|
Minyak pelincir |
Ptg td pi tukar minyak itam kereta, dah lebih 5000km dah. Bulan toksah kira la dah lebih 3 bulan. Tukar minyak ngan penapis baru RM66, murah nyer. murah 60% berbanding minyak itam ngan penapis moto aku. Untung pakai kereta ni, murah semuanya, kancil la apa lagi takkan BMW kot. Hujan pun tak basah. Tak faham aku, sbb pa la minat sangat ngan moto ni.
|
Moto aku |
Minyak itam kereta 4liter, moto baru 2.6 liter. Satu botol dah RM30, siap la RM90. Penapis saja RM50. Penapis kancil baru RM10. Mekanik siap tegur tayar blkg botak, siap perli suruh ambik pisau toreh buat bunga. Macam dia tak tahu sebijik tayar tu paling cokia pun RM250. Lap bahaya katanya. Alah, aku lap 70km/j je, kapcai pun boleh potong tang kona. Nak malu apa, biar dema kata penakut, janji tak terbalik. Kalau terbalik ka terbabas ka, sakit boleh, malu pun boleh.
|
Projek Gempak |
Minggu lepas aku ada try pasang alarm yg aku buat sendiri kat moto aku ni. Tak le secanggih mamat dua ekor ni, siap kol pemilik bila moto diusik. AKu buat supaya moto tak leh start je. Pakai remote control untuk off sistem baru boleh start, kunci kena pakai jugak. So aku onkan sistem ni masa aku balik kampong. Jadi on la sampai 3 malam berturut2. Pagi isnin aku off la sebab nak naik pi kerja, start sampai berpuloh2 kali tak hidup2 gak. Rupanya bateri dah weak dimakan oleh sistem ni. Kalau tinggal sehari je tak da masalah, esok start senang jer. Sekali tekan je dah hidup. Last2 aku malas la nak on lagi dah. Kalau tinggal kejap2 tu boleh la on, masa pi kedai ka market ka. Bateri tu dah lama, sel kering lak tu. Sebab tu cas dia tak tahan lama. Kalau yang pakai air tu nak kena rajin periksa air dia. Kita ni lak jenis penyegan, sat ja kong bateri tu.
|
Remote Control dan Kunci |
Semester ni ada budak buat projek alarm pakai remote yang sama. Frekuensi sama ngan aku punya, sah la beli hobby kit yang sama. Maknanya dema boleh on off la sistem alarm kat moto aku. Ish kantoi. Nasib baik ada satu lagi penyelamat yang setia, kunci la. Boleh on off alarm je kalau tak da kunci mana leh start.
Ada jumpa 2 orang pengguna moto 250 (zzr dan zxr) ni beritahu, penyamun dah rongkah (robek le) kunci moto dema, tapi tak leh start gak. Kira safety tinggi la kunci ni. Bila dah kena rongkah, jahanam pi kunci tu, ganti baru siapla zxr RM350, zzr RM250. Banyak tu wei ooo. AKu pun dah kena tukar sebab rosak. Kata membe ni, masa nak matikan moto jgn terus off kunci, off enjin pakai suis kat throttle tu dulu baru off suis. Kalau off kunci terus, litar kat suis tu lama2 boleh terbakar. Betul ke tak aku tak tahu, tapi kalau tidak apa guna suis tu kan. Mesti untuk mengelakkan sesuatu. Mungkin itu la fungsinya.
|
ZZR 250 |
Membe ni guna zzr 250, kawan dia zxr250r yang baru tu. Masing2 pakat cerita la betapa kagumnya dengan zxr 250 tahun 1997 yang aku pakai ni. Menurut mereka, paling laju zxr250, pastu zzr250, last baru la zxr250r yang baru tu. ZZR250 ni 170km/j pun tak masalah, boleh pi, steadi jer. Tapi zxr250r boleh pi gak tapi kira dah maksimum dah, dah berat dah. Ini pengakuan mereka la. Cuma design nyer jenis baru padahal zzr baru 5-6 ribu je sebijik. Aku pun pernah pakai gak. Tahan la 2 bulan pastu terus kena overhaul sebab pump tak jalan, overheat. Terus ambik zxr.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan