Halaman

Khamis, 2 September 2021

Hidup Yang Sejahtera dan Tenang

BERSIH HATI TINGKAT KEMULIAAN

   ♥️Seseorang hamba yg hatinya bersih akan berasa tenang melalui kehidupan walau apapun keadaannya,sama ada diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran,hatinya tetap lapang serta tenang menempuh kesulitan itu.

   🌸Allah SWT berfirman yg bermaksud: "Setelah menerangkan akibat org yg tdk menghiraukan akhirat,Tuhan menyatakan bahawa org yg beriman dan beramal soleh akan disambut dgn kata-kata: Wahai org yg mempunyai jiwa yg sentiasa tenang tetap dgn kepercayaan dan bawaan baiknya.Kembalilah kpd Tuhanmu dgn keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yg diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu).Serta masuklah engkau dlm kumpulan hamba-Ku yg berbahagia.Dan masuklah ke dlm syurga-Ku." (Surah al-Fajr,ayat 27-30)🌸



Tenang Hadapi Ujian Hidup

   🌸Mukmin yg hatinya sentiasa dibersihkan dgn amal ibadah kpd Allah SWT, menjaga hubungan baik sesama manusia,banyak beristighfar serta melakukan kebaikan,akan mendapat keredhaan Allah SWT dan dikurniakan ketenangan hati walau seberat mana pun ujian yg dilalui.🌸

   🌙Setiap manusia tdk akan terlepas daripada menempuh ujian dan bagaimana mereka menempuh ujian itu,adakah dgn kesabaran atau sebaliknya.Hati yg hanya bersandarkan kpd Allah SWT,akan ada kekuatan dlm mendepani ujian-Nya.🌸

   🌙Justeru,hendaklah sentiasa mempersiapkan diri utk menjadi hamba Allah SWT yg taat dan bertaqwa.Tidak ada nama yg lebih rendah selain daripada gelaran hamba tetapi 'hamba Allah,' mereka akan ada tempat di sisi-Nya.

   🌙Antara ciri hamba Allah SWT ialah yg banyak mengingati Allah SWT melalui zikrullah memuji kebesaran-Nya,serta menjalani kehidupan mengikut syariat Islam sebenar sebagai bukti pengabdian hamba kpd Pencipta-Nya.🌙

   🌸Firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan Dialah Tuhan yg menjadikan malam utk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur utk berhenti rehat,serta menjadikan siang utk keluar mencari rezeki." (Surah al-Furqan,ayat 47)*


   🌸Kesucian hati juga antara pengajaran yg diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW,kerana menambah amal baik dlm usaha membersihkan hati mampu menjadikan seorang Mukmin mentaati perintah Allah SWT seterusnya menjauhi larangannya.🌙

   🌙Anugerah tdk ternilai yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd Rasulullah SAW selain memperlihatkan keagungan serta kekuasaan-Nya melalui perjalanan tdk terjangkau oleh akal,juga bertujuan meningkatkan keyakinan hamba kpd Allah SWT.

   🌸Hakikatnya,peristiwa Israk dan Mikraj yg dilihat sebagai perjalanan istimewa yg dilalui Rasulullah SAW boleh menjadi perjalanan istimewa umatnya jika mereka bersedia menyingkap pengajaran dari sudut kerohanian yg terdapat padanya.

   🌸Soal kebersihan hati diharap dpt membantu umat Islam membuat persediaan supaya apabila bertemu Allah SWT kelak dlm keadaan bersih dan suci.


🌸Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui, sederas mana pun godaan  yang kita hadapi , sekuat apa pun cabaran yang harus kita jalani, Sebesar ape pon kegagalan yang kita rasai jangan pernah berhenti berharap dari pertolongan ILLAHI, Kerana harapan adalah masa depan , Kerana harapan adalah sumber kekuatan, Kerana doa adalah pintu kebaikan, dan kerana doa adalah SENJATA ORANG  BERIMAN,♥️


kredit to shakira🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan