Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

Ku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 di Sek. Men Dato Kamaruddin yg pernah mengajar aku secara langsung atau tidak. Semoga terus sihat dan bersemangat mendidik anak bangsa menjadi insan yg bertakwa.

Terima Kasih Cikgu

Mesej pertama aku terima pagi ni adalah ucapan selamat hari guru dari bekas pelajar aku dulu. Walau pun ramai tp baru sorang yg hantar. Dalam facebook dah banyak walaupun x direct. X kisah la. Aku dibayar gaji utk mengajar. Semoga gaji aku berkat....dan ilmu berguna kepada pelajar utk mereka menempuh masa depan yg gemilang.
sekolah ku

Menteri pelajaran dan kpt pun dah bergabung. InsyaAlllah pasti ada hikmahnya.

2 golongan yg boleh mengungkit jasa mereka ialah ibu bapa dan guru. Kalu suami ungkit atau isteri ungkit, x dpt pahala la jasa mereka.

Menurut UAI, hari hari adalah hari ibu, hari bapa maka hari guru pun sebenarnya setiap hari bersekolah la. Kenang la jasa mereka walaupun bukan pada 16 May. Ucap la terima kasih bila berpeluang. Terima Kasih cikgu....


Isnin, 13 Mei 2013

Bila dah menang...

Dah jadi wakil rakyat dah x buleh pilih bulu dah. Siapa undi siapa x undi, kena bagi layanan sama, walau pun berlainan parti.

Kalu seseorang wakil rakyat pilih bulu, kira x profesional la. X faham sistem demokrasi. Kalu dulu wakil parti lain pernah pinggirkan penyokong parti lain, kita x leh la balas dendam. Baru la kita dikira profesional. Kalu balas dendam maknanya kita sama ja ngan depa.

Peruntukan kerajaan mesti la diberi sama rata, ambik kira gak  keperluan sesuai dgn kepadatan penduduk sesuatu kawasan x kira la kalu adun dia pihak pembangkang kan kan kan?????

Setiap calon yg menang ada penyokongnya ada pembangkangnya. Cuma penyokongnya lebih sikit. Sebab tu ia menang. Bersyukur la anda masih ada penyokong. Kalu buat macam ni, hanya tinggal penyokong yg fanatik ja. Yg biasa2, atas pagar, yg pro akan tinggalkan dan sokong org lain baru padan muka...

sekadar hiasan kredit to pckokak

Dulu selalu gak dengar anak berana bergaduh kerana berbeza politik. Sekarang ni pun ada lagi kot. Xkan kita nak biarkan keluarga berpecah, putus silaturrahim kerana politik. Padahal politik adalah perlu kerana kita nak pilih pemmpin kita. Terpulang siapa depa nak pilih......kalu pun pilihan mereka x bagus, nasihat lah sebagai seorang yg  pro. Jgn kt bodoh bangang, kafir, kejam....Ini akan membuatkan mereka benci kita dan terus menyokong pilihan mereka.

Guna lah pendedakatan yg lembut. Contoh api mesti dilawan dgn air, kalu api lawan api, terus berapi api la jadinya...

Fikir2kanlah.....saya pun tgh fikir gak ni....eeemmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!

Rabu, 8 Mei 2013

Seragam Hitam

Ni la tajuk lagu kristal. Sedap gak lagu ni. Buleh la pasang sempena perhimpunan malam ni. Tapi lirik kena tukar la sempena PRU 13. Bagi ada kena ngan blackout....


Ku suka kau suka
Nak tunggu apa
Kepala dah layan
Mata dah kenan
Masam manis pedas
Sesedap rasa
Tinggal kau nak kunyah
Ku cinta kau cinta
Nak tunggu apa
Apa nak jadi, jadi
Live and let it be
Ku suka pakaian
Seragam hitam
Kau pun suka busana yang
Serba hitam
( korus 1 )
Itulah satu petanda
Jiwa kita sama dan serupa
Nak tanya siapa lagi
Kalau bukan hati mu sendiri
Zaman kini serba pantas
Lambat sikit kita ‘kan dipintas
Takkan nak sampai mimpi
Baru nak kau pasti
( korus 2 )
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat

Ye  yeah!!!!!!!


Watch Kristal - Seragam Hitam in Music  |  View More Free Videos Online at Veoh.com

Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya 

PRU 13 Blackout

Malam yg panjang sampai terlena menunggu keputusan pilihanraya yg rasmi ( yg x rasmi dah berderet keluar). Awat lambat sgt kali ni. Dulu awal lagi dah tau sana kalah sini menang. Ramai yg terblackout depan tv tak tahan mata.....sedar2 kul 2 baru rasmi . Ad yg kata ada tempat pengiraan yg blackout masa kira. Yg syok nya seblom blackout, PR mendahului, lepas blackout BN lak duk depan. Pas tu plak buleh lak 14 tmpat pengiraan undi blackout serentak. Suratan ka kebetulan ni????? Kata TNB, mana ada blackout. Supply pun lancar jer. Mesti ada org p tutup main suis ni......Sapa la buat keja ni, nk bergurau pun tgk la masa gak....

Malam ni katanya akan diadakan Perhimpunan Suara Rakyat nak tolak PRU 13. Polis kata haram. X tau la depa nak buat gak. Takut jadi ganas jer. Nampak polis jer masing2 naik minyak. Ada nanti kereta polis kena bakor ni. Nak salahkan polis ker deme ni????

Pasal pengundi hantu, ada berapa ribu org kena tangkap? Yg terlepas agak2 ada x 30000???? Macam x logik jer. Kalu ada  15000, buleh undi 2 kali, buleh jadi gak 30000.


Pasal dakwat kekal tp x kekal. Balik undi terus cuci, hilang terus. Xyah pakai sabun pun. Tu la x goncang botol. Elok sebelom depa calit tanya la dulu, dah goncang ke belum....hehehe


Pei undi dilarikan, peti undi dari luar. Apa citer ni? Nak bw p mana peti tu. Kira je la kat situ, pemerhati parti2 lain semua ada tgk je. Dah blackout pulak....Entah lah....macam2 betul PRU 13 nih.

Pencerobohan oleh tentera sulu yg telah mengorbankan pasukan keselamatan juga dikatakan konspirasi. Sampai begitu sekali.

Nak kata SPR tipu, Selangor, Kelantan, Penang masih dimenangi PR. Kalu nak tipu, tipu la bagi Selangor BN menang. Kelantan sampai sekarang BN xleh ambik balik.


Mana satu betul x tau. Cerita mulut orang ada macam2 versi. Nak disedapkan cerita, tambah dongeng sikit....Jgn sampai jadi fitnah...berat dosa tu....

Aku pun bukan nyer nak percaya...sekadar bercerita. Bukti memang aku xdak. Tp x syok bila ada cerita lagu ni kan kan kan?....

SPR tolong la....buat la apa yg  patut. Kepada Allah kita berserah supaya kebenaran akan terlihat jua, yg jahat akan insaf dan memohon maaf......hanya Allah yg dapat membalas setimpal dgn perbuatan mereka...samada baik atau buruk....

Sekadar celoteh pagi......blackout punya pasal jd petang baru publish.....


Selasa, 7 Mei 2013

Calon Artis PRU13

Antara artis yg jadi calon masa PRU 13. Aishah -  PAS, alhamdulillah.

Jempol NS


Herman Tino - Bebas???? Aku minat lagu dia ni, x sangka masuk bertanding piliharaya lak. Awat x bertanding juara lagu ka....

Mengapa Dikenangkan...Tg Karang

                                 
Turut sama ialah Dayangku Intan, PKR, calon Parlimen Pengerang Johor...                                                                                                                                         

Dayangku Intan

Hebat artis2 kita ni. Kalu Siti masuk calon gak,  agak2 la buleh menang dak???? Siti mesti calon BN kan....
Azmil mustapa, Bob Lokman x berminat ka???? Kalah xpa, yg penting lawan tetap lawan....

Tidak bertanding , masalah kesihatan


PRU 13

Bn menang tp bilangan kerusi parlimen kurang masa Pak Lah dulu walaupun kedah dapat balik. Anak Tun M lak jadi menteri besar. Mesti Tun M bangga, usaha dia disambung oleh anaknya. Buleh la dia berehat lepas ni....

Tp sayang PAS berkongsi ngan DAP dan PKR, aku lebih suka kalu PAS lawan semua tempat. Baru lawan tetap lawan. Tapi kata orang di negara majmuk ni, kalu nak menang kenala join dgn kaum lain.

Keputusan PRU 13
Sekurang2nya dalam parlimen nanti banyak juga pembangkang. Harap ini akan membantu pentadbiran negara menjadi lebih  mantap dan bersih....InsyaAllah....Semoga semua ahli parlimen akan dapat melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara...

Dalam Islam menang kalah x penting, yg penting usaha dan tawakkal. Biar Allah tentukan. Jgn putus asa dgn rahmat Allah.

Menteri Besor Kelantan Baru

Tuan Guru bersara diganti oleh Timbalannya Datuk Ahmad Yakob. Semoga kesinambungan pemerintahan Tuan Guru berterusan. Tengok la walaupun dapat jadi menteri besar tapi tetap merendah diri, kata ilmu tak setinggi Tuan Guru. Alhamdulillah.

Menteri Besar Kelantan Baru
Aku orang Perak tp kalut pasal Kelantan buat pa? Bukan kalut, TGNA kan idola kita.....Pemerintahan yg mengutamakan syariat dari kebendaan. Kemajuan rohani diutamakn, kemajuan fizikal kemudian pun xpa. Macam dalam hidup kita gak, kerohanian perlu dititikberatkan, reta benda tu sederhna dah la....

Hanya Tuhan mampu membalas jasanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...