Insiden kemalangan budak2 basikal baru2 ni amat menyedihkan. Tp benda dah jadi kita kena redha. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Cuba bayangkan ia berlaku kepada keluarga kita. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t,
Mati itu pasti. Cepat atau lambat, di mana dan bagaimana, tadak sapa tau. Semua org tau mati itu pasti tp selalu terlupa yg ia boleh datang bila2 masa. Adakah kita bersedia?
Setiap perbuatan kita sepanjang hidup kita akan dipersoal satu persatu. Kena ingat juga manusia mudah tersilap. Dalam sekelip mata kita boleh melakukan kesilapan, walaupun kita sebenar masa tu dalam keadaan waras.
Siapakah penolong kita? Mak bapak kita? Kawan2 kita? Guru2 kita? Sedangkan mereka juga manusia seperti kita.
Sebab tu la manusia diminta brgantung sepenuhnya kepada Allah, dialah yg mengetahui segalanya, dialah yg menetukan segalanya. Adakah kita sedar bahawa setiap apa yg kita kerjakan pasi Allah mengetahuinya. Dalam hati lagi Alah dah tau.
Ramai yg marah kepada ibu bapa, ada yg pertikaikan bgmn pemandu boleh x perasan budak2 ni. Padahal kita xberada di tempat mereka. Kita x tahu cerita sebenar. Siapa yg salah biarlah polis yg siasat.
Inilah perancangan Allah sebagai pengajaran bagi ibu bapa dan pemandu. Ia boleh berlaku kepada sesiapa pun sebagai ujian dari nya.
Akhir zaman ni, manusia terlalu memandang dunia. Maukan hidup serba mewah, boleh memiliki kreta idaman dll...masing2 berlumba2 ke arah harta dunia. Masjid terus sepi, kuliah maghrib lengang. Sebab si pemuda sibuk dgn dunia, bpa2 sibuk dgn isteri dan anak2, peniaga sibuk dgn perniagaannya. Bila jlan mereka dihalang, terus hilang pertimbangan. Padahal Allah lah yg membri rezki dan Allah jualah yg menyuruh berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran.
Hambamu ni juga sering terlupa, kerap kali terkandas mengikut nafsu dan emosi. Semoga Allah mengampuni kita dan merahmati hidup kita. Beristigfarlah.....
Astaghfirullahal 'azim
Astaghfirullah hal 'azim
Astagh firullah hal 'azim..
Wallahua' lam bish sawab