Khamis, 30 Mei 2013

Budaya samseng

Adakah ini disebabkan oleh kemajuan fizikal yg tidak seiring dgn kemajuan rohani? Hanya kerana bolasepak, manusia menjadi ganas, tidak lagi menghiraukan peraturan. Walhal peraturan diadakan utk menjamin kesejahteraan rakyat.

Last2 main bola di stadium kosong. Tp kalu ada siarang langsung ok gak. Semua pakat duk rumah tgk bola ngan keluarga. Atau pun join kawan2 di kedai mamak. Mungkin cara ini dapat mengurangkan api provokasi. Kalu ada puun kecik ja kot, boleh dikawal. Oleh kerana yg berada disitu saling mengenali. Kalu gaduh pun, perang mulut ja kot.

Perlawanan x kira la bola ka badminton, ragbi ke hapa ke, adalah berlawan. Cuma beza dia ada perlawanan, kedua2 pihak diasingkan oleh jaring macam badminton, takraw tenis dll. Antara pemain bola pun bergaduh dalam padang. Kalu penonton dipisahkan, pagar tinggi, bilangan penonton yg boleh ditampung oleh stadium, kawalan ketat di pintu utk mnghalang kemasukan barang berbahaya perlu diambilkira kalu nak adakan perlawanan bola. Game lain xdak maslah pun.

Bukan semua nya samseng. TP semseng x perlu ramai pun, kalu kena gaya dia, provok sikit, sat ja buleh jadi ramai. Keganasan yg dihasilkan pun dahsyat. Dah x pikir dah akibatnya. Dalam ramai2 tu kalu baling batu sapa perasan. Lain la kalu dijemput buat qiamullail, solt hajat kat stadium, insya Allah aman. Sah2 geng2 samseng bola ni x pi.....

Tujuan sukan adalah utk mengeratkan silaturahim, bukan nak tunjuk kuat. Utk seronok2 jgn serius sgt. Kalah ke menang, terima ja. Sekadar sukan. Lain la kalu berkaitan perkara serius membabitkan maruah, negara ka.


Kalu tgk bola di rumah bersama keluarga, buleh erat hubungan keluarga. Tgk movie, drama bersama keluarga. Ni dak, anak x ngam mak bapak, adik x ngam ngan abang kakak. Dari rumah lagi dah bermasalah.
Bila keluar lepas geram kat org lain.......

Nampaknya institusi keluarga la yg mula2 sekali perlu diperbetulkan. Baik ibu bapa anak adik abang kakak.........

Wallahualam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...