Khamis, 29 Disember 2016

4 wanita yang akan tarik lelaki masuk neraka

Dah nak masuk syurga tiba2 ditarik masuk neraka. X ke haru....

Sapa yg duk tarik? Mereka adalah isteri kita, anak perempuan kita, adik atau kakak perempuan kita dan yang terakhir ibu kita.

Sebab pa???

Apabila mereka melakukan maksiat kita x tegur pun, marah ka, nasihat ka.

Tangungjawab kita adalah menegur mereka apabila mereka x solat, x menutup aurat dsb....

Klau dah tegur, marah, nasihat, kira selesai tanggungjawab tu. Depa ikut ke x, depa yang tanggung.

Dah buat macam2 pun x ikut gak, maka terlepas lah kita dari dosa mereka.

Susah ke susah? Memang susah, kena tegur walaupun kita bknnya baik sgt pun.

Dosa kita pun x tertanggung, xkan nak p tanggung dosa depa yg ketegaq plak.

Dah nasihat sudah,,..berlepas diri la kita.

Wallahu a'lam....

nukilan dari kuliah Ustaz Fawwaz

memang menarik

Dayus?

Jumaat, 23 Disember 2016

Testimoni alat jimat minyak aka voltage stabiliser

Alhamdulillah, ada permintaan terbaru ke atas alat jimat minyak atau voltage stabiliser. Mungkin disebabkan kenaikan harga minyak baru2 ni.

Dan yang lebih bestnya adalah apabila mereka berpuashati dgn kesanya yg dpt mereka rasai sebaik menggunakannya. Pasang terus rasai kesannya tanpa perlu tunggu lama2...

Ini adalah testimoni yg sy baru terima dari pelanggan....


testimoni 1

Testimoni 2
Yg testimoni 1 ni pasang kat mpv 2.0cc. Yang ke2 tu pasang kat kancil auto 660.

Alat jimat minyak bernama voltstab
Yang berminat boleh dapatkan dari saya melalui watsapp pada nombor pada alat tu...


Selasa, 13 Disember 2016

Cuti cutu malaysia

Zoo Taiping
AIr lata Sempeneh Batu Kurau
Sempena cuti sekolah ni isteri tabya nk bw ank p jln2 mn. Aku terdiam. Mmg aku jenis x suka berjalan2 ni....
Entah mcmn depa nk p duk rmh mak menakan depa. Siap bw jln2 lg. Lega teruih aku.
Marin blk kg bw la p zoo. Nk tercabut lutut berjln. Ketapi plak penuh...org ramai la cuti2 ni....parking pun jauh.
P tgk gajah berak.....kura2 plak duk mengawan.
Tiket dpt diskaun 20% sbb warga tempatan tp terlupa plak mak aku warga emas. Kalu x tiket dia 50% ja. ..
Habis berjln terus blk rmh....x berenti mkn2 pun. Ye la duit tiket pun dkt rm60...
Hr ni p mandi lata speneh plak. Mandi sat ja sbb langit gelap. Takut gak kepala air turun. Tu pun ramai lg duk mandi.
Ada geng sekolah buat reunion, mkn2....p la jengok sat x mkn pun. Geng junior x brp kenal.
Sampi pkn ada psar mlm plak. Goreng pisang faberet dah abis. Beli rangka ayam ngn ayam goreng ja.
Ptg blk utara....kalu arah delatan mau jem teruk. Tp mata ngntuk ja...
Minyak isi full ms blk kg tinggal 3 takuk ja dr 6 takuk. Boh ron97 plak tu.
Ada org pulangkan kad jimat LA genius saver psg kt letrik dia. Aku ambik boh kat pintu tangki minyak dua2 kpg. Sampi rmh 1 takuk pun x turun. Xpa esok kita test p sp plak tgk cmna. Mcm jimat ja.....

Rabu, 16 November 2016

Apa itu Islam ?

5 words in English, 1 word in Arabic
Betul ke?

Petikan video yusof estes
Petunjuk Allah

Selasa, 15 November 2016

Waktu sesuai tanam pokok

La ni musim hujan. Kadang2 pagi hujan petang dak. Kadang2 pagi x ujan petang ujan, kadang2 mlm ujan. Buleh kata hari2 hujan. Ada tempat dah banjir tp paras lutut ja la. Mungkin longkang tersumbat tu.

Jadi kalu tanam pokok takyah duk kalot nak siram dah.Pacak jei tang mana pun. InsyaAllah, xdan kering tanah, ujan sokmo.

Dulu musim kemarau kena boh air lam botol pacak tepi pokok baru tanam. Siraman automatik la kiranya.

Lagu ni la tp ni ambik dr blog org len
Nanti bila kemarau balik kena buat lau tu balik la.

Isnin, 14 November 2016

Bila minyak naik baru nak berjimat.

Saya jual alat jimat minyak ni masa minyak rm1.70 kot.  Masa tu masih lg dalam ujian. Try kat keta, moto, lori. Alhamdulillah keputusan memang memuaskan. Jadi saya pun jual tp malangnya sambutan krg kerana harga minyak yg murah masa tu....

Bila minyak naik barula ramai yg bertanya. Bila harga minyak lebih rm2, sambutan lg dahsyat. Alhamdulillah....semua pakat nak jimat.

Yang sedihnya bila minyak turun, org dah lupa nak berjimat. Sambutan kembali gersang.

Alat ini boleh digunakan x kira la minyak mahal ka murah. Ia tetap membantu menjimatkan juga. Katakan jimat 10%, harga minyak rm1.70, anda dah jimat 17sen dah seliter. Kalu rega minyak rm2 dah jimat lg 2 kupang.

Jangan tunggu harga naik baru nak jimat. Jimat apa yg boleh jimat dari sekrg.

Dulu sy jual jenis guna kapasitor. La ni kad pulak, kad LASaver Genius. Sapa nak boleh wasap. Boh kat keta boleh, kat fius letrik rumah boleh, boh kat air minum pun boleh, kat tong gas pun boleh, kalu demam boh kat dahi, lengguh2 pun boleh.....lg berbaloi.



Pembikinan voltage stabiliser

kad plak

Manfaat minum air kosong



Terapi air putih :


*1*. Minum 1 gelas masa bangun tidur dpt membersihkn organ2 dalaman


*2*. Mnm seglas air, 30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.


*3*. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.


*4*. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.



Kalu kat kedai kita oder air suam bkn sbb kita xdak duit. Kita bawak air masak g keja pun bkn sbb nak berjimat. Tpkerana dgn byknya minum aiir kosong ni dpt membantu tubuh membuang toksin dlm badan tanpa perlu ubat, rendam kaki dalam air ka, pakai pelekat tapak kaki ka....kan kan kan.Perbanyakkan minum air kosong. Jgn tunggu lapar dahaga......ia boleh mengurangkan lapar dan dahaga.

Penting

Khamis, 10 November 2016

Makhluk di Alam Lain



Dipetik dari laman mukabuku






Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...


Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.


Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!


Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makhluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu. Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.


Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu... Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.


Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!


Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.


Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.


Allah Maha Tahu.

Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya :D


Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :


1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran "Innamal hayatud dunya la'ibuw" kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan...


2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan, diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So, wajib baca doa sebelum dan selepas makan.


3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu meja tempat letak makanan. Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak & melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar itu. Paling hardcore... tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak, kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.


4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul depan kita main air dalam toilet dengan kita... Dah lah bilik air tu rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main dengan anak jin sampai time mandi kahkah!


5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma kita je yang tak sedar, tak rasa, tapi diorang puas. So sebelum tidur, jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah lazim. Insya'Allah Allah jaga kita.


6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah. Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia dapat menghalang kuasa jahat.


7. Ibubapa tolong perhatikan anak-anak anda. Jangan kerap membiarkan anak-anak bermain seorang diri. Makhluk-makhluk macam ni mudah dibuat teman. Anak-anak mudah berdamping dengan golongan mereka. Walaupun anak tunggal, wajib berikan perhatian sepenuhnya. Makhluk-makhluk begini suka pada kanak-kanak dan mudah memperdayakan mereka. Paling membimbangkan, makhluk-makhluk ini kalau dah suka anak-anak kita, tak mustahil dia bawa lari, sorokkan ke dunia dia.


8. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena berjaga-jaga. Baca doa sebelum dan selepas bersama suami isteri. Ini penting. Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.


Alhamdulillah. Terima kaseh, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan diambil pengajaran.

Kambing berempah frozen

Kambing berempah
Pemanggang ajaib















Malam ni makan kambing berempah plak. Tinggal stgh lg. Beli lama dah. Takut lg lama kang x sdp plak. Nampak byk bila masuk pemanggang ajaib, sekali masak je. Tulang pun byk.

Ingtka aku sorang ja nk mkn. Tgk2 ank2 ngn bini sekali join. Boleh la sorang sikit.

Pedas2 tp x pedas sgt, sesedap rasa gitu. Ank aku pun pulun. 

Last2 aku yg pyh nk tido. Dgn panasnya, tengkuk pun rasa keras ja....awat ni. Tambah dgn kopi susu pulak.

Dah ngantuk ni...nnt landing hlg kot sakit tengkuk tu.  

Sent from Samsung Mobile

Selasa, 8 November 2016

Awas karipap.dan kuih kacang frozen


Nin dia bahana dia kalu goreng karipap frozen. Seblom dibungkus dan disejukkan, ia dah digoreng separuh masak.Lg separuh kita plak yg kena goreng.

Disebabkan org lapar, xpenah2 plak goreng seblom ni., ini la hasilya.

Bila dah hangit baru la org rumah haba. Goreng api pelan ja sbb dah digoreng dulu seblom dibungkus.

Hihihi...

Sent from Samsung Mobile

Pen dakwat basah

Ni jenis faberet pen aku. Dulu g kuliah pakai pen ni buat salin nota. Bila kena air habih nota kembang. Hahhahaa

Hiasan je dr blog
Yang lecehnya nk kena isi dakwat. Kena cek dakwat selalu. Satgi tgh2 salin nota dakwat habih, punggah.

dakwat ni good










Sebotol dakwat ni boleh tahan lama gak. Lupa plak berapa lama sebab la ni guna utk tandatangan ja. Ada dakwat yg murah. Kalu byk guna elok beli yg murah2 ja.  Tu sebb mudah kembang. Kalu kertas x elok pun dia kembang gak. Kalu kertas mahal nampak hitam pekat tu macam lukis kartus tu, terbaik la.
Hat ni murah



tumpah












Kelemahan dia bila tumpah atau kena tangan. Basuh sekali x jadi benda la. Lama2 byk kali basuh baru hilang. Nak isi dakwat kena pakai glove la. Hehehhe...


Dakwat brand pelikan pernah gak beli, utk lukis kartun. 

Hat ni mahal

Nak isi dakwat kena bukak pen, ada jenis pam ada jenis sedut. Yg sedut mcm picagari tu byk gak masuk. Jnis pam ni  kena pandai pam la.


Isnin, 7 November 2016

Buaian elektrik

Assalamualaikum....
Punya duk pulun buat sendiri buai letrik last2 kena beli gak. X murah plk tu, semua 200 ke atas. Mmg patut buat sendiri pun. x susah tp kenapa x jadi2.

Nasib baik online ada yg murah. RM170 pun boleh dapat dah. Eh x dpt lagi, baru bank in. Hihihihi,....

Masalah kenapa sampi nak kena pakai yg auto ni?

Gini, anak tido stgh jam ja, kalu duk tangguk straight buleh la p sejam. Kata pengasuh dia tido 2 jam gak la di rmh dia. Rupa2nya kawan dah ajor tido buai elektrik. Patut la berenti je endoi tu, buka mata teruh.

Maknya x leh buat apa la. Duk tanguk sampai tersengguk2. Bagi pak lak tangguk, angguk tinggal, duk stgh jam jaga teruh.

hat ni plg murah
Harap2 tahan lama la. Nanti nak kena sambng blk projek buai letrik. Kalu buleh juai rm100 satu pun rasa ramai yg nk beli. Tp idea lak xmai2 lg.

update 9 november: Alhamdulillah, brg dah sampi. Ptg satgi boleh la rocking.




Selasa, 25 Oktober 2016

Sifu Tone Excel

Sifu

Dah 3 tahun pakai simkad ni. Masa mula2 tukar dulu sbb nk tukar plan ke prepaid tp nk kekalkan no lama. Xdak pk la pasai bisnes2, tp depa kata guna sendiri pun dapat gak 3%, pa insurans, point dll.

X pandai cari org. TP bila org duk komplen pasai telco depa slow la, mkn kredit, baru kita habaq kita guna simkad ni dan apa kelebihan dia. Buka 3 akaun teruih sbb yg mak ngn wife pakai pun nama saya gak. Sekali harung la senang.

Tp simkad mahal, tp dah xdak cara lain dah, tukar jugak2 la.

Genekology
Lama2 duk guna rasa macam jimat lak. Walaupun call rate ngn sms dia tinggi tp topup 30 sebulan pun x abih2. Maknanya sesuai la tu. Tidak ka dulu mau 5 60 sebulan, yg mak sj pun kat 90 dah, wife pun sama kat 90 gak. La ni depa guna 30 pun xabih, kadang2 ja topup lg 30 sbb nk pakai data. Topup 30 depa bg data 1.5gb...memang jimat la. Xyah duk langgan data dah. Tu ka nye search internet sungguh2 la.

Dulu duk kena kondem la, simkad mahal la, rate tinggi la. Tiba2 ada gak yg nak join sbb telco depa duk balas kredit. Mahal pun mahal la drp kredit hilang camtu ja.

2 3 taun lepas tu baru duk promot kat fb. Ada la 2 3 org masuk.

Bila dah nampak duit masuk ke akaun tiap2 bln jd syok plak. Walupun data skit, call rate ngn sms tinggi tp bln2 duit masuk. Topup pun x la byk berbanding masa pakai line dulu. Kira untung balik la.

Kita kongsikan ja, depa nak masuk ka xmau terpulang la. Rezeki Allah yg bagi. Berlapang dada la. Tp kena usaha gak, iklan la sikit2. Paling mudah pos dlm fb. X reti nak buat ayat power, boh p la apa yg terlintas.

Rasa mcm x percaya plak ada org nak join. Perancangan Allah lebih baik. Bila promot ja mesti kena condem. Kita buat ja plan2, kalu dah tertulis rezeki kita, x kemana pun.

Depa duk kenen data depa lebih. Sib bek aku sebulan 1.5gb ja dah cukup. Kalu nak layan utube ka lagu online, 100gb pun xcukup. Hiburan sikit2 dah la. cari rezeki lg penting. Guna la data yg dibagi tu untuk iklan, kalu ada rezki, ada la tu. Org pun mneluat tgk iklan kita, tp kalu bertahun2 konsisten ja duk iklan org pun jd pelik. Mula la depa tertanya2, baguska bisnes dia ni? Tambah2 pula income duk bertambah, rasa menyesal pun ada tu. Pada hal duk pakai henpon lama dah, tp apa pun xdpt.

ALhamdulillah....walaupun sekarang komisen ciput ja tp baik ada dari xdak. TIap2 bulan lak tu dapat. Buleh bayar topup pun dah kira untung dah.

Mungkin rmai lagi xtahu kot macamana boleh dpat duit pakai simkad ni. Komen la tanya, biar tahu jgn keliru.





Jumaat, 21 Oktober 2016

Pembunuhan DI SYiria

Sedih setiap kali tgk pos kat fb, Mayat kanak2 yg banyak tu. Rumah, bangunan, kedai, hospital pun hancur. Tp heran ia terus sepi seolah2 x penting pun. Tp bila ada isu semasa byk gak yg jadi viral. Hang cangkul la.

Seolah2 ia x begitu meyentuh hati kot. Atau pun xleh nk buat lawak macam hang cangkul. Aku kalu lalu kot pos pasai siria ni, x respon lasong rs bersalah gak. Boh gi la like ka, sad ka. Tak pun komen Hasbunallah wani'mal wakil. Sambil tu doakan la semoga Allah memberi syurga kepada yg terkorban dan kemenangan kepada pejuang2 menentang kezaliman.
Tolong lah Hentikan kekejaman ini

Kita x tau pun pihak mana yg benar, tp Allah tau. Biar Allah saja yg menentukan. Kekuatan kita adalah doa. Jgn sampai x berdoa langsung. Setiap kali tengok pos, berdoa lah. Lepas solat pun berdoalah utk rakyat Syiria dan pejuang2 yg mempertahankan kebenaran.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah syurga kpd rakyat dan pejuang kebenaran yg gugur. Kurniakan kami ingatan utk terus berdoa, berikanlah kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang demi agama mu YaAllah.
Aamiin ya Robbal 'alamin...

Rabu, 5 Oktober 2016

Pasang Turbin kat rumah kampong

Alhamdulillah siap dah pasang turbin pada bumbung rumak mak pak di kampong. Kita oder online jer, depa p rumah pasang, mak kita bayar. Kita pun x balik tgk lagi.

RUmah kampong xdak siling so xyah pasang airvent, jd kos ditolak lagi. Pastu diorang x berani panjat, tolak rega lagi. Sib bek adik ngn member pun tukang rumah gak. So duit tu bayar depa pasang lah.

Tq tu en Syariff ang the crew 0182531262 atas respon yg sgt pantas dan senang berbincang.

Sesi penerangan pemasangan kpd member tukang rumah @ jiran

tukar bumbung baru dulu

pasang turbin 21"

pasang zink

pasang turbin kat rumah atas
tebuk atap

siap turbin 21"

Takat gamba pakai hp ja.....kualiti jgn tanya. Turbin ni pusing sendiri tanpa letrik yer...

Pokok Rerama

Pokok rerama
Akhirnya jumpa gak pokok ni. 1 pasu RM15 saja. Boleh buat teh daunnya. Petik daun dia bia kering baru rendam lam air panas. Baik utk merawat kencing manis dan kanser.

Belum cuba lagi baru beli nak tanam.

Belalai gajah dah tumbuh elok. Untuk kencing manis boleh amal makan daunnya setiap hari. 3 helai pagi, 3 helai tghri dan 3 helai malam. Dema haba lagu tu lei.

Kita hanya berikhtiar, tp Allahlah penyembuhnya.


Isnin, 5 September 2016

Vape still on ker?

Dah senyap dah isu vape ni. Yg duk isap vape pun x napak dah. Kedai vape pun dah kurang. Asap vape yg berkepo-kepo pun x kelihatan dah di kedai2 makan.

Mungkin sebab maintenance dia mahal kot. Nak kena pandai servis kediri. Xkan nk wak g kedai selalu....buat kediri sat ja.

Ataupun habih dah kena rapas. Baik yg jual vape, jual jus dia, dan yg duk hisap pun kn takat. Pah tu kurang lei yg nak isap.

Hisap rokok yg bayar cukai xpa lei.

Welcome to Malaysia. Negara yg penuh ngan tax....

Konvo 2016

Tahniah kepada graduan. Ada yg dah bekerja. Yg belum tu belasah la kerja pa dulu. X ikut kelulusan pun xpa. La ni bkn sng nk dpt keja. Yg dah bekerja pun ada yg buat online sale lg. X cukup 1 kerja ja, bak kata menteri. Buat p la 2 3 4 keja. Jgn sampai yg dikerja xdpt, yg digendong berciciran.




 













New 2017 Cbr250rr



YG terbaru di pasaran 2017. Lg lawa banding dgn yamaha r25. Yg ni 2 silinder. Lg power banding cbr250r yg sebelom ni.

Yg lain ku x rreti. Ampa cek ler sendiri.

Kalu x sbb aku dah ada ninja zxr250 1997 ni, yg ni mungkin jd pilihan. tp zxr250 4 silinder, sori la.

Dah keluar kat indon. Awat selalu malaysia lambat masuk.

update 1/11/16: Katanya modal ni x masuk Malaysia. Cesshh....


Selasa, 19 Julai 2016

Kerja atau ibadah

Kita perlu bekerja untuk mencari rezeki utk menampung keperluan keluarga. Ia dikira ibadah. Bekerja untuk memudahkan org lain. Contoh peniaga menjual barang keperluan, memudahkan org dimana orang x perlu buat sendiri. Xkan semua nak buat sendiri, ayam bla sendiri, padi tanam sendiri, tepung buat sendiri, sayur pun nak tanam sendiri. Jadi kalu kita buat kilang tepung, kita bukan saja memudhkan org dpt tepung tp menolong org lain mendapatkan pekerjaan dan membeli bahan2 utk buat tepung dr petani.

Tapi malangnya lama kelamaan org menganggap kerja utk mendapat keuntungan dan kekayaan semata2. Sehingga melupakan akhlak dalam bekerja sendiri. Sebab ada org sanggup juai dadah, arak, rokok, mercun, makanan tidak halal, pistol, dan beermacam2 benda yg boleh merosakkan org yg menggunakannya. Tapi dek kerana untung yg tinggi mereka sanggup mengenepikan akhlak.
Cari redha Allah

Semasa jual beli mungkin ada yg tidak berkemampuan dan menawarkan harga lebih murah. Mungkin kalu kita ikut harga mereka kita xdpt untung pun, balik modal ja. Bagi yg mmg mengutamakan keuntungan sudah tentu x bersetuju dan membiarkan pelanggan berlalu begitu aja. Tp kalu kita anggap ia ibadah, rezeki untung rugi Allah yg tentukn, selagi ia menggembirakan org, untung sikit ka rugi sikit ka kita xkan kisah.

Begitu juga sebagai pembeli, bagaimana menjadikan pembelian sebagai ibadah. Membeli pun dah kira ibadah, sebab kita membantu peniaga, carilah peniaga kecil2an yg kurang pendapatan, mahal sikit xpa jadi sedekah. Kadang2 kita sanggup bayar mahal pada gedung2 yg besar yg untung dah berjuta tiap bulan tp penjaja2 kecil yg untung 2 3 puluh sehari yg belum tentu cukup utk menampung keperluan harian pun, kita berkira plak.
Etika ibadah

Yg kerja di pejabat pulak, kadang2 sanggup bergaduh bermasam muka dgn rakan semata2 kerana membebankan mereka dgn tugas yg bukan dlm skop tugas mereka. Anggaplah ia ibadah, tolong kawan, lain la kalu kita sibuk dgn tugas kita. Mereka juga mencari makan utk keluarga mereka. Jgn sampi kita nak menutup periuk nasi mereka pulak. Kalu mereka bersalah, tegurlah atau berlembut lah. Sebab kita x mampu mengubah org melainkan ALlah sj yg maha berkuasa. Beri peluang untuk mereka berubah. Sudh tentu besar ganjaran dr Allah.

Begitu juga dalam kita membuat inovasi, bkn untuk dipuji manusia, tp utk memudahkan org. Kejayaan akan mudah menyusul apabila kita niat melakukan sesuatu semata2 mendapatkan keredhaan Allah dgn membantu manusia dlm kehidupan mereka.

Renug2kanlah.........

Selamat beramal...

Wallahua'lam...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...