Isnin, 13 Disember 2021

My tiktok

 Dulu duk marah ank2 jgn main tik tok. X senonoh la, makan data la....ralit la semua. Last sekali pak dia buka akaun tiktok....hahaha 



Tp ada baguih dia gak, terpulg pd kita memilih. Kalu kit pilih hat x baik, kluar la x baik. Tp kalu pilih yg baik...insyaAllah...semua jd baik aih.

jom tgk video tiktok saya plak. Terima kasih





Jumaat, 15 Oktober 2021

Ganti Jarum mesin jahit bengkok

 Alhamdulillah. P sana p sini xdak, x tau mn nk cari. Last2 shopi jugak la penawar d hati. Barang rega singgit dua ja capor pos jd la ma nan hinggit .

Xpa la x rok nk ronda merata cari dah. Malu nk tanya ada jual jarum mesin jahit ada dak .....

Selesai dah selai sluor koyak. X sapei semenet.....brereeret siap.

Siap dah selai
Beli lama dah. Sekali try bengkok teruih jarum. Alignment x betui menkali


Nin dia yg di cari2. 10

btg jarum teruh.


Jumaat, 8 Oktober 2021

Gini cara nk bg elok balik bateri kong

 Assalamualaikum 

Alkisah hari ni mengeluh sat sbb bateri recas 1.2v nicad dah kong. Cek pakai multimeter ada 0.05v sj. Nk kn beli ganti. Bateri ni pasang kt solar light asalnya. Dah lama x menyala, ingtka masuk air. Rasanya led dia pun maslah tu.

Nicad 1.2 v rechargeable


Wow naik lg

Baling ke hempas


Tgh duk belek bateri tu td, terjatuh plak. Kutip balik sj cek voltan dia tgk2 naik jd 0.12v. 

Teringat dulu pnh dgr kalu bateri dah low cuba baling ke lantai, nnt boleh guna lg tp mungkin x lama la.

Aku baling sekali lg, cek volt tgk naik lg plak 0.23v.Syok plak baling2 ni.

Nilai volt dia bertambah plak


Baling lg cek plak naik lg 0.36v. Wow. Terus psg blk kt solar light. Letak kt tmpat cahaya, cek voltan, ada kenaikan volt maknanya charging la.

Alhamdulillah dah boleh cas. Nanti dh penuh kita cek led plak.

So sapa2 yg bateri weak tu cuba baling bateri tu 2 3 kali ke lantai. Mana tau kan boleh guna lg.

Wallahua'lam





Jumaat, 1 Oktober 2021

Susah sangat ke Goreng mee.......paling simpel

Cabai blender

Ada ayam

Mee kuning bumiputera

Nampak menyelerakan

Laku keras

Char kue teow dah. Kita try mee plak. Mcm biasa search gugel dulu. Cari ilham, bahan pun belsah yg mn ada ja.

Alhamdulillah berjya goreng tp lupa boh ayam. Xpa mee ada lg kita goreng pulak. Kali ni prepare ayam dulu.

Alhamdulillah rasacm ok sbb ank2 suka. Cuma mee tu agak keras. Nk celop air panas takut nnt hancoq plak

 

Isnin, 27 September 2021

Convert PDF ke word

Assalamualaikum

Punya susah nak convert pdf ni, walau byk website yg boleh convert tp semua kn register la donate la, trial lA. Ada gak yg convert 2 page sj.

Setelah ampir 10 website dicuba akhirnya jumpa yg free dan cepat, mudah. Upload, convert dan download teruih.

Dulu dah jumpa tp lupa. Kali ni kita simpan sini sng nk cari. Lg cpt. Kalu x jenuh nk try 1 satu. Boleh juga kongsi kpd umum.

Ni dia website dia, dah cuba sat td.



Jumaat, 24 September 2021

X p masjid sbb hujan

Diperik dr fb akaun
 Semoga yg menulis mendapat ganjaran dr Allah.

Aku ,Masjid dan Hujan

Ketika hujan membasahi bumi,aku melihat diluar jendela. Terlihat ...sebuah masjid yang tersergam indah .Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana rumah ku dekat dengan masjid.Kadang-kadang anak -anakku pergi ke masjid hanya dengan berjalan kaki atau membonceng  motosikal bersamaku.

Tepat jam 4: 34 petang,azan Asar berkumandang dengan jelas walaupun hujan agak lebat.Hujan terus lebat membasahi bumi. Aku mengambil keputusan untuk solat di rumah sahaja .

Dia ketika hujan


Aku berkata kepada anak-anakku, pada petang ini kita solat di rumah  sahaja . Hujan masih turun. Anak - anakku semuanya terdiam, namun  seorang daripada anak ku berkata dengan lemah lembut.

" Ayah , jomlah kita naik kereta pergi ke masjid  ," ajakkan itu ada benarnya dan menghentam imanku yang  lemah.

Aku terdiam sebentar dan memikirkan tentang ajakan anak ku itu.Anakku menyedarkan aku bahawa Allah menjemput kami semua ke rumah - Nya.

Aku tersenyum dan mengajak semua anak ku pergi solat ke  masjid.Alhamdulillah,kami   ke masjid dengan wajah yang penuh kesyukuran.

Mensyukuri ......aku mempunyai anak -anak yang hatinya terpaut hatinya kepada  masjid.Insha Allah.

Kedua,nikmat kenderaan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

* Mengharapkan mendapat naungan Ilahi ketika hari yang sukar untuk mendapat
 ' pertolongan'.

Isnin, 20 September 2021

Harta halal haram

Assalamualaikum

Ada satu coretan dr fb yg sgt mengesankan utk dikongsikan. Semoga menjadi panduan dan ingatan kepada kita.

Terima Kasih sdr. Farid Iskandar

Jumaat, 17 September 2021

Kenapa bateri kembong

Assalamualaikum...

Rata2 pengguna mobil fon pasti pernah merasai pengalaman bateri kembong kan. Sejak dr fon nokia sampai la touch screen, dah byk kali terjadi bateri kembong.

Bila bateri kembong, walau dh cas penu mesti cpt habis. Buka case tgk baru tau dh kembong.

Punca apa yg bateri jd kembung. Mula2 cas lambat masuk. Bila lambat masuk, cas pastu tinggal. Biasanya malam la nk tidor sampai pg cas. Nasib baik x meletop ka terbakar.

La ni x cas lagu tu dah. Cas jgn tunggu bateri sampai 0% atau 2-3 % . Pastu cas xyah biaq sampai dah 100% pun duk cas lg. Kalu boleh jgn tinggai.

punca terlebih cas, biarpun dah penuh tp sat ja drop


Utk bg bateri thn lama:
1. Jgn tunggu bateri low sgt br cas
2. Cas biaq sampai 100% atau hampir tp jgn biaq dah 100% masih duk cas lg...
3. Jgn cas sambil guna terutama bl bateri low sgt. Masa bateri masih separuh boleh la cas sambil guna.
4. Jgn guna fast cas kalu bateri biasa yg bkn mai dgn fon fast cas.
5. Guna kan app battery saving

ni cok kembong


InsyaAllah .. kita cuba tgk dgn menjaga bateri spt di atas tgk boleh thn lama dak bateri ni.

Wallahu ak'lam


Isnin, 13 September 2021

Bateri zxr250

 Oleh kerana kemahalan rega bateri hr ni, terpaksalah kita cari yg lbh murah tp ngam.

Dulu pakai size 5 ja, kali terakhir size 9. Oleh krn saiz 9 mahal, moto plak krg gerak jauh2, syg la plk nk beli mahai2.

So beli koyoko size 5 ja baru rm60 kot. Boleh ja start. Tp krn maslah cdi, start ssh hidup dn krgnya jalan so bateri x cas akhirnya kong.

Tukar cdi dulu bateri baru tukar bateri. Ambik yg ngam2 ja size 7, rega pun dkt2 ja 100. 

 Power pun ngam la 7AH. Mintak2 berthn la 2 3 thn.



saiz 5

saiz 9

saiz 7

Vaksin x vaksin

 Assalamualaikum...

Mengambil vaksin telah difatwakan harus. Maknanya ambil boleh x ambik pun xpa kan. Ada ulama kata haram kalu ada bahan haram. Kita yg x berapa reti ni ikut ja la ulamak.

Vaksin ni tujuannya nak menyediakan pertahanan tubuh kita terhadap virus tertentu. Jadi bila kita dijangkiti virus tersebut, sistem pertahanan tubuh kita boleh bertindak menghalang virus tu drp merosakkan tubuh kita.

Tp ada juga yg x divaksin tp bila dijangkiti tidak ada gejala dan sembuh. Maknanya sistem pertahanan tubuhnya dapat melawan virus tersebut. TP tiada siapa tau tubuh boleh lawan ke dak. Bila dah kena dan baru tau tubuh xleh lawan, dah terlambat plak. Jd sebagai langkah pencegahan, sbb tu di vaksin.

Tp ada juga yg dah divaksin, dijangkiti dan menghadapi simpton yg teruk dan ada juga yg membawa maut. Pulak. Kan.

Hukum Pengambilan Vaksin

Jadi di sini vaksin sekadar ikhtiar sdgkan yang maha kuasa adalah Allah, Dia lah yg menurunkn penyakit, dialah yg menyembuhkan. Kita perlu merancang tp Allahlah yg menentukan.

Apa yg kita perlu lakukan adalah berdoa dan berikhtiar tp biarlah dgn ilmu. Jgn disangka2 sj, tanyalah pada yg pakar.



Ahad, 12 September 2021

Kebaikan corona atau Covid19

 Cuba kita pandang dari SISI POSITIF VIRUS CORONA INI...!!!


Tidak ada di dunia ini, yang terjadi secara kebetulan, semuanya ada Tujuan dan Hikmahnya, Dan inilah Hikmah di balik pandemik Covid-19


1. Corona menutup bar, kelab malam, rumah urut, kasino dan tempat orang berbuat maksiat, bahkan sebuah perkumpulan pembentukan jaringan terroris.


2. Corona menurunkan kadar faedah bank yang mencekik leher orang² susah, seperti rakyat marhaen.


3. Corona membina keluarga kembali ke dalam rumah, dan melakukan aktiviti di rumah bersama keluarga.



4. Corona menyebabkan dewan² yang dibina menjadi tempat perawatan kesihatan.


5. Corona melemahkan para  diktator dunia, apapun jabatan dan pangkat serta identitinya, yang selama ini sombongnya luar biasa.


6. Corona membungkam kesombongan negara, yang menganggap dirinya paling hebat dan tidak terkalahkan.


7. Corona membuat manusia banyak berdoa dan berharap pada ALLAH akan keselamatan diri masing² dan tidak semata-mata berdasarkan sains dan teknologi belaka.


8. Corona memaksa negara memberi perhatian lebih kepada rakyatnya.


9. Corona mengajarkan cara bersin, menguap, dan batuk yang lebih beradab dan sopan.


10. Corona membuat kita tinggal dirumah dan hidup sederhana.


11. Corona mengajarkan siapapun, tentang bagaimana, virus kecil yang berukuran sekitar 150 nano, dapat mengalah dan merisaukan jutaan manusia, yang hidup di bumi ini, yang luasnya ratusan juta hektar.


12. Corona memberi kesempatan kepada kita untuk menyedari, bahawa kematian itu nyata dan dekat dengan kita.


13. Corona mengajari kita, agar tidak sesuka hati membeli makan ringan dan makan sembarangan di luar.


14. Corona membangunkan kita,  pada kenyataan, dan memberi kita kesempatan, untuk meminta pengampunan dan pertolongan ALLAH.


15. Corona menyedarkan kita,  bahwa apa yang kita miliki adalah milik ALLAH, yang bila² masa sahaja boleh diambil olehNYA.


16.Corona membuat kita sedar, sehingga dapat menyedari betapa pentingnya mempunyai kawalan kesihatan yang bagus.


17. Corona menyedarkan bahkan mengajar kita tentang kesihatan,  keselamatan dan kesempurnaan abadi, dari apapun di dunia ini.


Yang terakhir...

18. Corona mengingatkan kesedaran hidup kita, untuk sesegera mungkin bertaubat, dan beriman hanya kepada ALLAH .


Percayalah, ALLAH menurunkan sesuatu apapun dengan hikmah; ada pelajaran besar dalam hal ini,  bagi mereka yang arif dan bijaksana, untuk menyaksikan dan menyedari  lalu bertindak.


MARI KITA RENUNGKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN BERIMAN KEPADA ALLAH.


KITA HANYA MANUSIA BIASA, MAKA BERBUATLAH YANG TERBAIK UNTUK HIDUP DI DALAM KEHIDUPAN INI, KEPADA APAPUN, SIAPAPUN, DIMANAPUN, HINGGA BILA² PUN.


(kredit kpd penulis asal)

Sabtu, 11 September 2021

First time masak char kue teow

 Alhamdulillah.

Sy mmg suka mkn char kue tiow, tp bkn sng nk dpt yg kn ngn selera. Dah dpt, kedai plok rajin tutup. Frust oo bl nk mkn kedai plk tutup.

Last idea p kedai beli koteau, buat sendri. Tgk utube la, sos siap pun ada. Biasa la first time x jd char kuetiau la, dia jd bubur kuetiau pun ada. Tp rs ada la sbb sos dia tu 

Akhirnya dgn bantuan demo oleh bini, baru tau teknik hat betui2. Kacang ja, tambh udang taugwh kucai, mmg sebiji mcm hat kedai la.

Boleh usyar video di bwh, step2 duk menggoreng. 




Rabu, 8 September 2021

Nikmat Tuhanmu yang manakah nak kau dustakan

 ðŸŒ¸Jika semua yang kita  kehendaki terus kita miliki,dari mana kita belajar Ikhlas..


🌸Jika semua yang kita impikan segera Terwujud,dari mana kita belajar sabar,


🌸Jika setiap doa kita terus Dimakbulkan bagaimana kita dapat belajar Ikhtiar


🌸Seseorang yang dekat dengan Allah bukan bererti tidak ada air mata...Seseorang yang taat pada Allah bukan bererti tidak ada kekurangan ..Seseorang yang tekun berdoa ,bukan bererti tidak ada masa sulit,Biarkan Allah yang menentukan sepenuhnya atas hidup kita,kerana Allah tahu yang tepat untuk memberikan yang Terbaik






🌸Ketika kerjamu tidak dihargai,maka saat itu kamu sedang belajar tentang ketulusan


🌸Ketika usahamu dinilai tidak penting,Maka saat itu kamu sedang belajar Keikhlasan


🌸Ketika hatimu terluka sangat dalam,maka saat itu kamu sedang belajar tentang Kemaafan


🌸Ketika kamu lelah dan kecewa,maka saat itu kamu belajar tentang kesungguhan


🌸Ketika kamu meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagian dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman,Maka sesungguhnya kamu telah melaksanakan Ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah S.W.T


🌸Jika sakitnya didunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih...Barangkali Allah ingin mendengar suaramu dan doamu..dan jangan kau tunggu kebahagian untuk tersenyum..namun tersenyumlah sehingga kau bahagia,


🌸Jangan lupa berniat baik,luruskan niat,Semoga dengan niat baik ini Allah S.W T berikan kelancaran dalam segala urusan,keberkatan dalam rezeki kita..


🌸Jika kita benar2 ingin mencari keredhaan Allah S W.T dan berhasrat untuk menghampirinya serta mengenalinya hendaklah jangan tertangguh lagi,


🌸Allah maha Penyayang,Allah maha pengasih,Ya Rahman,Ya Rahim,Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri dan kemampuan yang ada,Jangan pernah berputus asa,


🌸Kadangkala Allah sembunyikan matahari,lalu dia datangkan hujan dan petir ,kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari,Rupa rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah...Disebalik setiap kesedihan terdapat kebahagian


🌸Sesungghnya SABAR akan indah jika kita selalu dekat dengan Allah..Ingatlah Allah selalu memberikan  kelebihan disebalik kekurangan,Allah selalu memberi kekuatan disebalik kelemahan,Carilah hikmah disetiap ketentuan dan ketetapan Allah S W.T agar kita sentiasa bersyukur dan bersabar


kredit tu pengarang...

nikmat tuhan

Jumaat, 3 September 2021

Menunjuk-nunjuk

 Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah.




Dulu-dulu mak ayah selalu pesan,

Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan,

nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.


Kalau makanan ada sedikit,

Jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.


Tapi kini tanpa kita sedari,

melalui fb dan laman-laman sosial lain,

kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'.

Beli barang baru, upload gambar.

Sebelum makan, upload gambar.

Perah susu banyak-banyak,

upload gambar.

Dapat komisen,

Elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.


Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli.

Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. 

 

Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja.


Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam.

Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.


MAKA :


"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..


"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..


"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..


"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..


Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.



Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.


Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita,

Bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.


Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti...aamiin....Inn syaa Allah...

Khamis, 2 September 2021

Hidup Yang Sejahtera dan Tenang

BERSIH HATI TINGKAT KEMULIAAN

   ♥️Seseorang hamba yg hatinya bersih akan berasa tenang melalui kehidupan walau apapun keadaannya,sama ada diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran,hatinya tetap lapang serta tenang menempuh kesulitan itu.

   ðŸŒ¸Allah SWT berfirman yg bermaksud: "Setelah menerangkan akibat org yg tdk menghiraukan akhirat,Tuhan menyatakan bahawa org yg beriman dan beramal soleh akan disambut dgn kata-kata: Wahai org yg mempunyai jiwa yg sentiasa tenang tetap dgn kepercayaan dan bawaan baiknya.Kembalilah kpd Tuhanmu dgn keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yg diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu).Serta masuklah engkau dlm kumpulan hamba-Ku yg berbahagia.Dan masuklah ke dlm syurga-Ku." (Surah al-Fajr,ayat 27-30)🌸



Tenang Hadapi Ujian Hidup

   ðŸŒ¸Mukmin yg hatinya sentiasa dibersihkan dgn amal ibadah kpd Allah SWT, menjaga hubungan baik sesama manusia,banyak beristighfar serta melakukan kebaikan,akan mendapat keredhaan Allah SWT dan dikurniakan ketenangan hati walau seberat mana pun ujian yg dilalui.🌸

   ðŸŒ™Setiap manusia tdk akan terlepas daripada menempuh ujian dan bagaimana mereka menempuh ujian itu,adakah dgn kesabaran atau sebaliknya.Hati yg hanya bersandarkan kpd Allah SWT,akan ada kekuatan dlm mendepani ujian-Nya.🌸

   ðŸŒ™Justeru,hendaklah sentiasa mempersiapkan diri utk menjadi hamba Allah SWT yg taat dan bertaqwa.Tidak ada nama yg lebih rendah selain daripada gelaran hamba tetapi 'hamba Allah,' mereka akan ada tempat di sisi-Nya.

   ðŸŒ™Antara ciri hamba Allah SWT ialah yg banyak mengingati Allah SWT melalui zikrullah memuji kebesaran-Nya,serta menjalani kehidupan mengikut syariat Islam sebenar sebagai bukti pengabdian hamba kpd Pencipta-Nya.🌙

   ðŸŒ¸Firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan Dialah Tuhan yg menjadikan malam utk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur utk berhenti rehat,serta menjadikan siang utk keluar mencari rezeki." (Surah al-Furqan,ayat 47)*


   ðŸŒ¸Kesucian hati juga antara pengajaran yg diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW,kerana menambah amal baik dlm usaha membersihkan hati mampu menjadikan seorang Mukmin mentaati perintah Allah SWT seterusnya menjauhi larangannya.🌙

   ðŸŒ™Anugerah tdk ternilai yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd Rasulullah SAW selain memperlihatkan keagungan serta kekuasaan-Nya melalui perjalanan tdk terjangkau oleh akal,juga bertujuan meningkatkan keyakinan hamba kpd Allah SWT.

   ðŸŒ¸Hakikatnya,peristiwa Israk dan Mikraj yg dilihat sebagai perjalanan istimewa yg dilalui Rasulullah SAW boleh menjadi perjalanan istimewa umatnya jika mereka bersedia menyingkap pengajaran dari sudut kerohanian yg terdapat padanya.

   ðŸŒ¸Soal kebersihan hati diharap dpt membantu umat Islam membuat persediaan supaya apabila bertemu Allah SWT kelak dlm keadaan bersih dan suci.


🌸Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui, sederas mana pun godaan  yang kita hadapi , sekuat apa pun cabaran yang harus kita jalani, Sebesar ape pon kegagalan yang kita rasai jangan pernah berhenti berharap dari pertolongan ILLAHI, Kerana harapan adalah masa depan , Kerana harapan adalah sumber kekuatan, Kerana doa adalah pintu kebaikan, dan kerana doa adalah SENJATA ORANG  BERIMAN,♥️


kredit to shakira🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Jumaat, 20 Ogos 2021

Tukar skrin tablet

Alhamdulillah selepas percubaan pertama tukar skrin note 4 berjaya. Baru ni skrin tablet leagoo plak pecah. X leh touch dah, kn la tukar. 

Tanya adik rupanya ada jual dlm shopee. Ingt ka rega ratusn, rupanya pulughan sj. 

Selepas chitchat ngn seller, dh betul productnya kita oder teruih la.

Dgn bantuan video youtube camna nk buka skrin, akhir nya berjaya tukar skrin. Dah boleh pakai. 

Anda pun boleh cuba. Tgk bajet la. Kalu nk elok p kedai la.

Rabu, 21 Julai 2021

Bg anak kurang main gajet

Alhamdulillah. Printer yg di oder ahad lalu dah sampai semalam. Terus test print dan nasib ada lg kertas A4, hasil menarik san puas hati. 

Printer ni jenis pakai toner bkn ink. Dah survey harga toner dia rm100, tp 1 tonee boleh print lebig 1k muka surat.

Mula2 kita print/cetak corak atau gambar utl mewarna. Punya la seronok, bkn hat kecik sj, hat besaq pun kalut sampai bergaduh sebab potong que.

Harap2 jgn la cewi sj, 2 3 ari mai cemuih dah. Hahahahah....
 
Cetak teka silangkata bg depa buat, lasong x jln, duk tanya kita jawapan. Gagal la hat akademik, kn cari yg depa suka mcm mewarna dan melukis la.

Ahad, 11 Julai 2021

Kisah nabi Ayub

Assalamualaikum...petikan dr FB.

Sebelom hlg nk cari x jumpa, kita simpan sini. Sng nk cari...trm kasih kpd yg empunya post.

Tadi dengar ustaz cerita pasal Nabi Ayub alaihis salam. Nabi Ayub ni orang kaya. Baginda ni rasul yang jutawan. Sampai satu hari, Allah uji dia.


Nabi yang jutawan.
Hiasan


Ternakan dia banyak.
Harta dia banyak.
Rumah dia besar.
Anak-anak pun ramai. Ada 14 orang.
Bangunan banyak.
Tanah banyak.
Jutawan besar.

Satu hari Allah uji.
Ternakan mati.
Tanam-tanamannya dimakan ulat.
Tanam banyak kali pun tak jadi.

Satu persatu harta Nabi Ayub alaihis salam diambil oleh Allah Ta'ala sampai tinggal 1 rumah saja.

Ketika Nabi Ayub diuji Allah, seorang demi seorang isteri-isteri baginda meninggalkannya. Akhirnya tinggal seorang isteri saja disampingnya. Ini yang betul-betul mencintai Nabi Ayub alaihis salam.

Kemudian Nabi Ayub alaihis salam diuji oleh Allah dengan ujian kematian kesemua anak-anaknya. Seorang demi seorang anak-anaknya meninggal dunia sampai habis semua anak-anak dia mati. Ini Allah uji.

Melihat anak-anak yang sudah membesar dan berbeza umur mati di depan mata. Macam mana kita nak bangkit dalam hidup?

Ustaz cakap, ramai orang anak dia meninggal dua orang je tapi dia tak boleh bangun dah. Kerja tak boleh pergi dah. Berhenti kerja, duduk rumah dan hidup dalam kemurungan. Sebab apa? Sebab tak boleh terima Allah tarik nyawa dua orang anaknya. 

Allah tarik nyawa dua orang anaknya tapi kerja masih ada cuma dia yang pilih untuk berhenti kerja. Rumah ada, suami masih ada, harta masih ada. Semua ada. Anak dua orang je yang Allah tarik sedangkan Nabi Ayub alaihis salam diuji Allah dengan kematian 14 orang anaknya silih berganti depan mata. Isteri-isteri dia lari tinggalkan dia saat dia diuji Allah, pekerja-pekerja dia lari, adik-beradik dia pun tak nak datang dekat, maka tinggalkan Nabi Ayub dengan seorang isteri sesudah habis segala harta dan keluarganya.

Lepas semua ni Allah uji Nabi Ayub, Allah tambah lagi dengan ujian sakit sehingga Nabi Ayub tak mampu untuk bangun dan menguruskan dirinya. Dia takde kekuatan. Lemah selemah-lemahnya. 

Dah lah diuji dengan macam-macam ujian, diuji pula dengan kesusahan dan kesempitan hidup sampaikan isteri Nabi Ayub yang berambut panjang dan cantik terpaksa menjual rambutnya semata-mata sebab nak beli bahan makanan untuk dimasak.

Isteri Nabi Ayub tak pernah dengar Nabi Ayub memohon pada Allah. Lalu isterinya pun berkata :
"Wahai suami, mintalah Allah Ta'ala angkat ujian ini."

Nabi Ayub alaihis salam tanya :
"Dah berapa tahun dah Allah Ta'ala uji?"

"18 tahun."
jawab isterinya.

Miskin.
Takde keluarga.
Tak ada harta.
Takde makanan.
Sakit sampai tak terurus.
Anak semua mati.

Nabi Ayub tanya :
"Dah berapa tahun Allah bagi nikmat kat kita?"
B

"80 tahun."
jawab isterinya.

Nabi Ayub tanya isterinya :
"Tak malu ke selama 80 tahun Allah bagi nikmat. Allah baru uji kita 18 tahun dah mula nak meminta pada Allah?"

Bila kita diuji Allah, Allah nak tengok apa tindakan kita. Allah nak tengok macam mana kita sambut ujianNya itu. Adakah kita akan menyalahkan Allah? Adakah kita menyalahkan taqdir? Adakah kita akan terus kembali kepada Allah?

.

seketoi sha,
hamba Allah paling lemah, faqir dan hina.

Selasa, 25 Mei 2021

Diy jam digital xdak lampu

Diy kita ari ni....jam digital. Dulu ada lampu, lps sbln x nyala dah. Maka terpinggir lah spa pun peduli. Tp waktu masih tepat. Bateri pun thn. Syg kan kita tgkkan kejap pasai pa. Dh buka mmg x tau apa.  Test led dgn bateri msh ok, kapasitor pun x kembobg. 
Malas pikir kita diy sendri. Cabut lampu sambung dgn vr dan suis pastu sambng ke bateri. Setel.....boleh on off dan ejas kecerahan

Jumaat, 14 Mei 2021

Cetak Tali jam dr pencetak 3d

Puas cari tali jam xdak yg sesuai. Boring2 search dlm thingiverse lah mn tau kot ada...

Jumpa bbrp rekaan tali jam. Biasa la perkataan yg sesuai utk cari mmg memainkan peranan. Hand watch, watch band, pastu kn la selak page by page utk cari design yg ok. 

Pastu download dan tgk dia punya time utk print lama mana. Ada bbrpa design tp lama sgt dan kn print satu per satu pastu bru sambg.

Akhirnya dpt 1 design sejam print siap. Tp kaler hijau bersinar plak. Nak print kaler line x smpt. Nk blk cri juadah buka posa plak.

Jd blasah la juga kala ang ang ni. Dekat pin dia kn potong skit...x muat nk masuk kan pin. 

Taaraaaaa.....

update: jam jatuh longkang masa nk pakai. x leh on. tali pun patah......selesai semua

Sop (PJJ) sana sini tp kes meningkat jugak....

Heran kan sop sama gak dr 2020....tp knp 2020 kes menurun, 2021 kes menaik.

Adakah sop ni krg berkesan dlm mencegah penularan virus. Katanya dulu amerika telah berjy mengurgkan kes sbyk 60% apabila face mask digunakan. Knp kita masih naik....

SOP

Face mask apa yg amerika pakai....helmet angkasawan ka????

Ditambah plak dgn penjarakan 1 meter plak......virus boleh melompat dan menyelinap ikut face mask ka.....

Solat dimasjid pun ikut sop, dgn face mask, penjarakkan, sejadah sendiri....knp masih ada jangkitan....

Sop ni masih x berubah kenapa......

Yg ketiga ialah sembang dekat2....adakah ni punca dia. Dah la sembg dkt2, mask x pakai....abih cerita.....bkn sj virus boleh terjangkit....bau mulut pun terasa....

Tempat plg tidak ikut sop adalah......di rumah. Mn ada org pakai mask di rumah.....duduk jarak2 mungkin ada...kalu rmh luas. Sembg dekat2 time makan....mmg terbaik lah.

Di restoran pun .....nk mkn xkn nk boh mask jugak .....

Nk smbg pakai mask pun x selesa....semput....x clear...

Mask yg depa pakai kt dlm tv tu, plastik clear tu, mampu ka menghlg penularan.....yg tu nk cakap x la lemaih ..

Kot ada yg lupa sop kita.....
1. Pakai topeng muka
2. Jarakan 1 meter
3. Jgn sembg dekat2

Atau pun ringkasnya PJJ....

Dispenser sejuk rosak lg

Water filter dispenser panas sejuk ni baru dibeli online blom cukup haul lg. Tiba2 hr ni tap sejuk pun klua air suam plak. Walau pun normal x sejuk sgt pun. To klu suam lagu ni mmg x normal la.

Atas desakan isteri ni, kita pun buka la jugak. Al maklum bln posa ni malas lembik lemau semua ada. 

Pengalamam lalu dia punya peltier rosak .....kalu kali ni rosak tu jugk lbat skit la. Nk kn oder online dulu spare part.

Kali ni kipas pun x jln sekali ada sound merisik klua bl tap utk cool di onkan.

Kita pun buka board dia. Hasil dr pemerhatian.. ..kapasitor 2 bj ni kembong. Mungkin rosak, mcm bateri fon la kan. Kalu kbong x thn lama la. 

So kita desolder kapasitor ganti baru. Cuma yg baru ni spek x sama, beza kat volt dia....tp kapasitan dia sama 1000 gak 

Alhamdulillah blk pasang, kipas pun on dan tunggu sat, suhu makin berkurg...ok la. 

Alhamdulillah......

Jumaat, 23 April 2021

Lampu raya Solar

Baru sampai sari China. Panas lagi. Penghantaran pun x lama sgt seminggu ja sampai. Lampu kali ni dia ada byk mod. Dulu ada 2 mod ja, berkelip ka nyala teruih. Tahan plak tu nyala sampai pg. Mcm biasa auto off/0n bila siang/malam.
Lampu Raya Solar

Satu lagi tu lampu tanah. BOleh pacak kat tanah. Mlm dia on auto, tahan gak sampai pg tadi. Bergantungla cas lama mana, kn hari hujan krg la cas. Tp jgn risau ni waterproof, duk tgh ujan pun xpa.

Isnin, 22 Mac 2021

Tukar bateri e bike

kotak bateri


2 biji bateri 12v

boleh dibeli online

Bateri basikal elektrik dah kong. Cas lama2 pun basikal x leh jalan. 

Punca mungkin pernah tercas terlalu lama so bateri kembong...cas pun x masuk.

Dah pnh survey utk tukar. Ada yg nk rm500. So teebiar la bateri ni.

Hari ni sj nk buka. Sng ja buka rupanya. Tgk dlm ino la rupa bateri. 2 biji bateri kotak. 12v setiap 1.

Ambik no kod dia search google, rupanya ada di jual dlm shopee dan lazada. Harga pun x sampai 100 sebiji. 

So tgk la kalu ada kodal lebih kita beli. Nk pasang pyn sng ja. Solder sikit ja kat terminal dia ikut hat asal.

Ahad, 21 Mac 2021

Tukar cdi dan Spark plug zxr250

Cdi dr china dah sampai. Dah pasang dan nampak m ok. Cuma plug ja 1 x idup. 

P pomen tukar plug 4 biji teruih. Alhamdulillah dah ok....sng hidup dah smooth ja jln.

Cdi shopee 100++ + plug 4 biji 160 sekali upah. Tp x tau brp lama cdi china ni boleh thn. Tp beebanding cdi seken rm500 xpa la try ja. Yg baru lg mahei rm1550 ooo.

Ingt ka cdi ni x leh buka...dpt kat pomen nya pokah sat ja....kalu boleh repair sempoi. 

Esok kita cek litar dia tgk komponen apa yg rosak.

Isnin, 8 Mac 2021

Cdi zxr250 rosak pulak

Assalamualaikum semua....

Alkisah bermula start pg2 susah hidup....smpai habis bateri....jumper pun x hidup jugak...heran aku...

Xpa caskan bateri dulu...manually. Mn tau mungkin bateri x full tu ssh start atau bateri dh nk kong. 

Tiba2 satu hari tu....sekali tekan ja dh hidup....pulak. Pening pala pikir, senang pulak dia hidup. Yg bezanya masa tu tghri terik....panas kot. Tp bl bw p ronda, rem lebih 2k ja mati plak.... Nk hidupkan kn off kunci dulu pastu on blk start baru buleh hidup.

Hah ada bbrp masalah dikesan dah di sini..
 1. Susah hidup waktu pg ..bl panas sng plak idup
2. Kn naik lama2 baru buleh rem lebih 2k rpm kalu x mati enjin..
3. Bila mati nk hidup kn blk kn off n on suis baru start .....kalu tgh lajak tu mati, tarik klasy off on suis dan lepas klasy. ..insyaAllah idup , save bateri power.
4. Masa idle bateri xcas....kn rem sikit rpm 2k up baru ada cas masuk...jd kalu biar moto idle lama2 rpm rendah rugi minyak ja enjin panas bateri lost power...

Harap2 info di atas membantu.....kalu x membantu al fahami lah....itu penglaman ja bkn fakta saintifik....kikiki

Wallahua'lam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...