Rabu, 31 Oktober 2012

Bini2 Perkasa

susah ni la kalu duk serumah

Pura2 baik

dont go anywhere

Allamak!!!
Syok gak melayan citer merapu ni kat TV3.....Selamat menonton.....

ganas 18SG nih...

Isnin, 29 Oktober 2012

Kawasaki Ninja 250r 2013

Sapa yg x berpuas hati dgn model sebelum ni boleh la tgk model terbaru yg akan keluar tahun depan. Spek enjin masih sama, cuma penampilan diubah sikit bg lebih garang...............


garang dak?????????
Aku tetap ngan zxr 250 1997 aku tu....huhhuhuuhuhuhuh

dah jd moto polis dah....

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)




Padu

Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa
Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.
Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Baca selanjutnya.....

Jumaat, 19 Oktober 2012

wonder girls berbaju kurung

baju kurung tp still x ttp aurat
Org asing pun tau nak ambik hati, jg kesopanan bila mai tempat org. Dikenali sebuah kumpulan penari seksi, dari korea, bila mai Malaysia buat persembahan pakai baju kurung. Kan ke sopan. Tunggu K-Pop lak mai buat konsert pakai baju melayu. Mesti ramai gadis melayu pengsan.








PSY kalau mai kena menari naik kuda pakai baju melayu la....

Jom ubah dunia.....

Jom kita ubah dunia menjadi tempat paling selesa, paling selamat, paling bahagia.......

Berita harian 19/10/2012

DETROIT: Pencipta yang membangunkan sel bateri yang digunakan untuk kenderaan hibrid, Stan Ovshinsky meninggal dunia di rumahnya pada usia 89 tahun di pinggir bandar Detroit akibat menghidap kanser. 

Ovshinsky yang mengusahakan syarikat pembangunan bateri kereta, Energy Conversion Devices juga mencipta mesin yang dapat menghasilkan kepingan panel tenaga solar sepanjang 14.5 kilometer bertujuan menjana kuasa lebih murah dan bersih ke kediaman serta bangunan perniagaan. 
Anak lelaki  beliau, Harvey Ovshinsky, berkata bapanya bukan saja teruja tentang penemuan sains dan tenaga alternatif, juga peka terhadap hak asasi manusia dan kesan sosial. Harvey berkata, bapanya meninggal dunia akibat mengalami komplikasi kanser prostat di rumahnya di Bloomfield Hills, di sini, Rabu lalu. 

“Beliau adalah individu yang menghabiskan zaman muda dan hidupnya untuk mengubah dunia,” katanya. - AP

Mohd. Ezmi Md. Jan - Barah Hidung

Kasih ibu membawa ke syurga
Banyak kali gak aku ternampak post ni dalam FB. Tp aku x caya. Bila kuar tb kemarin baru percaya. Ingatkan ada org main2. Semoga beliau terus tabah, dan cepat sembuh dan dapat menjalani hidup seperti sediakala. Amin....Ya Allah

Beliau juga bekas ketua pasukan bolasepak Selangor (SUKMA). Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

Sumbangan boleh dilakukan melalui No Akaun Maybank Siti Mariam Md Jan (adik Ezmi) : 1620 7659 4008

atau kunjungi lokasi karnival yg akan diadakan pada ahad ni.

beli sambil derma


Rabu, 17 Oktober 2012

Apa beza kita dengan binatang?

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.



Real lion
Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.


Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???





awas lembu melintas
moral of the story: Apa bezanya kita ngan singa dan lembu?

Isnin, 15 Oktober 2012

TERJUN DARI ANGKASA

Penerjun ekstrem dari Austria, 
tingginyeeerr....

Felix Baumgartner, telah berjaya terjun dari angkasa. Mak oooiii.....


Pecah rekod 52 tahun Joe Kittinger (pilo t u.s. airforce) yg terjun 19.5 batu (31.2km) dari angkasa. Rekod baru 24 batu (38.4km). Naik keta sat ja sampai ni. Dia terjun 8 minit je sampai bumi, 

Bahaya yg menanti Felix adalah mungkin akan berpusing2 hingga dia pengsan, baju tekanan rosak masa terjun dari kapsul, yg akan mendedahkan beliau kepada kekurangan oksigen dan suhu -70 darjah, 'darah mendidih', bukan darah jadi panas tapi terbentuk gelembung2 udara yg berbahaya dalam darah. 

Kittinger pernah pengsan, nasib baik payung automatik buka pada ketinggian 10,000kaki. Pernah krem tgn pasal tekanan tinggi, tp terjun gak, sampai bumi (tanah la) dalam masa 4min 36saat dari ketinggian 102,800kaki. 

Dengan kelajuan maksimum 1,342km/j, Mach 1.24, kadar lebih pantas dari kelajuan bunyi. Perrgghhh....Manusia pertama berjaya melepasi kelajuan bunyi.......

Alhamdulillah....boleh terjun lagi....
Ditaja oleh red bull. 


Jumaat, 12 Oktober 2012

ATM VS LIONS X11

Guna nokia n82 tgkp gambar kat tb. Mula2 kat LCD, anak2 nak tidor, kena tutup la. Tgk kt henset lak, jenuh jegil x nampak bola pun. Marlon score pun x tau lagu mana. Tau dia lari macam org dah score jer....

BIla anak dah tidur, buka lak tb kt dapur. Besar la skit skrin nyer....Tgh syok2 layan, ank hat dlm endoi tu lak merengek suruh tangguk la tu. P tangguk sat.....Dah lena sambung balik sampai penalti. Ada lak mamat ni sepak x masuk. Kacau dah.....Seb bek lions pun x masuk gak. Perggh cukup mendebarkan. Semua perlawanan liga super ka mana ka aku tak tgk pun. Kena yg ni aku tunggu sampai abis.

X sangka marlon boleh skore, minit 96 lak tu....Keeper lions la duk buat injured lak.....sampai terlebih masa. 

Walau pun pemain lions nampak lebih skill, permainan cantik. Tp bola itu bulat. Kita merancang tuhan menentukan. Dah rezeki ATM.............

Keeper lions

usaha menyamakan kedudukan

hairuddin terlambat sikit
layan PM lak


rehat separuh masa tgk semanis kurma sat

Rabu, 10 Oktober 2012

Kamal Affendi sakit

Ni penganalisis jenayah yg selalu kluar kat tb la....kan x kenal kot.....Dia selalu bagi tips2 utk elak jenayah, menangani jenayah dll berkaitan jenayah. Kluar dlm berita kata sakit. Jadi sekali lagi google search membantu aku menyelidik info terbaru ni dan terjumpa utk di kongsi brsama. 


Kamal Affendi Hashim mengidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM)AVM disebabkan oleh urat ekstra yang berada di dalam kepala dan urat tersebut akan mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak beliau dilahir tetapi tidak disedari.  Sekali sekala, akibat AVM ini , beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan dan selalu berasa sakit kepala.

Beliau merancang untuk membuat Cyberknife Surgery yang memerlukan kos RM 40.000 . Marilah kita sama-sama membantu , sama-sama meringankan beban yang ditanggung beliau dengan menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas. Ini adalah nombor akaun Kamal Affendi Hashim – Public Bank 4007 85 2927.  Facebook Kamal Affendi
lagi info

Adik Ahmad Adam Syukri

Pengasuh anak aku dan isteri aku duk bercerita pasal adik ni. Tu yg aku cari dalam google td dan jumpa la cerita yg paling menyayat hati ni.......


" AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK... "


" ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA. DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.." : Sumber dari FB Adik Ahmad Adam Syukri

Semoga ibu bapa dan adik terus tabah. Rahmat Allah  sangat besar.
Mari lah menyumbang kepada Adik Adam
               MAYBANK : 1611 3633 1818
              CIMB          : 0204 0007 2922 01

Visit page Adam Ahmad Syukri www.facebook.com/AhmadAdamSyukri

Rabu, 3 Oktober 2012

Ibu bohong kita.....

Sedih bila tahu rupanya ibu bohong kita selama ini.............

Read more......

Bila internet laju..........

Sekarang ni semua pakai internet. Nak belajar, bisness, resepi, peluang pekerjaan, sambung belajar, tranfer duit, kongsi maklumat, jualbeli, shopping, topup, isi borang, emel, fb, twitter, bayar bil, ansuran keta, siang malam 24jam available. Kalu tidak kena beratur, waktu ofis 8-5ptg jer. X der traffik jam, minyak keta, xyah ambik cuti, buat kat pejabat jer......

lebih baik?

Bagi rebet rm200 utk beli telpon pintar 3G, akses internet??????????? Sama gak la. Celcom maxis digi, P4 wimax.

Masalah sekarang komitmen bulan2 nak bayar broadband. Padahal pakai internet nak layan fb jer. Xyah laju2 pun. Keluar gambar2 macam2...sat ja abis kuota. Padahal xder kena mengena ngan kita. X berminat pun.

Yang broadband SKMM pun RM25 sebulan. Kalau biasa 10kb/10sen. Kalau 100MB dah RM10 dah. Xsampai sehari abis. Kalau celcom, broadband daily sehari RM5 unlimited, maxis RM2/100MB, lain2 x tau.Sebulan kat RM60 gak. Kena pandai pilih la. Bergantung kepada keperluan internet kita.

Internet ni ada baik dan ada buruk la. Kalau cari yg baik, dapat la yg baik. Mmg baik. Kalu cari yg buruk pakai punah la. Seburuk2 benda pun ada di internet ni. Pandai2 la nak pilih.


atas pokok baru dpt signal


Nak langgan Astro ke x????

Bila tgk rancangan astro macam ni, rasa teringin gak nak mbik astro. Tp mengenangkan komitmenn bulanan, isk x yah kot. Kedekut ker aku kalu x langgan sebab xmo tambah komitmen bulan2??

Masa aku tgk tv sekarang pun start kul 6.30ptg smpai 10 mlm jer. x sampai 4 jam pun. Tidur lagi best. Tidur awal buley bangun awai. Betul2 aku tgk ialah buletin utama. Tu pun dah kena boikot sebab isu politik berat sebelah.

macam best jer.....yg dulu pun best.....
Movie pun lama dah x tgk. Dvd mahal la ni, sekeping RM8. Tgk sekali jer. x tgk pun x rugi lah. Nak download pun x berbaloi. Kalau ada kawan2 dah download tu, copy je lah. Filem Ombak Rindu yg aku copy dulu pun sampai la ni x tgk lagi. 

Rezeki anak

Bagi orang dah berumahtangga, dah ada anak pasti akan cakap macam ni bila dapat imbuhan atau pendapatan lebih dari biasa. Alhamdulillah. Setiap anak adam yg lahir dah tertulis rezeki untuk dia. Dlm perut lagi mak ayah dah cakap, rezeki anak. Doa tu...

Petikan harian metro hari ni. Thanx to bacapaperku
Budak2 ni memang murah rezki pun, ahli syurga la katakan. Jgn la dimarah2, ditengking2, kena layan baik. Sabar je la....Aku pun kadang2 marah gak...hehehehe...


murah tul rezki dia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...