Isnin, 31 Oktober 2011

Kasut buruk kasut baru


Kasut burukku

Kasut Baru
Musim2 ujan ni kalau pakai kasut baru naik moto p balik keja alamat berdebu, kotor, kalau kena air lagi la boleh merkah tapak dia. Untuk elakkan ini aku pakai la kasut burukku.
Kalau naik keta x pa la. Duk lam air cond lak tu. Kasut pun jadi ceria dan bersemangat utk tahan lama.

Bila sampai pejabat aku tukar la pakai yg baru. Nanti org kata pa plak. "Gaji ribu2 pakai kasut buruk je. Kedekut taik idung masin." Kena member2 org rumah nampak pakai bergosip sakan la. "X pandai jg laki la bini dia". Tu yg org rumah nampak terus ambik p buang tu. Melopong aku. Naseb baik yg ni aku tinggal kat pejabat, selamat.

Kerna takut aku pakai lagi kasut tu, dia belikan aku kasut baru. Heheheh. Nak jaga imej lagi dia la tu.....

Musim Hujan Musim Demam


Bila mai musim hujan jer, ramai yg demam. Adakah hujan membawa virus demam dan selsema? Anak2 dan Isteri aku dah merasa. Cuma aku masih terselamat. Ada hikmahnya tu. Sebab biasanya kalau aku demam memang teruk. Sekurang2nya boleh la aku jaga anak2 aku.......kan???

Tiap2 petang balik keja mesti lenjun. Inilah nasib penunggang moto. Bukan xdak keta,  tp musim ujan kalau p keja naik keta alamat thumbprint merah la. Mesti jem. Keta dah ada bumbung x kena ujan tp jln mcm siput. Yg mat moto dgn lenjun nye memecut lagi laju......Sepatutnya dah x kena ujan senang le perjalanan kan?


Hujan itu rahmat


Sabtu, 29 Oktober 2011

Apa yg kita xdak?????

Apa yg kita ada kita x hargai. Kita akan rasa sedih bila kita kehilangan sesuatu. Masa ada kita x jaga elok2. Sebab pa? Sebab kita duk sibuk cari apa yg kita xdak lagi. Hingga terlupa apa yg kita masih ada.

Contoh nya, dalam kesibukan kita mencari ilmu yg kita tiada, kita terlpa amalkan ilmu yg kita ada. Kita x asah, tajam kan, atau sebarkan pula pada org lain. Bila kita dah dapat ilmu baru, ilmu lma kita lupa bila diperlukan. Masa tu kita rasa kesal. Sebab saat kita perlukan, benda tu xdak.

Ibu bapa. Masa depa ada di depan kita, kita buat biasa ja. TP bila ibu bapa pergi jauh, atau pergi x kembali.Kita pun mula rasa rindu, sedih, sebak,.....keluarla ayat "kalau la mak masih ada......kalau la ayah masih ada"....semua mengkalau keluar.

Dulu naik bas, kumpul dit beli moto. Bila dah ada moto kmpul duit beli keta. Dapat keta, moto tersadai, bila nak naik xleh idup, tayar pancit, minyak abis, minyak itam kering, plug kotor.

Masa ada laki atau bini, xmo jg elok2. Bila dah xdak, berpisah mula la rds menyesal. Masa buat x ingt halal haram, bila kena tangkap menyesal. Klau x kn tangkap, selagi tu x pernah pikir dosa pahala. Sebab pa? Nun duk kejar harta. Nak cepat kaya. Last2 semua yg duk ada tinggal habis berciciran.

Hidup dgn apa yg ada. Survival
Yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran......

Rasuah ke????

Bukan rasuah, cuma minta sikit bantuan supaya aku boleh tolong depa. Bkn tolong buat jahat, tu bru kira rasuah.

Aku nak pi makan depa tahan.........depa nak mai pon time makan la, time tu la kita nak rehat......Xpa hgpa tak mau bg aku rehat xpa, tp bg la aku makan. Mcmn aku nak berfikir kalau perut duk berkeroncong.

Sampai aku nak balik pun kena tahan gak.....awal lagi la, hujan la.....Semua tu alasan supaya masalah hgpa boleh diselesaikan. Hgpa lagi penting la kiranya. Aku pnya hal tolak tepi. Mana boleh mcmni bro....

Hgpa nak minta bantuan aku ke, aku yg nak minta tolong hgpa? X tolng kesian gak. Bila dah tolong kita dipersalahkan kalau tersilp. Kalau dah pandai sgt xyah minta tolong aku.

Masa susah kita la kawan, bila mai senang, selisih bahu pun wat x kenal je. Kalau baik dpa la yg punya usaha, kalau x elok buh kt kita. Manyak canteeek. Lembu punya susu sapi dapat nama.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tidak sempurna iman seseorang kamu....

Jika kamu tidak mengasihi sedara mu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.

Tudia ayat dari khutbah jumaat tadi. Bukan nak bgtau aku gi jumaat td. Tapi nak sama2 fikirkan, sempurna x iman kita. Pernah x kita diuji dan berjaya membuktikan iman kita sempurna. Tak yah tgk kat somalia, palestin, libya, iran, iraq, afghanistan, tgk sedara kita di Malaysia dah la.
Mereka adalah sedara seagama kita
Kalau sesuatu dah berlaku, atau akan berlaku, atau mungkin berlaku kepada sedara kita, adakah kita akan membantunya atau buat tak tau lantak ke dia? Aku rasa aku pun iman x sempurna lagi. Kenapa?

Yg mudah2 jer. YG hari2 berlaku depan kita? Aku nampak org Islam susah, ada aku bantu? Aku nampak moto jiran aku terbalik tp ada aku p tolong angkat? Hari nak ujan tp jiran jemur kain ada aku beritau dia? Dan yg sewaktu dgnnya..................

Ayat org sekarang ni "ada aku kesah". Kena dia mati esok org kata lagu tu, pakai busuk la xdak org nak kebumi.

Bulan posa baru ni, aku balik keja, minyak moto abis. Jadi aku pun tolak la. TIba2 berenti mamat moto sorg tanya "Abis minyak ka bang?". Aku pun angguk je la. "Jom saya tolak sampai stesen minyak". " Terima Kasih". Nasib baik aku teringat nak ucap terima kasih.

Baru aku teringat, byk kali aku terserempak ngan org duk tolak moto, ada aku berenti tanya???????

Selasa, 25 Oktober 2011

Terbunuh di SIC

motogp riders
 Ingatkan di jalan raya je, tapi di litar pun kemalangan membabitkan penunggang motosikal membawa maut. Ajal tiba juga walau dengan helmet dan jaket keselamatan. Sebelum ni kat litar Nascar, seorang pelumba maut. Se olah2 macam rentetan peristiwa. Muammar Gadaffi juga dibunuh. Dunia makin menakutkan nampaknya.

good bye all
Macamana aku sebagai peminat motogp baru hari ni teringat nak sebut pasal kemalangan maut melibatkan pelumba motogp. Mungkin sebab aku cuma mengikuti Rossi, Pedrosa, Stoner, Lorenzo dan Zulhilmi. Ada gak pelumba Msia di moto2. Bangga2222.

Tu la cerita dia, bila ajal tiba, xkan dilewatkan walau sesaat, atau dicepatkan walau sesaat.......x kira di mana..........

Saat2 kemalangan yg tidak berbau

Isnin, 24 Oktober 2011

3 saat mampu menyelamatkan nyawa...

Jgn lupa pakai tali pinggang keledar walaupon dekat atau nak cepat. Masuk je keta terus pakai tali pinggang. Yg lain nanti dulu. Saksikan video ini........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...