Khamis, 13 Oktober 2011

Voltage stabiliser boleh merosakkan enjin?

VS untuk motorsikal
Punya sakan aku duk promot vs ni tetiba ada pomen pi bgtau kata benda ni boleh merosakkan enjin. Abis customer lari. X pa xpa....xder rezeki la tu. Aku pun cari kat internet, tanya kawan dan akhirnya aku dah dapat kepastiannya. Boleh la baca sendiri..........




Alat Penstabil Voltan Untuk Kereta

Mei 22, 2010


Sekarang ini banyak alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. 

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?
Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun,  nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini  tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.

Alat penstabil voltan untuk kereta akan menstabilkan voltan pada 14V (bergantung kepada outputalternator kereta). Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami kejatuhan, kenderaan anda akan beroperasi pada tahap optimum. ECU akan berfungsi dengan baik (kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat, menghasilkan kuasa pencutan dan penjimatan minyak) dan bateri dapat dicas dengan sempurna (ini akan memanjangkan jangka hayat bateri).

Adakah kereta anda memerlukan alat penstabil voltan ?
Hidupkan enjin kenderaan anda, biarkan ia panas selama beberapa minit. Kemudian hidupkan lampu depan (headlight) kenderaan anda. Sekiranya bacaan meter RPM enjin menurun dengan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan anda memerlukan alat penstabil voltan. 

Hampir kesemua kenderaan import kini telah dilengkapi alat penstabil voltan. Memasang alat penstabil voltan lain pada kereta ini tidak memberikan sebarang kesan.
   

11 Responses to Apakah Fungsi Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?
asa_09 berkata:
Saya buat penggooglelan lg dan dapat soalan beserta dengan jawapannya…waa ini sudah bagus.
1. Soalan:
Kenapa perlu menggunakan Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer – VS) pada kenderaan?
Jawapan:
Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, VS akan memainkan peranan untuk cuba menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang mungkin.
2. Soalan:
Apakah kesan buruk untuk jangka panjang menggunakan VS?
Jawapan:
Setakat ini, hasil pencarian saya di internet tidak ada pendapat yang mengatakan ada kesan buruk penggunaannya. Cuma sebilangan kecil mengatakan harganya mahal dan alat ini bukanlah sesuatu yang penting untuk dimiliki.
3. Soalan:
Kenapa harga VS mahal di pasaran sedangkan komponennya adalah terdiri komponen yang asas sahaja?
Jawapan:
Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta lain-lain.
4. Soalan:
Bolehkah VS DIY ini mampu berfungsi seperti VS di luar sana?
Jawapan:
Mengapa tidak, komponen adalah sama jadi fungsi pun sama juga.
5. Soalan:
Setelah saya menghasilkan VS ini dan mencubanya, saya perasan ada perubahan setelah menggunakan VS ini, tetapi kelajuannya tetap sama seperti sebelum ini. kenapa?
Jawapan:
Voltage Stabilizer hanyalah sebuah alat tambahan elektronik, mana mungkin dapat mengerahkan komponen mekanikal untuk kelajuan! Kalau ada pun pertambahan kelajuan hanyalah tidak lebih dari 4 – 6%. Jadi kesan positifnya menggunakan VS ini adalah kepada peranti elektronik. Anda perlu ubah bahagian mekanikal untuk kelajuan, atau ubah alat yang mengawal mekanikal cara ia bekerja.
6. Soalan:
Ada orang cakap, VS boleh jimat penggunaan petrol, betul ker?
Jawapan:
Saya akan jawab secara teori bukan ilmiah. Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.
7. Soalan:
Kenapa pihak pengeluar kenderaan tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan sekali dengan VS ini, jika betul VS bagus?
Jawapan:
Pihak pengeluar/pengilang telah mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama untuk kenderaan baru ialah pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan untuk kelajuan, perlumbaan dan sebagainya. VS tidak memberi banyak kesan untuk pemanduan berhemah. Anda beli kenderaan, andalah yang menentukan fungsi sesebuah kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.
8. Soalan:
Berapa lama VS boleh bertahan dengan kebaikan fungsinya? Setahun? Dua tahun?
Jawapan:
Perlu diingat, tiada benda yang kekal dan tidak rosak. Lambat laun komponen elektronik di dalam VS akan kehilangan fungsinya perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik yang berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 4 hingga 5 tahun sahaja. Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun lebih, mereka telah akui perkara ini.
9. Soalan:
Saya perhatikan, ada litar VS yang tidak sama antara satu sama lain hasil pencarian di internet. Contohnya, kenapa ada VS yang banyak capasitor dan kurang, begitu juga dengan nilai Farad yang berbeza-beza?
Jawapan:
Jumlah capasitor kurang atau banyak dan nilai Farad yang berbeza akan menentukan nilai kemuatan Voltan (charge and discharge), ini bergantung jenis dan fungsi sesebuah kenderaan. Saya andaikan ini, kalau 1 batang lidi rim basikal di buat besar dan kuat, adakah berupaya 1 batang tersebut mampu menampung beban? Mestilah tidak, sebab ianya akan berputar dan beban tidak sama berat. Jadi, sebab itu dibuat kecil tapi dengan jumlah yang banyak untuk menampung beban dan putaran. Begitu juga dengan jumlah capasitor yang sentiasa bertugas simpan-buang cas dengan kadar yang cepat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
10. Soalan:
Walaupun saya tahu VS ini ada orang cakap bagus, tapi saya tidak yakin akan keberkesanannya, ini apa kes pulak?
Jawapan:
Dalam Islam menekankan keyakinan, kalau tidak yakin, tidak perlu buat VS ini. Jangan buat perkara yang sia-sia dan membazir.
DXorga berkata:
bos, di sini saya ada mendengar sendiri cerita kereta sorang member ni yang mengunakan Guangdo punya VS warna kuning emas tu, di mana setelah dia mengunakan VS tu selama lebih setahun pada kereta Toyota baru masalah berlaku, masa dia start enjin hidup tapi bila mahu tekan minyak masuk gear kreta x mahu jalan, apabila kereta dihantar pada Toyota mechanic, mereka menunjukan ECU kereta tu telah habis terbakar hangus dan puncanya ialah disebabkan Guangdo VS tu..persoalannya betul ka VS ni boleh membuat ECU hangus?adakah disebabkan tempat letak/lekat yg salah?semua kereta bole kena begitu ka?atau hanya Guangdo punya VS brand saja yg bahaya ni?saya ada guna juga VS yang sama dan skrg risau pula perlu buka ka VS tu??

asa_09 berkata:
Tq kerana sudi share masalah ini dengan saya pasal VS. Betul ke VS ni sebabkan ECU kereta terbakar? Hasil penggooglelan saya tiada komen pun yang mengatakan ECU terbakar di sebabkan oleh VS dan banyak mengatakan ECU terbakar disebabkan Alternator. Alternator sebenarnya ada built in auto voltage regulator untuk mengontrol nilai output voltage iaitu 14.4V. Jika auto voltage regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow@terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan.
Berkaitan tempat di pasang pula tidak kira di mana, dalam kereta atau di lekatkan pada bateri yang pastinya ia dilindungi dengan fius untuk keselamatan jika berlaku short circuit dan dimasuki air. Pastikan VS ini water proof dan lindungi dari terus pancuran air ketika membasuh engin kereta.

meorbu berkata:
kenapa company kereta atau motor tak pasang siap-siap VS ya? mesti ada sebab kan?…

nik berkata:
salam,sy nk tanya..bagaimana tuan tahu bahawa vs ini berkesan ke x?cara pengujian bagaimanakah yg tuan buat?ape nama ujian tu..

asa_09 berkata:
Keberkesanan VS ini diuji apabila kita mencubanya…kalau kita tidak mencubanya kita tidak akan mendapat kesan apa-apa. Cara pengujiaannya dan ukurannya ialah ujian dengan mata kasar pada meter minyak kereta anda, lihat dan alamilah penjimatannya. Inilah cara yang paling mudah untuk mengesan keberkesanannya. Harap maklum!

asa_09 berkata:
Untuk makluman, VS ini adalah sebahagian daripada aksesori kereta dan moto sebenarnya. Tidak semua kereta baru ada spoiler dan skirt, motor ada rim sukan. Terpulanglah pada owner kereta dan moto nak ke atau pasang kemudian. Kalau difikirkan jika semua manufacturer kereta dan moto, siap sedia pasang VS alamatnya pembuat VS yang lain tidak boleh cari makan la tuan!

khairol berkata:
Rasenya tak jadi mslh besar kalau manufacturer kereta melengkapkn kereta yg baru dibeli dgn penambahan VS secara build in. Kalau ini boleh mnybbkn syarikt yg mbangunkn VS bankrupt tak timbul isu sbb mrk boleh jd sub malah mrk lagi untung Sbb skrg yg pakai VS hnya mrk yg tahu shj itupun sbb dpt info kegunaannya kalau tak smp ke sudah mrk tak psg benda alah ni sbb its volunteer option. Mcm juga cd player bkn smua manufacturer kereta ada player mrk sendiri mrk tmbh accessori hasil join venture dgn syrkt yg ada expertise buat audio player. Cuma kos harga kereta meningkatkn la lagi kalau tmbh function

adun berkata:
salam satu malaysia….. sy ade soalan nak di ajukan…. sy berminat hendak pasang PIVOT RAIZIN dekat kereta sy, tp di pasaran terdapat byk keluaran n warna berbeza di antara nye warna biru, ungu , merah n hijau … jadi ley tahu jenama dan warna aper y boley sy beli.. ~ adun~

:
Keluaran mengikut warna adalah mengikut nilai mikrofarad yang dibekal pada setiap Pivot Raizin…harganya pun berbeza mengikut warna. Boleh pilih mengikut warna dan sediakan modal secukupnya ye…

 terima kasih sumber

28 ulasan:

  1. boleh kea pakai 2 vs ? apa kelebihan dan keburukan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 vs dah cukup melainkan voltan kereta terlalu x stabil cth kereta usang. kalau pasang 2 pun ok, boleh bekalkan arus yg lebih tinggi bila diperlukan. cuma arus yg tinggi akan memerlukan petrol lebih. power lebih tp dah x jimat la. Dalam page DO IT YOURSELF ada saya letakkan keputusan ujian yg sy lakukan keatas beberapa vs yg berbeza saiz.

      Padam
  2. salam .sekarang sy ada pakai power amp 1000w ,pre amp ,woofer seketul ,dan baru pasang fog lamp ,sebelum pasang kesemua tu ,kereta ok je bawak laju .tp bila dah pakai semua komponen tu ,apabila sy bawak maintain 110km/h je atau lebih ,dia akan semput ,rpm makin menurun ,dan tekan minyak macam api atau minyak tak sampai ,dan satu lagi ,lampu ECU warna oren kt meter menyala .dan meter km/h sekarang tak hidup .adakah mungkin sy tak pasang VS sebelum ni ?atau masalah palam pencucuh ?ataupun battery tak cukup kuat menampung semua komponen yg pasang tu ?harap dapat membantu :)

    BalasPadam
  3. Heya i'm for the primary time here. I came across this board and I to find It truly helpful
    & it helped me out a lot. I am hoping to present
    one thing again and aid others such as you helped me.



    Here is my homepage; Quinn

    BalasPadam
  4. Hi to every one, as I am in fact eager of reading this blog's post to be updated
    regularly. It includes pleasant stuff.

    Here is my web-site :: urgence electricien paris

    BalasPadam
  5. Hmm is anyone else encountering problems with the
    pictures on this blog loading? I'm trying to find out if its a problem
    on my end or if it's the blog. Any feed-back would
    be greatly appreciated.

    Feel free to surf to my web site ... revetement sol

    BalasPadam
  6. Hi there to every body, it's my first pay a quick visit of
    this web site; this web site includes amazing and really fine material designed for readers.


    Here is my webpage: fenetre alsace

    BalasPadam
  7. power tak cukup..perlu Vstablizer tu...beli dan pasang...anda akan puas hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul betul....xcaya boleh buat sendiri...pergi ke page DO IT YOURSELF

      Padam
  8. perlu pasang untuk dapat pick up lebih baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya menggunakan kereta avanza. Saya telah lama bertukar ganti vs ini, dan setakat ini tiada masalah yg timbul berkaitan dgnnya. Kereta itu dipasang vs setelah sebulan dibeli oleh saya, dan kini telahpun berusia lebih dari enam tahun.
      jangan percaya kata-kata orang atau mekanik. Mekanik selalunya hanya mengkhusus kepada mekanikal sahaja. Elektrik dan sistemnya rumit. Saya sendiri telah menjual banyak vs, dan tiada yg komplen tentang berlakunya kerosakan kereta atau ecu. Spt kata admin, dinamo dan pendawaian yg tidak sempurna punca kerosakan sesebuah ecu. Untuk lebih info whatapps saya: 01119943145

      Padam
  9. nak tanye, kereta saya ada masalah sikit leni
    dulu ok je
    skrg ni ada banyak masalah
    dulu x pasang power am,leni pasang
    dulu pakai radio sony
    2 tahun lepas tukor pakai kenwood lop
    masalah sekarang ialah radio bunyi kareen bile stat kereta
    api pintu pun asyik menyala kalu jalan x brape baik
    ape yg perlu saya buat
    byk kedai dah sy g
    smua x jaya dan x hasil

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin grounding dia dah bocor kot. cuba pasang grounding kabel kat bodi terus ke bateri macam yg jual kat kedai...

      Padam
  10. www.jimatminyakfps.blogspot.com
    Fuel saver voltage stabilizer new &improved sejak 09

    BalasPadam
  11. Berminat grounding boleh whatsapp 0179224693. Lokasi shah alam sekyen 27

    BalasPadam
  12. Www.mpr4u.blogspot.com atau wasap 0196581668

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. voltage stabilizer bisa merusak engine bila voltase dinaikkan. parts are not designed to run at higher voltage which reduce service life time.

    https://kupasmotor.wordpress.com/2015/01/15/voltage-stabilizer-bisa-tidak-berguna-sama-sekali-juga-ada-yang-berbahaya-dan-sangat-memperpendek-umur-komponen-mahal/

    BalasPadam
  15. Benda nie sambung dekat mane bos?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat bateri boleh, kad tempat api rokok dalam keta tu pun buleh macam cajer telpon

      Padam
  16. Nak cobe tapi tak tau yang terbaik..

    BalasPadam
  17. Vellfire 2.4 pasang vs memang cukup power naik genting.

    BalasPadam
  18. 0-100 naik genting hanya perlukan 8 saat.Siap potong honda stream1.8 odyssey,myvi,civic,accord dan harrier lagi.Memang best.

    BalasPadam
  19. Boleh bg no phone? Nak try pasang

    BalasPadam
  20. Pernah guna bli dekat mudah ada org jual jnama FPS saver. Pkai permulaan cam ok tpi hari yg sma gk msa naik bukit cameron highland trasa pick up berat skit. Knderaan persona elegance, penumpang 5 org 4 dewasa 1 bayi on aircond agak lmar nk smpai pick up tpi lpas cabut serta merta rasa ok snang skit naik bukit.Baru pkai 1x je trus smpan xpkai.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...