Selasa, 12 April 2011

Dari Timur Tengah


Kumbang Mekah
 Kumbang Mekah ni diberi oleh seorang kawan yang sedaranya baru balik dari haji. Dia bagi kat aku sebab dia tahu anak aku ada penyakit penat. Alhamdulillah setelah 4 ekor, seekor sehari dimakan oleh anak aku bersama nasi selepas dipenyet kumbang ni terlebih dahulu, dah x kena penat lagi. Kalau tak nak campur ngan nasi pun boleh, ini budak2, kalau dia terasa lain je mesti di luahnya. Sebab tu disuap bersama nasi.
Yang syoknya kumbang ni cepat membiak. Yang bulat putih 3 ketul tu namanya ragi. Kumbang ni makan dan tinggal dalam ragi tu. Nampak macam tak byk ekor je, tp kalau tgk btul2 dlm ragi tu ada lagi. Hasil ternakan aku dah tersebar. Aku bagi kat kawan aku, adik ipar ngan mentua dia seorang seketul ragi yg ada kumbang di dlmnya. Dia pon naik seronok tgk dia membiak.
Menurut sorang pakar perubaan tradisional ni, kumbang ni memang diguna utk merawat sakit penah/lelah/asma. Budak2 sepatutnya diberi sekor je seminggu, sebab kumbang ni panas. Takut bdk x tahan. Kalau orang tua ikut tahap penyakit la, ada sampai 4 ekor sehari ditelan.



Habbatus Sauda
 Yang ni pula habbatus sauda yang disebut dalam Al Quran, ubat segala penyakit kecuali mati. Aku beli kat petronas permatang pauh, RM1.50 sebungkus. Dah lama diperkenlkan, dalam kopi segera pun ada. Cara makan dia senang je, ambik 7 biji, selalunya aku ambik lebih, dikunyah je, rasa xla pahit sangat tapi mmg x sedap la. Ubat punya pasal telan la. Jgn lupa bismillah, selawat yer. Doa la untuk hilangkan penyakit kita. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...