Sabtu, 16 April 2011

PROMOSI BATU KURAU

Dulu kalau sapa2 tanya asal mana? aku jawab Tepeng (Taiping), kalau jawab Batu Kurau nak kena bagitau gak Batu Kurau tu kat mana. Lani tak payah dah walaupun ramai tak tau tang mana Batu Kurau tu, tapi depa dah pernh dengar nama Batu Kurau ni. Mesti depa akan kaitkan dengan derian (durian). Sebab tu la kalau korang gi Batu Kurau akan ternampak tugu buah durian gergasi ni.

Pekan Batu Kurau


Durian Gergasi













Batu Kurau ni macam pekan koboi la. Dulu ada kuda padi berkeliaran, lembu dan kambing pun ada duk ronda kat pekan ni. Alhamdulillah la ni dah tak dak dah mungkin dah kena komplen, tuan binatang2 ternak ni dah tambat kot tak pun dah buat kandang.
Bangunan kedai masih lagi bangunan lama. Masjid dan balai polis baru diubahsuai, masjid dah siap, balai polis tak siap lagi.
 Kalau musim derian kat pekan ni pun boleh dapat. Tapi nak murah lagi kena la masuk kampong. Kampong Changkat Perah, Repoh, Sempeneh. Lebih kurang 5-6km lagi dari pekan ni ada lagi tempat longgokan derian di Kg Air Itam, Jelai.

Durian
Buah derian ni luar nampak sama tapi isi dalam tuan pokok je tau. Tanya orang yang jual semua dia kata ok. Balik rumah, koyak je ada yang tawar, mangka, isi nipis, buruk la macam2 lagi. Tapi kalau tanya orang kampong nak buah gini2 dia tau pokok mana yang buah macam tu. Mahal pun takpa puas hati kan. Sebab tu ada setengah orang beli derian makan kat situ gak, ada yang koyak isi buh dalam tupperware, kulit tinggal je kat situ. Bawa balik kulit buat pa, bkn boleh makan pun. Masa ni la kita dapat tengok isi dia tebal ka nipis ka tawar ka. Penjual mesti susah hati la, kena koyak buah tak elok
mesti kita x mau, dah rugi dia.




Lata Sempeneh
 Satu lagi tarikan di Batu Kurau ni ialah lata atau air terjun.
Kalau nak mandi, lebih syok mandi air lata daripada mandi laut. Air memang sejuk, suasana keliling lak nyaman, teduh dinaungi pokok2. Ada dua lokasi mandi lata ni iaitu di Air Itam Jelai dan Kg Sempeneh. Orang tak la ramai macam di waterworld, laketown, lost world walaupun free. Nak bawa makanan ke khemah pun boleh. Sampah pun boleh buang ikut suka. Tak caya gi la tengok, plastik, surat khabar, pampers boleh buang je kat tepi2 lata tu. X dak sapa nak saman. Tapi bukan semua la, ada gak yang kumpul buang dalam tong sampah yang disediakan, ada gak yang baling kedalam hutan. Siapa pun tak nampak kan.



Kurau Stone

Ada 1 tarikan baru lagi iaitu Kurau Stone. Taman rekreasi la kot. Ada kolam memancing, chalet, restoran dan pentas konsert. Aku pernah gi sekali je. Masa tu baru dibina, tak la lawa macam la ni. Jalan2 cari makan TV3 pun dah mai, aku tak sampai lagi walaupun rumah aku ke situ tak sampai 5 minit. Bila balik kg je, malam minggu mesti ada bunyi dum dum, boleh dengar kat rumah aku. Ada artis buat konsert, aku tak pernah gi pun. Rumahku Syurgaku, dok rumah layan mak bapak, anak bini lagi syok kan.


Chalet
Itu la antara yang menarik yang aku tau. Bagi aku tak dak benda2 ni pun bagi aku Batu Kurau masih terbaik la. Kampung aku tu, tempat aku dilahirkan, bermain, sekolah, jatuh beskal, kena langgar moto, curi kacang, kerja koyak bawang, jual ikan keli, niaga laksa n ais kacang. UUUiiiiihhhh banyak nostalgia woooo.




Teratak Afrina




Chalet Sricempaka

44 ulasan:

  1. Salam,

    Semua aku setuju pasai Batu Kurau (maklumlah dah kawin dgn orang Batu Kurau .... setuju jer). Tapi yang kurang setuju ... buat konsert di Kurau Stone. Kawasan kampung kurang sesuai dengan benda2 macam tu. Penduduk yang berjiwa suci murni tak patut dididik dengan hiburan yang mengasyikan macam tu... ganggu ketenteraman penduduk lagi. Insyaallah kalau aku ditakdirkan jadi YB di situ, akan aku ubah mana yang patut.

    * lagi satu hang tak highlight .... "Pusat Serenti Batu Kurau". Yang elok hang boh, yang tak elok hang buang .... tak aci maaaaaa

    Wassalam,

    -aku - admin PSKD-

    BalasPadam
  2. as salam..

    durian......ok
    air terjun sempeneh....ok
    kurau stone ....ok

    mana pic Pusat Serenti Batu Kurau ? kenapa perlu sembunyikan kebenaran......hahahaha

    BalasPadam
  3. Pusat Serenti Batu Kurau x elok???? Jas hg pernah p ka, pernah duk dalam ka?????

    Pusat serenti ni menempatkan pesakit je....yg aku promot tu bkn tmpt utk pesakit. Kalau skt boleh la p sana, mcm hg.

    Pusat tu dibuka utk lawatan kepada keluarga pesakit la. Hg nak p buat pa? Tmpat yg aku promot ni boleh pi makan minum mandi....tido pun boleh. Takkan hg nak p tido d pusat kot.

    Aku x pnh p tu xdak pic dia zul ooi. Kalau ada sedara ka adik beradik yg masuk bley la aku ambik pic pusat ni. Kalau hg masuk pun boleh gak. Bila aku p melawat hg boleh ambik pic sekali. HHAHAHAHAHAHAHA

    azirock :)

    BalasPadam
  4. Salam,

    Baca sekali reply azirock ... logik juga yer. Tak kan kita nak pi ke tempat-tempat yang sepatutnya kita elak (untuk singgah ke, bermalam ke, menetap terus atau sementara ker dll).
    Cuma aku ada pandangan sikit. Di sebabkan tempat di Batu Kurau elok, aku cadangkan dalam blog azirock ini sertakan sekali keperluan & maklumat tambahan untuk pengunjung. Contohnya bank apa yang ada (CIMB, HSBC, MAYBANK, AMBANK), stesen minyak apa yang ada (PERTONAS, ESSO, SHELL ... ada tak RON97 atau V-power, kad kredit boleh pakai tak??), ada tak kedai 24 jam (7 eleven ke) dan macam-macam....

    Cadangan saja yop... jangan marah plak. heh heh

    Wassalam

    -jas (admin pskd-ktc)

    BalasPadam
  5. as salam...

    saya sangat - sangat bersetuju (110%) dengan cadangan yang diutarakan oleh jasmas. sepatutnya segala kemudahan yang dinyatakan dalam cadangan diatas perlu dinyatakan. bank merupakan kemudahan yang sangat diperlukan. kalau terputus duit akibat belaja sakan kat pekan batu kurau, nak cekau kat mana... bank lah.. so minta azirock nyatakan bank apa yang terdapat kat batu kurau...

    satu lagi pertanyaan kat azirock.. ader x restoran fast food kat batu kurau? kfc ke? pizza hut ke? paling tak pun marrybrown...hehe

    BalasPadam
  6. ok. cadangan yg bagus. cuma urusniaga kat batu kurau ni semua pakai cash. hutang2 sori la. kalau xdak duit, dok umah la takyah jln2. BSN yg ada tu pun utk org situ simpan duit yg terlebih. ATM tu atas permintaan warga2 kemunting, tepeng sebab bila time gaji bank sana semua beratur panjang. jd boleh la depa mai batu kurau ambik duit. la ni ada MEPS lak, xyah byk2 bank semua boleh draw kat situ je.

    stesen minyak lak 1 cukup la. stesen apa pun x kisah la. minyak petrol gak. harga pun sama.org sini pakai kereta lama2 ja, minyak petrol mana pun dia jalan gak. buat apa nk buat stesen byk2, rugi tanah ja. baik buat sekolah ka, masjid ka....

    1 lagi org batu kurau ni x reti, x suka fast food ni. sokong yahudi, israel, amerika katanya. lagipun mknn jenis segera ni x berkhasiat pun. org kg suka makan ulam2, sambal mcm tu. xyah mai B. Kurau la kalau setakat nk mkn fastfood. Kt bandar dah berlambak.

    harap dapat menjawap kemusykilan saudara. kalau ada apa2 lagi cadangan jgn segan2 boleh la tinggalkan di ruangan komen ni. terima kasih.

    BalasPadam
  7. Amboi ..... "melawan nampak....... azirock kena ingat..... azirock balas 1, lepas tu 2 comment akan balas balik heh heh"

    Setuju lagi statement azirock.... nampaknya orang Batu Kurau semuanya sihat2 (tak menyesal kawin dengan orang Baru Kurau).... fastfood tak ada, bank pun untuk simpan duti saje...untung-untung......

    Tapi ari tu teman balik kampung, rasanya stesen minyak yang dok ada tu SHELL kot (rasanya SHELL tu orang Malaysia punya kot, bukan amerika atau israel punya ... teman pun tak tau)

    Anyway ... minggu ini teman nak balik Batu Kurau ... stesen bas atau teksi kat mane yer??? He heh heh...

    -admin pskd-ktc-

    BalasPadam
  8. as salam... buat saudara azirock, semoga hidup aman bahagia...

    saya nak qoute satu ayat saudara...." 1 lagi org batu kurau ni x reti, x suka fast food ni. sokong yahudi, israel, amerika katanya. lagipun mknn jenis segera ni x berkhasiat pun. org kg suka makan ulam2, sambal mcm tu. xyah mai B. Kurau la kalau setakat nk mkn fastfood. Kt bandar dah berlambak."... ini ayat untuk promote org ramai ke batu kurau ke nak halau....

    janganlah marah nanti kene jual...kalau xde McD, KFC takkan marrybrown (made in m'sia) pun xde....heheheh

    BalasPadam
  9. apa aku nak jawap ni????

    shell tu pertubuhan peladang punya. malaysia la. bukan pertubuhan peladang amerika ka israel ka. Apppaaaaraaa. Hehehhee

    zul: kalau org luar mai B. Kurau ni setakat nk makan fastfood, baik xyah mai, sebab bihun sup laksa mee goreng kuih pau dll lg yg org kg buat depa x beli la. x menguntungkan org kg pun. amerika n israel gak yg untung.

    hah jawab jawb jgn x jawab. hhehehe

    BalasPadam
  10. Salam,

    Amboi ... lambatnya tunggu Azirock nak menjawab. Tak kan pi 'bertapa' kat air terjun sempeneh untuk cari idea kot.

    Teman tak puas hati azirock jawab yang stesen minyak shell tu pertubuhan peladang punya. Kalau betul Shell tu pertubuhan peladang punya ... letak la nama Paeh ke, Sheila ke, Seha ke... atau paling-paling leceh pun Samdol ke ( heh heh) . Baru la ada ciri-ciri melayu. Apamacam betul tak....

    Dan lagi satu teman tak puas hati lagi ... minggu ini atau minggu depan teman rancang nak ke Batu Kurau (planning nak balik makan durian le....) Teman dah tanya azirock, kat mana stesen teksi atau stesen bas ...tak berjawab lagi. Teman rancang nak sewa teksi atau bas untuk bawa balik durian nak menjamu kawan-kawan kat taman perumahan yang teman duduk tu (kalau nak tau taman perumahan yang teman duduk... lawatilah pskd-ktc.blogspot.com....(heh heh... teman buat iklan sikit yop)

    Jangan mare aaaa..

    Wassalam

    -admin - pskd-ktc-

    BalasPadam
  11. as salam... buat saudara azirock, semoga hidup aman bahagia...

    soal fast food xpelah, saya dapat terima dengan hati yang terbuka... tak makan fast food kat batu kurau pun tak pelah...kat kemunting pun ada...

    saya nak ajukan satu pertanyaan, bagaimana dengan liputan rangkaian telefon bimbit di batu kurau. contohnya saya pengguna maxis, bagaimana liputan maxis disana? adakah kene perlu keluar dari rumah untuk dapatkan signal? kalau fast food x penting, saya tak rasakan saudara azirock katakan liputan maxis atau celcom dll x penting? boleh tolong jelaskan...? tambahan kalau liputan maxis ok bagaimana pula dengan service GPRS, EDGE, HSDPA, 3G?... itu sahaja setakat ini pertanyaan saya berkenaan batu kurau...


    salam hormat,
    zul

    BalasPadam
  12. pasal nama shell yer. kalau buh nama org x sesuai itu bkn orang itu stesen minyak. kalau nk ltk nm keta pun x sesuai gak jd kn la letak nama stesen minyak. petronas, esso, mobil dll. setelah dibincang bersama seluruh ahli pertubuhan maka dengan itu dipersetujui la sebulat suara memilih nama shell tu. x ada kena mengena yg hidup atau yg mati, rekaan semata2.
    org sini naik prebet sapu ja, teksi or bas x main la. kereta sapu leh naik ramai2, wira pon boleh sumbat sampai 8 org, kan jimat, baru la car pooling.

    zul: maxis 3g, celcom 2g, kalau digi aku x tak tau la. fix line pun ada lg. setakat xdak line, public phone pun byk.


    yes aku berjy menjawab lg......

    BalasPadam
  13. Salam,

    Tahniah Azirock ... cepat menjawab, mungkin ilmu dah penuh di dada dan dah jumpa ramai penasihat. Jawapan yang di bagi pun ... rasanya macam jawapan menteri kat parlimen (bernas tetapi rakyat biasa ler ....sampai bila pun tak puas hati... heh heh).

    Kita tutup isu nama stesen Shell tu ... sebab kalau ikut sejarah dan maklumat yang teman baca, stesen Shell sememangnya hakmilik orang luar (bukan hak pertubuhan peladang ke, si anu ke, si mamat ke atau lain-lain). Kalau kira pertandingan kiranya teman dah lead 1 - 0 dah. (tapi teman tak kisah.... kita kira 0-0 lagi).

    Buat Azirock ... kita rest dulu setakat ini. Sebab teman plan nak balik ke Batu Kurau minggu ini atau minggu depan untuk 'cari ISU BARU'. Kalau ada masa teman nak ambik gambar sekali ... contohnya public phone (katanya banyak ... tetapi setahu teman ada sebatang dua saja tercacak ... yang dok ada pun gagangnya dah disedekahkan kat orang). Teman juga plan .. nak tengok sendiri situasi kereta prebat sapu (yang boleh sumbat penumpang ramai-ramai tu)... persoalannya tak ada polis ke yang ambik tahu. (Nak tanya azirock... la ni balai polis ada ke kat batu kurau.....?)

    Apapun .... 'jawap!!!!!!!!'

    wassalam

    -jas admin pskd-ktc-

    BalasPadam
  14. as salam... buat saudara azirock, semoga hidup aman bahagia...

    saya memetik kata jasmas "....Nak tanya azirock... la ni balai polis ada ke kat batu kurau.....?)". berdasarkan kepada kata - kata itu, saya ingin menyuarakan kebimbangan tentang tahap keselamatan di batu kurau.
    Soal keselamatan bukannye leh ambik mudah.. mengikut teori maslow dalam teori piramid 7 kehendak manusia, salah satu yang terdapat didalamnya adalah mendapatkan kehidupan yang selamat selepas dari makan, minum, pakaian, tpt tinggal.
    pengunjung yang hendak ke batu kurau perlukan jaminan keselamatan. tul x....

    salam hormat,
    zul

    BalasPadam
  15. pondok talipon memang ada tapi telponnya wallahualam....x smpat nk cek sbb line celcom aku coverage ok jer.

    Balai polis batu kurau ni kalau org x jmpa sah la dia jenis yg x peka. balai polis mana pon kaler sama jer. punya la besor tinggi balai 2 xkan x perasaan.

    elok la tu jas balik cari balai polis, kalo x jmpa tanya bdk balik sekolah 2. diorang boleh tunjukkan.

    nanti tangkap gambar bagi zul tgk. ok.

    tp zul bkn stkt polis, rela pun ada x beruniform duk ronda kt pekan tu. keselamatan??????? no kompromi. kecuali getah beku durian dan buah2an tempatan lain dan juga ayam kg sering menjadi mangsa curi. manusia xdak lg.

    ehem ehem

    BalasPadam
  16. Salam,

    Info terbaru yang diterima daripada 'unit risik blog'.... rupa-rupanya maklumat berkaitan dengan Promasi Batu Kurau tu Azirock ada 'plagiat' serba sedikit dari blog lain. Patut ler .... letak semua yang 'elok-elok' aje. Rasanya Azirock pun dah jarang balik kampung ... sebab setahu teman tugu 'durian gergasi' yang dok ada la nie... dah 'kusam' warnanya. Berbeza dengan yang digambarkan dalam blog saudara.....

    Apa komen anda seterusnya......

    -jasmas admin pskd-ktc-

    BalasPadam
  17. mana ada bro. ni original. cuma gambar je x sempat tgkp. pinjm kt member blog batu kurau. adik beradik gak.

    aku blk kg xkn nk bgtau hg. hg bknnya penghulu batu kurau. penghulu tmn kulim jer. heheheheh

    durian gergasi tunggu peruntukkan utk di cat semula. aku nk bli cat, cat sendri depa x bg.

    nmpknyer komen hg ni dah mkin pendek ni jas......

    BalasPadam
  18. Salam,...

    Bukannya aku tak nak komen panjang2. Isu sensatif (sebab kawin dengan orang batu kurau ...mana la tau dalam 10 hingga 15 tahun akan datang, bukan saja jadi penghulu, jadi YB batu kurau lagi, ganti yang dok ada. Rezeki tuhan sapa yang tau.....)

    Wassalam

    -jas admin pskd-

    BalasPadam
  19. nak jd penghulu b.kurau ka???? cek bendera dulu kalau kaler lain jgn harap la. abu seman x bg nyer. kah kah kah

    BalasPadam
  20. takkan nie jer tarikan batu kurau

    BalasPadam
  21. mesti banyakkan....ayer hitam!

    BalasPadam
  22. memang banyak. tak muat nak letak semua. terima kasih kerna mengingatkan....

    BalasPadam
  23. salam azirock,

    nak tanya ttg prebet sapu/ kereta brek sapu tu?kat nama nak dapatkannya?

    BalasPadam
  24. kerreta prebet sapu ni macam teksi la tapi tak berdaftar. kalau kat batu kurau ada kat depan balai penghulu dekat simpang tenga2 pekan. drebar keta ni selalu duk lepak bawah bus stop yg bersambung ngan kedai tu. boleh bawa sampai 6-7 org 1 keta.

    Awat tanya nak try naik ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada no hp salah seorg prebet sapu ka?

      Padam
    2. xdak bang...tp la ni grab pun ada dah...pa install grab tgk mungkin ada kot kt b.kurau

      Padam
  25. salam..aku dah pi batu kurau.

    tempat damai, sentosa, lagi2 kat kg sepeneh..aduh..petang2 dok tepi sawah..rileks..

    utk org2 yg kerja kat KL n nak cari ketenangan alam..kg sepeneh ada..full packge ketenangan..

    package alami..lebih alami..

    part transportation, facility...smua dh ok dah...kalo xda, cari sendiri..

    aku rasa kg sepeneh ni permata yg perlu di gilap...


    serius BEST kg ni...

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Aslmkm..nk tnye skt..kedai makan yg sedap dkt baru kurau dkt mn ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy mkn kt rumah ja kalu balik kapong....x thu lei kedei mana yg sedat...

      Padam
  28. Buat lya rndu ke kg tu.. Batu kurau.. Terbayang wajah abah angkat lya..

    BalasPadam
  29. Suami sya anak jati batu kurau

    BalasPadam
  30. Suami sya anak jati batu kurau

    BalasPadam
  31. Salam.. ada tak no teratak afrina. T.kasih.

    BalasPadam
  32. Terbaik Batu Kurau.. Sekarang tengah musim derian ke..

    BalasPadam
  33. Adoi kelakar la soalan2 yg dihentam dr 2 orang komen paling atas kepada admin blog ni. Sabaq jela Admin ye haha. Kekadang buat entry bukan kena letak semua sekali. Buku teks sekolah pon, 1 tajuk xde pon letak semua maklumat, tetap ada jilid hahaha. Pape pon sy org batu kurau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la tuan kawan2 duk menyakat yg penting ada jawapan....depa pun tolong promosi gak tu. Hihihi

      Padam
  34. Homestay terdekat dengan kurau stone ada dak...umah2 kampung ka janji dekat

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kat pekan ja....x jauh dah dgn kurau stone

      Padam
    2. Batu Kurau memang terbaik,terkenal dengan raja buah.Sy anak jati Batu Kurau.
      Hubungi sy / watsap : 0176137396

      Padam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...