Halaman

Isnin, 27 September 2021

Convert PDF ke word

Assalamualaikum

Punya susah nak convert pdf ni, walau byk website yg boleh convert tp semua kn register la donate la, trial lA. Ada gak yg convert 2 page sj.

Setelah ampir 10 website dicuba akhirnya jumpa yg free dan cepat, mudah. Upload, convert dan download teruih.

Dulu dah jumpa tp lupa. Kali ni kita simpan sini sng nk cari. Lg cpt. Kalu x jenuh nk try 1 satu. Boleh juga kongsi kpd umum.

Ni dia website dia, dah cuba sat td.



Jumaat, 24 September 2021

X p masjid sbb hujan

Diperik dr fb akaun
 Semoga yg menulis mendapat ganjaran dr Allah.

Aku ,Masjid dan Hujan

Ketika hujan membasahi bumi,aku melihat diluar jendela. Terlihat ...sebuah masjid yang tersergam indah .Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana rumah ku dekat dengan masjid.Kadang-kadang anak -anakku pergi ke masjid hanya dengan berjalan kaki atau membonceng  motosikal bersamaku.

Tepat jam 4: 34 petang,azan Asar berkumandang dengan jelas walaupun hujan agak lebat.Hujan terus lebat membasahi bumi. Aku mengambil keputusan untuk solat di rumah sahaja .

Dia ketika hujan


Aku berkata kepada anak-anakku, pada petang ini kita solat di rumah  sahaja . Hujan masih turun. Anak - anakku semuanya terdiam, namun  seorang daripada anak ku berkata dengan lemah lembut.

" Ayah , jomlah kita naik kereta pergi ke masjid  ," ajakkan itu ada benarnya dan menghentam imanku yang  lemah.

Aku terdiam sebentar dan memikirkan tentang ajakan anak ku itu.Anakku menyedarkan aku bahawa Allah menjemput kami semua ke rumah - Nya.

Aku tersenyum dan mengajak semua anak ku pergi solat ke  masjid.Alhamdulillah,kami   ke masjid dengan wajah yang penuh kesyukuran.

Mensyukuri ......aku mempunyai anak -anak yang hatinya terpaut hatinya kepada  masjid.Insha Allah.

Kedua,nikmat kenderaan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

* Mengharapkan mendapat naungan Ilahi ketika hari yang sukar untuk mendapat
 ' pertolongan'.

Isnin, 20 September 2021

Harta halal haram

Assalamualaikum

Ada satu coretan dr fb yg sgt mengesankan utk dikongsikan. Semoga menjadi panduan dan ingatan kepada kita.

Terima Kasih sdr. Farid Iskandar

Jumaat, 17 September 2021

Kenapa bateri kembong

Assalamualaikum...

Rata2 pengguna mobil fon pasti pernah merasai pengalaman bateri kembong kan. Sejak dr fon nokia sampai la touch screen, dah byk kali terjadi bateri kembong.

Bila bateri kembong, walau dh cas penu mesti cpt habis. Buka case tgk baru tau dh kembong.

Punca apa yg bateri jd kembung. Mula2 cas lambat masuk. Bila lambat masuk, cas pastu tinggal. Biasanya malam la nk tidor sampai pg cas. Nasib baik x meletop ka terbakar.

La ni x cas lagu tu dah. Cas jgn tunggu bateri sampai 0% atau 2-3 % . Pastu cas xyah biaq sampai dah 100% pun duk cas lg. Kalu boleh jgn tinggai.

punca terlebih cas, biarpun dah penuh tp sat ja drop


Utk bg bateri thn lama:
1. Jgn tunggu bateri low sgt br cas
2. Cas biaq sampai 100% atau hampir tp jgn biaq dah 100% masih duk cas lg...
3. Jgn cas sambil guna terutama bl bateri low sgt. Masa bateri masih separuh boleh la cas sambil guna.
4. Jgn guna fast cas kalu bateri biasa yg bkn mai dgn fon fast cas.
5. Guna kan app battery saving

ni cok kembong


InsyaAllah .. kita cuba tgk dgn menjaga bateri spt di atas tgk boleh thn lama dak bateri ni.

Wallahu ak'lam


Isnin, 13 September 2021

Bateri zxr250

 Oleh kerana kemahalan rega bateri hr ni, terpaksalah kita cari yg lbh murah tp ngam.

Dulu pakai size 5 ja, kali terakhir size 9. Oleh krn saiz 9 mahal, moto plak krg gerak jauh2, syg la plk nk beli mahai2.

So beli koyoko size 5 ja baru rm60 kot. Boleh ja start. Tp krn maslah cdi, start ssh hidup dn krgnya jalan so bateri x cas akhirnya kong.

Tukar cdi dulu bateri baru tukar bateri. Ambik yg ngam2 ja size 7, rega pun dkt2 ja 100. 

 Power pun ngam la 7AH. Mintak2 berthn la 2 3 thn.



saiz 5

saiz 9

saiz 7

Vaksin x vaksin

 Assalamualaikum...

Mengambil vaksin telah difatwakan harus. Maknanya ambil boleh x ambik pun xpa kan. Ada ulama kata haram kalu ada bahan haram. Kita yg x berapa reti ni ikut ja la ulamak.

Vaksin ni tujuannya nak menyediakan pertahanan tubuh kita terhadap virus tertentu. Jadi bila kita dijangkiti virus tersebut, sistem pertahanan tubuh kita boleh bertindak menghalang virus tu drp merosakkan tubuh kita.

Tp ada juga yg x divaksin tp bila dijangkiti tidak ada gejala dan sembuh. Maknanya sistem pertahanan tubuhnya dapat melawan virus tersebut. TP tiada siapa tau tubuh boleh lawan ke dak. Bila dah kena dan baru tau tubuh xleh lawan, dah terlambat plak. Jd sebagai langkah pencegahan, sbb tu di vaksin.

Tp ada juga yg dah divaksin, dijangkiti dan menghadapi simpton yg teruk dan ada juga yg membawa maut. Pulak. Kan.

Hukum Pengambilan Vaksin

Jadi di sini vaksin sekadar ikhtiar sdgkan yang maha kuasa adalah Allah, Dia lah yg menurunkn penyakit, dialah yg menyembuhkan. Kita perlu merancang tp Allahlah yg menentukan.

Apa yg kita perlu lakukan adalah berdoa dan berikhtiar tp biarlah dgn ilmu. Jgn disangka2 sj, tanyalah pada yg pakar.



Ahad, 12 September 2021

Kebaikan corona atau Covid19

 Cuba kita pandang dari SISI POSITIF VIRUS CORONA INI...!!!


Tidak ada di dunia ini, yang terjadi secara kebetulan, semuanya ada Tujuan dan Hikmahnya, Dan inilah Hikmah di balik pandemik Covid-19


1. Corona menutup bar, kelab malam, rumah urut, kasino dan tempat orang berbuat maksiat, bahkan sebuah perkumpulan pembentukan jaringan terroris.


2. Corona menurunkan kadar faedah bank yang mencekik leher orang² susah, seperti rakyat marhaen.


3. Corona membina keluarga kembali ke dalam rumah, dan melakukan aktiviti di rumah bersama keluarga.



4. Corona menyebabkan dewan² yang dibina menjadi tempat perawatan kesihatan.


5. Corona melemahkan para  diktator dunia, apapun jabatan dan pangkat serta identitinya, yang selama ini sombongnya luar biasa.


6. Corona membungkam kesombongan negara, yang menganggap dirinya paling hebat dan tidak terkalahkan.


7. Corona membuat manusia banyak berdoa dan berharap pada ALLAH akan keselamatan diri masing² dan tidak semata-mata berdasarkan sains dan teknologi belaka.


8. Corona memaksa negara memberi perhatian lebih kepada rakyatnya.


9. Corona mengajarkan cara bersin, menguap, dan batuk yang lebih beradab dan sopan.


10. Corona membuat kita tinggal dirumah dan hidup sederhana.


11. Corona mengajarkan siapapun, tentang bagaimana, virus kecil yang berukuran sekitar 150 nano, dapat mengalah dan merisaukan jutaan manusia, yang hidup di bumi ini, yang luasnya ratusan juta hektar.


12. Corona memberi kesempatan kepada kita untuk menyedari, bahawa kematian itu nyata dan dekat dengan kita.


13. Corona mengajari kita, agar tidak sesuka hati membeli makan ringan dan makan sembarangan di luar.


14. Corona membangunkan kita,  pada kenyataan, dan memberi kita kesempatan, untuk meminta pengampunan dan pertolongan ALLAH.


15. Corona menyedarkan kita,  bahwa apa yang kita miliki adalah milik ALLAH, yang bila² masa sahaja boleh diambil olehNYA.


16.Corona membuat kita sedar, sehingga dapat menyedari betapa pentingnya mempunyai kawalan kesihatan yang bagus.


17. Corona menyedarkan bahkan mengajar kita tentang kesihatan,  keselamatan dan kesempurnaan abadi, dari apapun di dunia ini.


Yang terakhir...

18. Corona mengingatkan kesedaran hidup kita, untuk sesegera mungkin bertaubat, dan beriman hanya kepada ALLAH .


Percayalah, ALLAH menurunkan sesuatu apapun dengan hikmah; ada pelajaran besar dalam hal ini,  bagi mereka yang arif dan bijaksana, untuk menyaksikan dan menyedari  lalu bertindak.


MARI KITA RENUNGKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN BERIMAN KEPADA ALLAH.


KITA HANYA MANUSIA BIASA, MAKA BERBUATLAH YANG TERBAIK UNTUK HIDUP DI DALAM KEHIDUPAN INI, KEPADA APAPUN, SIAPAPUN, DIMANAPUN, HINGGA BILA² PUN.


(kredit kpd penulis asal)

Sabtu, 11 September 2021

First time masak char kue teow

 Alhamdulillah.

Sy mmg suka mkn char kue tiow, tp bkn sng nk dpt yg kn ngn selera. Dah dpt, kedai plok rajin tutup. Frust oo bl nk mkn kedai plk tutup.

Last idea p kedai beli koteau, buat sendri. Tgk utube la, sos siap pun ada. Biasa la first time x jd char kuetiau la, dia jd bubur kuetiau pun ada. Tp rs ada la sbb sos dia tu 

Akhirnya dgn bantuan demo oleh bini, baru tau teknik hat betui2. Kacang ja, tambh udang taugwh kucai, mmg sebiji mcm hat kedai la.

Boleh usyar video di bwh, step2 duk menggoreng. 




Rabu, 8 September 2021

Nikmat Tuhanmu yang manakah nak kau dustakan

 🌸Jika semua yang kita  kehendaki terus kita miliki,dari mana kita belajar Ikhlas..


🌸Jika semua yang kita impikan segera Terwujud,dari mana kita belajar sabar,


🌸Jika setiap doa kita terus Dimakbulkan bagaimana kita dapat belajar Ikhtiar


🌸Seseorang yang dekat dengan Allah bukan bererti tidak ada air mata...Seseorang yang taat pada Allah bukan bererti tidak ada kekurangan ..Seseorang yang tekun berdoa ,bukan bererti tidak ada masa sulit,Biarkan Allah yang menentukan sepenuhnya atas hidup kita,kerana Allah tahu yang tepat untuk memberikan yang Terbaik






🌸Ketika kerjamu tidak dihargai,maka saat itu kamu sedang belajar tentang ketulusan


🌸Ketika usahamu dinilai tidak penting,Maka saat itu kamu sedang belajar Keikhlasan


🌸Ketika hatimu terluka sangat dalam,maka saat itu kamu sedang belajar tentang Kemaafan


🌸Ketika kamu lelah dan kecewa,maka saat itu kamu belajar tentang kesungguhan


🌸Ketika kamu meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagian dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman,Maka sesungguhnya kamu telah melaksanakan Ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah S.W.T


🌸Jika sakitnya didunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih...Barangkali Allah ingin mendengar suaramu dan doamu..dan jangan kau tunggu kebahagian untuk tersenyum..namun tersenyumlah sehingga kau bahagia,


🌸Jangan lupa berniat baik,luruskan niat,Semoga dengan niat baik ini Allah S.W T berikan kelancaran dalam segala urusan,keberkatan dalam rezeki kita..


🌸Jika kita benar2 ingin mencari keredhaan Allah S W.T dan berhasrat untuk menghampirinya serta mengenalinya hendaklah jangan tertangguh lagi,


🌸Allah maha Penyayang,Allah maha pengasih,Ya Rahman,Ya Rahim,Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri dan kemampuan yang ada,Jangan pernah berputus asa,


🌸Kadangkala Allah sembunyikan matahari,lalu dia datangkan hujan dan petir ,kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari,Rupa rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah...Disebalik setiap kesedihan terdapat kebahagian


🌸Sesungghnya SABAR akan indah jika kita selalu dekat dengan Allah..Ingatlah Allah selalu memberikan  kelebihan disebalik kekurangan,Allah selalu memberi kekuatan disebalik kelemahan,Carilah hikmah disetiap ketentuan dan ketetapan Allah S W.T agar kita sentiasa bersyukur dan bersabar


kredit tu pengarang...

nikmat tuhan

Jumaat, 3 September 2021

Menunjuk-nunjuk

 Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah.




Dulu-dulu mak ayah selalu pesan,

Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan,

nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.


Kalau makanan ada sedikit,

Jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.


Tapi kini tanpa kita sedari,

melalui fb dan laman-laman sosial lain,

kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'.

Beli barang baru, upload gambar.

Sebelum makan, upload gambar.

Perah susu banyak-banyak,

upload gambar.

Dapat komisen,

Elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.


Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli.

Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. 

 

Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja.


Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam.

Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.


MAKA :


"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..


"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..


"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..


"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..


Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.



Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.


Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita,

Bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.


Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti...aamiin....Inn syaa Allah...

Khamis, 2 September 2021

Hidup Yang Sejahtera dan Tenang

BERSIH HATI TINGKAT KEMULIAAN

   ♥️Seseorang hamba yg hatinya bersih akan berasa tenang melalui kehidupan walau apapun keadaannya,sama ada diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran,hatinya tetap lapang serta tenang menempuh kesulitan itu.

   🌸Allah SWT berfirman yg bermaksud: "Setelah menerangkan akibat org yg tdk menghiraukan akhirat,Tuhan menyatakan bahawa org yg beriman dan beramal soleh akan disambut dgn kata-kata: Wahai org yg mempunyai jiwa yg sentiasa tenang tetap dgn kepercayaan dan bawaan baiknya.Kembalilah kpd Tuhanmu dgn keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yg diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu).Serta masuklah engkau dlm kumpulan hamba-Ku yg berbahagia.Dan masuklah ke dlm syurga-Ku." (Surah al-Fajr,ayat 27-30)🌸



Tenang Hadapi Ujian Hidup

   🌸Mukmin yg hatinya sentiasa dibersihkan dgn amal ibadah kpd Allah SWT, menjaga hubungan baik sesama manusia,banyak beristighfar serta melakukan kebaikan,akan mendapat keredhaan Allah SWT dan dikurniakan ketenangan hati walau seberat mana pun ujian yg dilalui.🌸

   🌙Setiap manusia tdk akan terlepas daripada menempuh ujian dan bagaimana mereka menempuh ujian itu,adakah dgn kesabaran atau sebaliknya.Hati yg hanya bersandarkan kpd Allah SWT,akan ada kekuatan dlm mendepani ujian-Nya.🌸

   🌙Justeru,hendaklah sentiasa mempersiapkan diri utk menjadi hamba Allah SWT yg taat dan bertaqwa.Tidak ada nama yg lebih rendah selain daripada gelaran hamba tetapi 'hamba Allah,' mereka akan ada tempat di sisi-Nya.

   🌙Antara ciri hamba Allah SWT ialah yg banyak mengingati Allah SWT melalui zikrullah memuji kebesaran-Nya,serta menjalani kehidupan mengikut syariat Islam sebenar sebagai bukti pengabdian hamba kpd Pencipta-Nya.🌙

   🌸Firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan Dialah Tuhan yg menjadikan malam utk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur utk berhenti rehat,serta menjadikan siang utk keluar mencari rezeki." (Surah al-Furqan,ayat 47)*


   🌸Kesucian hati juga antara pengajaran yg diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW,kerana menambah amal baik dlm usaha membersihkan hati mampu menjadikan seorang Mukmin mentaati perintah Allah SWT seterusnya menjauhi larangannya.🌙

   🌙Anugerah tdk ternilai yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd Rasulullah SAW selain memperlihatkan keagungan serta kekuasaan-Nya melalui perjalanan tdk terjangkau oleh akal,juga bertujuan meningkatkan keyakinan hamba kpd Allah SWT.

   🌸Hakikatnya,peristiwa Israk dan Mikraj yg dilihat sebagai perjalanan istimewa yg dilalui Rasulullah SAW boleh menjadi perjalanan istimewa umatnya jika mereka bersedia menyingkap pengajaran dari sudut kerohanian yg terdapat padanya.

   🌸Soal kebersihan hati diharap dpt membantu umat Islam membuat persediaan supaya apabila bertemu Allah SWT kelak dlm keadaan bersih dan suci.


🌸Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui, sederas mana pun godaan  yang kita hadapi , sekuat apa pun cabaran yang harus kita jalani, Sebesar ape pon kegagalan yang kita rasai jangan pernah berhenti berharap dari pertolongan ILLAHI, Kerana harapan adalah masa depan , Kerana harapan adalah sumber kekuatan, Kerana doa adalah pintu kebaikan, dan kerana doa adalah SENJATA ORANG  BERIMAN,♥️


kredit to shakira🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸