Tgk ler, last2 Ramli berjaya membanggakan ayah nya sebab jadi pemain Malaysia yg bermain utk MU. TU iklan jer. TP maksudnya yg penting.

Sebenarnya yg membawa kita pergi jauh adalah minat kita. Jika kita beri tumpuan sepenuhnya, dgn kerja keras yg tiada henti2nya, InsyaAllah kita akan berjaya dalam bidang yg kita minati. Selagi bidang itu halal la.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...