Halaman

Jumaat, 24 September 2021

X p masjid sbb hujan

Diperik dr fb akaun
 Semoga yg menulis mendapat ganjaran dr Allah.

Aku ,Masjid dan Hujan

Ketika hujan membasahi bumi,aku melihat diluar jendela. Terlihat ...sebuah masjid yang tersergam indah .Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana rumah ku dekat dengan masjid.Kadang-kadang anak -anakku pergi ke masjid hanya dengan berjalan kaki atau membonceng  motosikal bersamaku.

Tepat jam 4: 34 petang,azan Asar berkumandang dengan jelas walaupun hujan agak lebat.Hujan terus lebat membasahi bumi. Aku mengambil keputusan untuk solat di rumah sahaja .

Dia ketika hujan


Aku berkata kepada anak-anakku, pada petang ini kita solat di rumah  sahaja . Hujan masih turun. Anak - anakku semuanya terdiam, namun  seorang daripada anak ku berkata dengan lemah lembut.

" Ayah , jomlah kita naik kereta pergi ke masjid  ," ajakkan itu ada benarnya dan menghentam imanku yang  lemah.

Aku terdiam sebentar dan memikirkan tentang ajakan anak ku itu.Anakku menyedarkan aku bahawa Allah menjemput kami semua ke rumah - Nya.

Aku tersenyum dan mengajak semua anak ku pergi solat ke  masjid.Alhamdulillah,kami   ke masjid dengan wajah yang penuh kesyukuran.

Mensyukuri ......aku mempunyai anak -anak yang hatinya terpaut hatinya kepada  masjid.Insha Allah.

Kedua,nikmat kenderaan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

* Mengharapkan mendapat naungan Ilahi ketika hari yang sukar untuk mendapat
 ' pertolongan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan