Isnin, 25 April 2011

Kenapa aku hanya mampu pakai zxr250 je?


ZXR 250 GUA PUNYA
 Soalan cepu emas, tanya kat diri sendiri. Ini jawapannya.


1. Minyak itam, sebotol RM30 1 liter, moto ni pakai 2.6liter. Jadi kena pkai 3 botol = RM90 + filter RM50 = RM140. Tiap2 5000km kena tukar. Setahun 2-3 kali.

2. Tayar depan cokia punya RM200, blkg RM250. 2 tahun 1 kali tukar.
Ada hati ke nak pakai bridgestone?
 ???
  3. Sproket 1 set RM390. 2 tahun 1 kali tukar.

4. Sekali tu suis rosak, tgh speeding moto mampus.....panggil lori angkut pi kedai. suis rosak, RM350.

5. Plate brake disc 1 set RM65. Depan disc ada 2, jadi la 2 x RM65= RM130

6. Hos macam mesin basuh kat atas tank, 1 je RM85 x 2 =RM170

7. 2008, timing chain putus sebab tarik panjang sgt masa gear 1 dan 2, timing chain mmg dah longgar, gatai. Engine jam. Tukar camshaft, crankshaft, head block dll =RM8500

8. Roadtax + insurans = RM200++ single rider 3rd party
9. injap minyak untuk normal dan reserve  = RM250


Kenapa aku nak pakai gak??????


1. Minat

2. Bawak mmg syok

3. Laju (200km/j), pick-up power

4. Bunyi syok

5. Harga x jatuh, naik lg ada.

6. Enjin 4 silinder, 16 valve

7. X mkn minyak kuat

8. Ada byk kelab

Sabtu, 23 April 2011

Nama Islam Untuk Baby Perempuan

Hiasan credit to gedungilmu
Arisha - highness, kebesaran, kekuasaan
Arissa - Bright, terang, bercahaya,cerah
Husniya, Husniyah, Husna - cantik
Harizah - kubu, benteng
Hazirah - pilihan terbaik
Haarisa - memelihara

Nadzifah - bersih, murni
Nazahah - murni,adil,jujur
Nazihah - bersih dari noda
Nazurah - pemimpin yg disanjung
Naureen - cahaya terang
Nawwarah - yg amat bercahaya
Nazhirah - setara, sepadan, menjadi pusat perhatian
Nazeerah - penegur
Naziha - jujur
Nazhwa - bersemangat, ghairah
Nadhira - yg berseri-seri

Sapa2 berminat boleh tolong padankan 2 nama di atas. Saya akan pilih yg terbaik. Terima Kasih.

Jumaat, 22 April 2011

A Great Ship and A Small Tap


a great story from my inbox.......for share

Dari TN. Syed


emel diterima dari Tn. Syed
Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:
  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)
Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:
  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)

Riak 

Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.
(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)
Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita insyaAllah, amiin…

Penyakit umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.
(Hadith Riwayat Al-Haakim)
Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin

Sabtu, 16 April 2011

PROMOSI BATU KURAU

Dulu kalau sapa2 tanya asal mana? aku jawab Tepeng (Taiping), kalau jawab Batu Kurau nak kena bagitau gak Batu Kurau tu kat mana. Lani tak payah dah walaupun ramai tak tau tang mana Batu Kurau tu, tapi depa dah pernh dengar nama Batu Kurau ni. Mesti depa akan kaitkan dengan derian (durian). Sebab tu la kalau korang gi Batu Kurau akan ternampak tugu buah durian gergasi ni.

Pekan Batu Kurau


Durian Gergasi













Batu Kurau ni macam pekan koboi la. Dulu ada kuda padi berkeliaran, lembu dan kambing pun ada duk ronda kat pekan ni. Alhamdulillah la ni dah tak dak dah mungkin dah kena komplen, tuan binatang2 ternak ni dah tambat kot tak pun dah buat kandang.
Bangunan kedai masih lagi bangunan lama. Masjid dan balai polis baru diubahsuai, masjid dah siap, balai polis tak siap lagi.
 Kalau musim derian kat pekan ni pun boleh dapat. Tapi nak murah lagi kena la masuk kampong. Kampong Changkat Perah, Repoh, Sempeneh. Lebih kurang 5-6km lagi dari pekan ni ada lagi tempat longgokan derian di Kg Air Itam, Jelai.

Durian
Buah derian ni luar nampak sama tapi isi dalam tuan pokok je tau. Tanya orang yang jual semua dia kata ok. Balik rumah, koyak je ada yang tawar, mangka, isi nipis, buruk la macam2 lagi. Tapi kalau tanya orang kampong nak buah gini2 dia tau pokok mana yang buah macam tu. Mahal pun takpa puas hati kan. Sebab tu ada setengah orang beli derian makan kat situ gak, ada yang koyak isi buh dalam tupperware, kulit tinggal je kat situ. Bawa balik kulit buat pa, bkn boleh makan pun. Masa ni la kita dapat tengok isi dia tebal ka nipis ka tawar ka. Penjual mesti susah hati la, kena koyak buah tak elok

Selasa, 12 April 2011

Dari Timur Tengah


Kumbang Mekah
 Kumbang Mekah ni diberi oleh seorang kawan yang sedaranya baru balik dari haji. Dia bagi kat aku sebab dia tahu anak aku ada penyakit penat. Alhamdulillah setelah 4 ekor, seekor sehari dimakan oleh anak aku bersama nasi selepas dipenyet kumbang ni terlebih dahulu, dah x kena penat lagi. Kalau tak nak campur ngan nasi pun boleh, ini budak2, kalau dia terasa lain je mesti di luahnya. Sebab tu disuap bersama nasi.
Yang syoknya kumbang ni cepat membiak. Yang bulat putih 3 ketul tu namanya ragi. Kumbang ni makan dan tinggal dalam ragi tu. Nampak macam tak byk ekor je, tp kalau tgk btul2 dlm ragi tu ada lagi. Hasil ternakan aku dah tersebar. Aku bagi kat kawan aku, adik ipar ngan mentua dia seorang seketul ragi yg ada kumbang di dlmnya. Dia pon naik seronok tgk dia membiak.
Menurut sorang pakar perubaan tradisional ni, kumbang ni memang diguna utk merawat sakit penah/lelah/asma. Budak2 sepatutnya diberi sekor je seminggu, sebab kumbang ni panas. Takut bdk x tahan. Kalau orang tua ikut tahap penyakit la, ada sampai 4 ekor sehari ditelan.



Habbatus Sauda
 Yang ni pula habbatus sauda yang disebut dalam Al Quran, ubat segala penyakit kecuali mati. Aku beli kat petronas permatang pauh, RM1.50 sebungkus. Dah lama diperkenlkan, dalam kopi segera pun ada. Cara makan dia senang je, ambik 7 biji, selalunya aku ambik lebih, dikunyah je, rasa xla pahit sangat tapi mmg x sedap la. Ubat punya pasal telan la. Jgn lupa bismillah, selawat yer. Doa la untuk hilangkan penyakit kita. InsyaAllah.

Jumaat, 8 April 2011

CHINA PHONE

     Bagi nak memenuhi permintaan adik aku untuk memiliki telpon yang ada wifi, jadi aku p la roadwalk bagan. Telpon ni buat hadiah dia dapat keputusan SPM (bangga gak) yang terbaik dalam keluarga aku yang 8 adik beradik ni. Dia yang bongsu. Kalau ada lagi adik aku, takut juga nanti SPM dia lagi bagus kena beli hadiah lagi.
china phone tv keyboard wifi
     Aku ada la tgk membe pakai iphone 4. Huish byk duit mamat ni beli iphone. Akhirnya membe aku sorang lagi habaq dia pakai iphone 3 rilek je. Tapi china punya la, yang mamat iphone 4 tu pon china gak. Oh ya ka. Tu yang mai idea pi cari terus telpon china ni. Harga nya aduh duh duh....murah giler. Kalau banding harga ngan n82 aku ni, boleh beli 5 bijik.
     Sampai di kedai phone tu aku berkobar-kobar tanya iphone 4. Dia letak RM360, tanpa banyak tanya aku suruh dia simpan sat, aku nak p cucuk duit. Kawan2 aku pi riki2 kat kedai lain. Dah ambik duit, ku p cari depa. Depa jumpa kedai harga lagi murah baru RM270 ja. Huh...nasib baik tak kena tipu...Kalau banding ngan n82 aku boleh beli 7 bijik ni....tu dia aih kalau pasal banding2 nih...
      Tetiba ada tokey kedai promot lak satu lagi china phone gak siapa ada wifi dan tv, dapat keyboard qwerty lagi...baru RM350. Aku dah jadi pening nak piliih mana satu.....tapi mengenangkan nak beli untuk adik...aku pilih la yang ada tv. Alah....baru RM350. Memang berbaloi la. China pun china lah.
     Semalam baru siap setting mms dan gprs.....tak bagi kat adik aku lagi, aku pakai dulu la. Bukan pakai terus, kira macam QC la. Skrin besor wei.....puas hati kalah blackberry, blueberry, strawberry....
     Nak setting mms ngan gprs dia ada dalam internet ni search je. Aku setting untuk celcom je. Adik aku pakai maxis prepaid......ko cari sendirila settingnya yer....nak senang pi tukar kad pakai celcom postpaid la....hehehehehe. Tapi setting ni semua boleh dapat dari google je.....
     Ada membe cakap phone china ni tahan 3 bulan je. Waranti pun 3 bln je. Membe aku dah pakai dekat 1  tahun.....ok je. Tgk tahap keganasan tuan punya la...kalau ganazzzz phone ori pun lingkup. Sejarah penggunaan phone aku pon selama ni bkan membuktikn yang phone ori tu thn.....tak tahan gak.Dah harga mahal lambat la sikit nak jahanam. N82 aku ni pun dah weng semacam dah ni. Orang kol aku dapat tapi tak angkat.....aku miss kol pun xdak. Mana aku tau ada orang kol aku. Kawan dah kol 7 kali dah aku tak angkat....kot dia salah nombor kot....p kol orang lain kata kol aku...apppaaraaaa.
     Pastu image & video dah xdak dah....kena bukak melalui file manager jer....anak aku nak tgk foto kapal korek dia jadi susah la nak kena klik satu2 xdak preview terus macam kat menu image & video tu.
      Xpa tunggu berapa lama telpon ini sehat dalam jagaan adik aku. Dia pon ganazz gak tu. Dah brp bijik hpone aku bagi kat dia.....alih2 dah bertukar jd lain lak, rosak sana sini....model lain lak jadinya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...