Isnin, 20 Jun 2011

ELECTRONIC CIGARETTE

Rokok elektronik aku dah sampai.

Rokok elektronik aku
RM40 beli online. Korang tau la kat mn kan. Sampai saat ni dah 7 jam aku tak pekena rokok daun aku. Kebetulan lak lighter dah abis gas. Uih...cemerlang ni. Macam iklan niquitin kat tv lak. Refill ada 9 lagi. Kalau 1 ni boleh tahan 2 hari, 40 hari baru habis....sehari dalam 50sen la. Kira ok la. Mana leh challenge rokok daun, seminggu 2 ringgit.

Tapi yg ni lagi selamat, asap2 berbahaya dah x der. Mahal sikit pon x kisah la. boleh hisap dalam rumah, xder abu, x yah gua lighter, sedut je bila2 masa. Bateri mau ingat la kena cas. Aku dah cas tadi 3 jam, tgk brp lm tahan.


Perisa Marlboro tu








Kul 9.45pg bateri dah low. Kira 17 jam dah la. tahan lama gak. Kena pi cari 1 lg buat spare kan.

Hari ni 29/6/2011, rokok aku masih bertahan. Dah 7 refill yg diguna, 10 refill dijual pada harga RM8-10 bergantung kepada perasa. Jumlah rokok aku hisap cuma 5 batang. Kira kurang byk dah tu. Tu pun masa charge bateri. Sekarang ni walaupun tgh charge, tak rasa teringin pun nk merokok. Sanggup tunggu 2-3 jam, charge full. Utk spare aku dah order, esok sampai, RM60.......semoga berhenti juga aku tabiat merokok ni.....insyaAllah

Charger, refill catridge, mobile charger


Hari ni 11/7, refill dah abis 12. Ada lg 8. Nak kena order dah ni. Kang abis, yg order tak sampai2 lg, melopong aku. Sampai ari ni agak2 berbaloi tak RM40 aku beli benda alah ni. Dah balik modal blom? Sampai 20hb ni cukup la sebulan aku guna rokok ni. Jadi kalau refill tahan sampai tarikh tu, maknanya sebulan RM40 la duit rokok aku, tambah lg no asap2 yg merbahaya dah, no leteran dari bini, no bad smell and no lighter, ash and puting nak dibuang. Alam sekitar terpelihara. Hheeheehehehe
Rokok Elektronik















lepas sebulan
Ni la rupa rokok aku lepas sebulan. Cat dah turun, nampak chrome. Kalau semua chrome cantik gak......

13 ulasan:

  1. Salam,

    Aku nak 'code' statement Azirock iaitu ...." Tapi yg ni lagi selamat, asap2 berbahaya dah x der"...... Alahai Azirock oii, kalau dah namanya ROKOK (rokok elektronik ke, rokok daun ke, rokok apa ke benda ke...) semuanya mana SELAMAT. Yang SELAMAT adalah ... JIKA NAK MEROKOK. Selamat duit, selamat kesihatan dan yang paling penting SELAMATKAN kawan-kawan sekeliling yang tak merokok tu....

    wassalam

    BalasPadam
  2. tak berapa paham baca komen hg ni. Xpa la...sekurang2nya ada usaha ke arah yg lebih baik kan.....

    BalasPadam
  3. saya menyokong penuh 110% apa yang dikatakan oleh jasmas! tak payah isap apa2. sedut aje udara segar. baru jantung dan paru2 sihat...

    BalasPadam
  4. memang la kalau aku ni x pernah hisap rokok macam korang. korang bukan tau pun rasa ketagihan rokok tu mcmana? benda ni gunanya utk mengurangkan tahap ketagihan sehingga dah tak ketagih dah. masa tu x yah hisap la. bukan ganti kepada rokok tapi terapi utk berenti terus. ada paham? x merokok pon blom tentu kolestrol tak naik. hehehehehe

    BalasPadam
  5. bro,nak beli refill ni kat mne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli kat saya pun xpa. Ada banyak stok lagi. Perasa dunhill pun ada.........mau?

      Padam
  6. menjual lg x jenis bentuk rokok ni?

    BalasPadam
  7. menjual lg x jenis bentuk rokok ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.lelong.com.my/healthy-electronic-e-cigarette-jegadeshsimadere-F206121-2007-01-Sale-I.htm

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...